Anda di halaman 1dari 2

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬

ْ ِ‫ب‬
ِ‫عَلى َءأِله‬
َ ‫ن َو‬
َ ‫عَلى رَسُْوِلنَا األمِْي‬
َ ‫الُم‬
َ ‫الس‬ َّ ‫الة َُو‬ َ َّ‫ وَالص‬، ‫ات‬ ُ َ‫الصِالـح‬
َّ ُ ‫ي ِبِنْعَمتِِه تَتِّم‬
ْ ِ‫هلل الذ‬
ِ ‫ْالـحَْمُد‬
.‫ن‬ َ ‫ـمِعْي‬
َ ‫أج‬ْ ِ‫حابه‬ َ ‫أص‬ْ ‫َو‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,


Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Dengan nama Tuhan yang tidak dapat diganggu gugat oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit
dan ia Maha mendengar dan Maha mengetahui.

Ya Allah, Ya Qaadialhaajat, Ya Raafi’addarajaat,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis
pada pagi ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah


Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami. 

Ya Allah,Ya Mujibassailin…. 

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) negeri ini akan menjadi
negeri yang cemerlang, terbilang, negeri yang disegani dan dihormati, mempunyai sekolah yang akan
melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang hadir dalam program pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang
bersyukur, pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi
wadah dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama menggembleng
tenaga untuk mencapai kecemerlangan. 

Ya Farijal Hammi wa Ya Kashifal Ghammi,

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala
bahaya dan keburukan.

‫ َوالَ جَتْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِْينَا‬، ‫ص ْو ًما‬ ِِ ِ


ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
ُ ‫ َوَت َفُّرقَـَنَا م ْن َب ْعده َت َفُّرقاً َم ْع‬، ‫اج َع ْل مَج ْ َعنَا َه َذا مَج ْ ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيْتَبعُنَا َش ِقيًّا َوالَ َمطُْر ْو ًدا َوالَ حَمْ ُر ْو ًما‬
‫ان َوالَ تَ ْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْ َن‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفرلَنَا ذُ ُنوبنَا وِإل ْخوانِنَا الَّ ِذيْن سب ُقونَا بِاِإل يْم‬
َ ْ ََ َ َ َ َْ ْ
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ٌ ‫ك َرءُ ْو‬ َ َّ‫َء َام ُن ْوا َر َّبنَاإن‬

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫س َّل َم‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai