Anda di halaman 1dari 19

PENDAHULUAN

Kecerdasan emosi sebagai satu subilmu dalam disiplin psikologi masih baru.Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada manusia sudah dikaji beratus tahun yang lalu . Emosi manusia bukan hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal.Pendek kata , emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri se ndiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati. Konsep EQ atau kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada k a i t a n d e n g a n k e s e d a r a n k e a t a s e m o s i d a n p e r a s a a n d a n b a g a i m a n a perasaan dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ .Dalam portfolio ini terdapat perkataan emosi serta hurainya, refleksiintrospektif perkembangan tahap kompetansi kecerdasan emosi diri sendiri dari beberapa jenis aspek. Juga terkandung contoh situasi yang mencabar dan cadangan strategi untuk mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut .Akhirnya, terdapat peranan guru yang membantu dalam perkembangankecerdasan emosi

SENARAI PERKATAAN EMOSI

1. Kasih Perkataan kasih membawa maksud perasaan atau berperasaan sayang terhadap seseorang. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan penghargaan atas pemberian seperti pertolongan yang telah diperolehi oleh seseorang. Boleh dirumus sebagai perasaan cinta akan seseorang. 2. Marah Perkataan ini pula membawa maksud berasa panas hati, berang, gusar dan sebagainya. Perasaan ini berlahir kerana ditipu ataupun telah dihina oleh seseorang. 3. Hairan Perkatan merujuk kepada perasaan pelik ketika melihat sesuatu.Boleh juga dikatakan perasaan ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu berita. 4. Puas Perkataan puas boleh ditakrif sebagai berasa senang, kenyang dan lega apabila sesuatu yang dikehendaki atau diingini sudah dapat secukup cukupnya. 5. Selamat Merujuk kamus dewan perkataan selamat boleh didefinisikan sebagai perasaan aman sentosa daripada berlaku apa-apa gangguan.Contohnya selamat atau terpelihara daripada sesuatu bencana atau malapetaka.

6. Bimbang Bimbang adalah salah satu emosi yang berasa gelisah atau tidak sedap hati. Ini kerana memikirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Perasaan bimbang lahir apabila seseorang itu berasa takut atau khuatir semasa berfikir yang bukan-bukan 7. Bangga Perkatan bangga membawa maksud perasan megah dan besar hati apabila mendapat kejayaan 8. Gelisah Gelisah ialah perasaan tidak tenteram atau tidak sabar kerana menantikan sesuatu.Ini juga boleh dikatakan perasaan risau kerana menunggu dengan hati tidak tenang. 9. Dihargai Perkataan dihargai telah ditakrifkan sebagai perasaan yang menunjukan panghargaan dan panghormatan kepada seseorang. 10. Malu Suatu perasaan segan yang wujud dalam diri akibat melakukan suatu kesalahan atau kesilapan.

Refleksi Introspektif Optimis(optimism) Optimis ialah dibawah tajuk kompetensi personal iaitu dalam tajuk pengurusan kendiri. Optimis ialah tekal dalam usaha untuk mencapai sesuatu objektif apabila mengatasi apa jua halangan. Dalam perkataan lain, kita perlu terus berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan walaupun ada cabaran dan rintangan. Selain itu, kita perlu melihat masalah itu sebagai akibat daripada keadaan yang boleh diurus. Sebagai contohnya saya.Saya merupakan merupakan seorang seorang pelajar yang lemah dalam matapelajaran.Saya langsung tidak memahami apa yang guru ajarkan di dalam kelas.Lagipun saya merupakn seorang pelajar yang bermasalah di sekolah.Padahal tahun ini merupakan tahun SPM bagi saya.Antara faktor saya bermasalah ialah saya tidak pandai membahagikan masa dengan baik.

Penghormatan kendiri (self regard) Penghormatan kendiri juga dibawah tajuk kompetensi personal dalam kesedaran kendiri. Penghormatan kendiri dikata sebagai self-regard dalam bahasa Inggeris. Ini bermakna Keupayaan dan kesedaran untuk memahami,menerima dan menghormati diri sendiri. Kita sebagai seorang individu kita perlu menghormati diri sendiri kita daripada orang lain menghormati kita. Saya sentiasa menghormati diri saya. Semasa alam persekolahan, Selepas tamat peperiksaan PMR saya telah mendapat peluang untuk meneruskan pelajaransaya dalam aliran sains. Kelas saya merupakan kelas pertama yang telah diduduki oleh pelajar-pelajar cemerlang. Saya merupakan satusatunya pelajar india di kelas tersebut. Apabilakawan-kawansaya buli saya, saya tidak

akan berkecewa dan risau, tetapi saya menghormati diri saya. Saya tidak mempedulikan kata- kata mereka dansaya berfikir tenang dan berpositif.Selain itu, semasa guru kelas saya menyoal saya atau meminta pandangan, saya tidak berasa takut untuk menjawab. Saya berani meluahkan pandangan saya walaupun terdapat kesalahan. Ini kerana,penghormatan saya terhadap pandangan saya dan saya juga menerima pandangan orang lain serta teguran orang lain terhadap saya. Selepas itu pelajar-pelajar cemerlang tersebut mula bergaul dengan saya. Lama-kelamaan semua pelajar tersebut menjadi kawan karib saya sehingga mereka semua mengunjungi rumah saya pada masa deepavali. Walaupun kami semua telah masuk dalam alam ipta, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami berjumpa semasa cuti perayaan dan untuk membuat pelbagai aktiviti lain.

