Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

ِ ِّ ‫ احلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬،‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫الر ِجي ِم بِس ِم‬


َ َ‫ مَحْداً يُ َوايِف نَِع َم هُ َويُك اَف ُئ َم ِزيْ َدهُ ي اَ َربَّنَ ا ل‬، َ ‫العاْلَ ِمنْي‬
‫ك احلَ ْم ُد‬ َ ‫ب‬ َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ِ ِِ ِ
ْ ْ َّ ‫أَعُ ْوذُ باهلل م َن الشَّْيطَان‬
.‫ك‬َ ِ‫ك ال َك ِرمْيِ َو َع ِظْي ِم ُس ْلطَاْن‬
َ ‫َك َما َيْنبَغِ ْي جِلَالَِل َو ْج ِه‬
‫يَا اهلل يَا َرمْح َان يَا َر ِحْيم‬

Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke
atas majlis kami pada hari ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Majlis
Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 peringkat sekolah ini, kami mengangkat tangan,
demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan dan
pembangunan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami.

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami,
keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala bala bencana, wabak
penyakit dan juga perkara-perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan
perpaduan.

Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah, agar
Engkau sentiasa memberkati para pemimpin tanah air ini, rakyat dan sekalian kami yang
berhimpun di sini dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah
rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan
keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dapat dinikmati
sehingga ke hari ini.

‫الله َّم يَا اهلل‬


ُ
Engkau satukanlah hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan
dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, membina kekuatan, demi
kecemerlangan dan memacu kemajuan.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati
kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan
tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan
ummah ke arah kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Ya Allah kepada-Mu jua kami pasrah, dengan penuh pengharapan, agar segala usaha
dan amal kami, dikira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika
berhadapan dengan Mu Ya Allah

َ ِّ‫ ُسْب َحا َن َرب‬، َ ‫ص ْحبِ ِه أَمْج َعِنْي‬ ِِ ٍ ِ ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا آتِنَا يِف‬
‫ك‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬ َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويَف اآلخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬.‫اب النَّا ِر‬
ِ ‫ب‬ ِِ ِ ِ ِ ِّ ‫ر‬
َ ِّ ‫ َو َسالٌَم َعلَى املُْر َسلنْي َ َواحلَ ْم ُد للَّه َر‬،‫ب العَّز ِة َع َّما يَص ُف ْو َن‬
َ ‫العالَمنْي‬ َ

Anda mungkin juga menyukai