Anda di halaman 1dari 1

‫اهلل اْلرَّمْح ِن اْ َّلر ِحْيم‬

ِ ‫بِس ِم‬
ْ
ِ ِ ِِ ٍ ِ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬
َّ ‫ َو‬، ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫السالَ ُم َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬
َّ ‫الصالَة َُو‬
 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada hari ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar
Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan
kepada Cik Nabila Amalina binti Ibrahim, yang akan menduduki temuduga sebagai seorang pendidik,
khususnya jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Moga Engkau permudahkanlah
segala urusan beliau dalam mengejar impiannya, semoga dengan peluang yang Engkau berikan ini Ya
Allah, Nabila Amalina binti Ibrahim akan mendapat kehidupan yang penuh gembira, ceria dan
bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan.

Ya Allah ya Aziz Ya Jabbar,

Engkau kurniakanlah segala kekuatan iman, keyakinan diri, kesabaran serta semangat yang tinggi
kepadanya. Tenangkanlah fikirannya Ya Allah, lapangkanlah dadanya Ya Allah, tabahkanlah hatinya
Ya Allah, permudahkanlah segala persoalan yang dikemukakan kepadanya Ya Allah. Ya Allah Ya
Tuhanku, berikanlah segala petunjuk dan pedoman agar Nabila Amalina dapat menjawab dengan
betul, tepat dan padat terhadap semua soalan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak
penemuduga yang berkaitan ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau tutupi dan lindungilah segala
kelemahannya Ya Allah. Berikanlah kejayaan yang cemerlang keatas temuduga ini agar Nabila
Amalina mencapai impiannya untuk bekerjaya tetap sebagai seorang pendidik ya Allah.

Ya Allah, Ya Aziz, Ya Ghaffar

 Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cerdas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuanku dengan Nabila Amalina binti
Ibrahim ini sebagai pertemuan yang diRahmati, diberkati dan sentiasa dalam lindunganMu ya Allah.

َ‫ َوالَ جَتْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِْينَا َوال‬،‫ص ْو ًما‬ ِِ ِ


ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َفُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َفُّرقاً َم ْع‬،‫اج َع ْل مَج ْ َعنَا َه َذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫َم َعنَا َوالَ َم ْن َيْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمطُْر ْو ًدا َوالَ حَمْ ُر ْو ًما‬
ِ ِ ُّ ‫ربَّنَا ءَاتِنَا يِف‬.ِ
‫اب النَّار‬ َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف اَألخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬ َ
ِ ‫ب‬ ِِ ِ ‫وعلَى ءالِِه و‬ ‫علَى سيِّ ِدنَا حُم َّم ٍد‬  ‫وصلَّى اهلل‬
َ ‫العالَمنْي‬َ ِّ ‫ َواحْلَ ْم ُدللَّه َر‬،‫ص ْحبِه َو َسلَّ َم‬ َ َ َ ََ َ َ َ ُ َ َ

Anda mungkin juga menyukai