Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan hari hasanah ini ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
keberkatan dan kerahmatan pada majilis ini. Jadikanlah program ini sebagai satu amalan baik
untuk memudahkan kami jalan ke syurga.

Ya! Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun,

Dengan penuh khusyuk kami menadah tangan dan merendah diri bermohon keampunan dan
rahmat dari-Mu. Sesungguhnya kami hanyalah hamba-Mu yang kerdil. Maka ampunilah segala
kesalahan yang telah kami lakukan samada yang kami sedari atau yang tidak kami sedari.
Kurniakan taufik dan hidayah kepada kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk
oleh-Mu di dunia dan ganjaran di akhirat.

Ya Allah, kemurahan-Mu kami pohonkan, ihsan-Mu kami harapkan, Rahman dan Rahim-Mu
kami pinta, semoga kami sentiasa dilindungi dan dinaungi dengan sepenuh riayah dan
pemeliharaan-Mu, kami akui bahawa kami sentiasa terdedah kepada bahaya dan keburukan,
lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai hasad dengki di atas sedikit kelebihan yang
dikurniakan kepada kami, justeru itu, kami pohonkan ya Allah, Engkau peliharakanlah serta
hindarkanlah kami daripada segala bahaya dan keburukan itu.

Anda mungkin juga menyukai