Anda di halaman 1dari 2

majlis erasmianp doa

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Dengan

sifat-sifat

Keagungan

serta

Kebesaran-Mu,

pada

hari/pagi/petang/malam yang penuh keberkatan ini, bersempena dengan (Nama


Program), kami sekalian hamba-Mu Ya Allah, merafak dengan penuh rendah diri
agar Engkau curahkan Nikmat yang berterusan kepada kami. Kurniakanlah petunjuk
kepada kami dalam mencapai Keredhaan-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari ujian mara bahaya. Ampunilah dosa kesalahan
kami. Kukuhkanlah perpaduan serta muhibbah antara kami, yang tinggal di dalam
sebuah negara yang berbilang kaum ini.
Ya Rahmanu Ya Rahim,
Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti
menjadi

amalan

kami.

Dan

supaya

kami,

sentiasa

berusaha

melakukan

penambahbaikan dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama


dan negara. Engkau sematkanlah ke dalam diri kami Ya Allah, rasa tanggungjawab
atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami, untuk dilaksanakan.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,
ketenangan jiwa, dan kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani
cabaran, berdaya saing, serta mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,


Kurniakanlah kesejahteraan serta keberkatan hidup, kepada kedua ibu bapa
kami, pensyarah-pensyarah kami, para pemimpin kami dan ummah seluruhnya. Ya
Allah, hadiahkanlah buat kedua ibu bapa kami, anugerah umur yang panjang, agar
kucupan mesra di dahi yang sentiasa menjadi azimat kekuatan kepada kami itu, masih
mampu kami rasai, selagi hayat dikandung badan. Ya Allah, Engkau kurniakanlah
umur yang panjang kepada kami jua, supaya kami berpeluang untuk membalas segala
belaian mesra dari kedua ibu bapa kami, dengan peluang untuk menghadiahkan
kejayaan yang gemilang dalam pelajaran untuk mereka berdua. Semoga dengan
kejayaan ini, kami mampu melihat senyuman kebanggaan yang terukir di bibir mulus
mereka. Ya Allah, betapa indahnya senyuman ibu dan ayah, insan yang tidak pernah
jemu dalam mendidik kami itu. Ibu, Mama, Ummi, Ayah, Abah, Papa dan Abi;
Ketahuilah bahawa sesungguhnya kami sentiasa merindui serta menyayangimu.

,

,







.










Anda mungkin juga menyukai