Pemangkin perubahan(self-regard) Pemangkin perubahan terdapat dibawah tajuk kompetensi sosial dalam sub topik kemahiran sosial. Pemangkin perubahan membawa maksud seseorang individu akan memulakan hala tuju baru atau mengurus perubahan dalam sesuatu kumpulanya. Inidividu tersebut perlumengenal pasti perubahan yang perlu dilakukan supaya boleh mengurus perubahan itu secara baik.Sebagai contohnya, saya telah ditugaskan sebagai pemimpin kumpulan semasa mengadakan sebuah kem unit badan berunifom di sekolah saya. Sebagai ketua,saya beringin untuk memulakan hala tuju yang baru untuk mendapat kejayaan dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Saya sedar bahawa kumpulan saya memerlukan perubahan yang baru

untuk menjadi kumpulan yang secara luar biasa serta kreatif. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, saya berusaha untuk membuat perubahan terhadap kumpulan saya dengan mengatasi halangan-halangan kepada perubahan itu. Yang pentingnya ialah perubahan yang kita buat perlu ada sokongan daripada ahli kumpulanya serta daripada orang lain. Saya telah mengagihkan tugas-tugas kami mengikut keupayaan dan kemahiran ahli kumpulan kami. Sebelum mengagihkan tugas,kami telah membincangkan beberapa cadangan supaya menjadikan kumpulan kami kumpulan kreatif dan inovatif. Dengan ini kami dapat menyiapkan tugas kami dengan sempurna dan lagi cepat daripada kumpulan lain. Akhirnya perubahan yang kami membuat ini menjadi sebagai satu model perubahan untuk kumpulan lain.

Pengurusan konflik (conflict management) Pengurusan konflik juga dibawah tajuk kompetensi sosial. Pengurusan konflik ialah seseorang itu dapat membuat rundingan atau musyawarah dan berusaha untuk menyelasaikan perselisihan itu dalam kumpulan. Seseorang itu harus menyelesaikan masalah yang dibincangi. Umpamanya, ketika saya dan kawan-kawan saya menghadapi masalah dalam pelajaran, kami sekumpulannya akan berbincang dan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. Terutamanya dalam pelajaran fizik kami selalu menghadapi masalah penyelesaian.Dalam keadaan tersebut kami mengesan konflik yang timbul dankami bertindak secara bijak untuk menyelesaikan konflik tersebut. Kami mengalakan perbincangan serta perbahasan dan saya sentiasa memberikanpendapat agar mewujudkan penyeselesain yang wajar.Selain itu kami juga merujuk beberapa buku rujukan dan internet untuk mendapat penjelasan yang kukuh

untuk menyelesaikan masalah matematik kami. Akhirnya kami dapat menyelesaikan konflik kami serta mengurangkan ketidakpastian kami dengan bukti yang kukuh yang boleh diterima oleh kawan dan guru kami.

Berorientasikan pencapaian(archievement oriented) Berorientasikan pencapaian adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitudalam pengurusan kendiri.Ini bermaksud desakan untuk membaiki prestasi untuk menambah baik serta memenuhi piawaian kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bermakna, seseorang itu perlu membaiki keadaan sekarang iaitu keadaan yang lemah ataupun prestasi seseorang supaya dapat pencapaianyang cemerlang dengan berorientasikan hasil. Saya juga pernahmengalami situasi ini. Kalau saya berasa lemah dalam sesuatu subjek, saya akan memperbaiki prestasi saya dengan memberi matlamat yang mencabar dan saya mengambil risiko yang tinggi untuk mencapai matlamat saya. Selain itu, saya juga mengejar maklumat yang benar supaya mengelakkan serta mengurangkan ketidakpastian . Saya akan merujuk buku-buku, cikgu dan juga internet untuk mendapatkan penjelasan yang baik dan tepat. Bagi mendapat pointer yang baik setiap semester saya mencuba cara yang baru untuk mengulang kaji supaya mendapat pencapain yang baik daripada semester lepas. Dengan itu saya telah mengambil beberapa tindakan iaitu mencatat nota, merujuk buku di perpustakaan dan juga mencari maklumat di laman web untuk mendapat penjelasan yang baik untuk membuat karja kursus dan tidak terkecuali pembentangan power point yang dibagi oleh pensyarah saya.Untuk pencapain yang baik, kita perlu berorientasikan pencapaian.

Membangunkan individu(developing others) Membangunkan individu lain adalah dibawah tajuk kompetensi sosial. Ini boleh ditakrifkan sebagai kita perlu mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita harus mengalakkan kebolehan dan keupayaan mereka.Kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan mereka. Sebagai contohnya, saya sentiasa memuji danmemberi ganjaran kepada adik saya yang pandai berlukis sebagai tanda menghargai kekuatan , kejayaan dalam perkembangan adik saya. Saya melihat kepelbagaian dan memberikan maklumbalas yang boleh membina perkembangan adik saya. saya juga telah membuat persediaan untukmenghadiri kelas melukis untuk adik saya. Tambahan pula,Saya juga telah membelikan peralatanperalatan yang memerlukan untuk adik saya sebagai tanda memupuk. Selain itu saya juga menggalakan adik saya supaya mengambil bahagian dalam pertandingan melukis yang dianjurkan oleh bukan sahaja pihak sekolah malah pihak kerajaan dan pihak swasta. Dengan ini, kita sanggup membangunkan individu orang lain dengan sepenuhnya.

Keyakinan diri(self confidence) Keyakinan diri adalah dibawah tajuk kompetensi personal. Dalam bahasaInggerisnya self-confidence. Ini membawa maksud kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan diri. Kita sebagai individu perlu mempunyai keyakinan diri yang kukuh untuk merealisasikan kejayaan. Saya mempunyai keyakinan diri yang kukuh dalam mengendalikan apa jua situasinya. Saya akan sentiasa mempamerkan

kesungguhan saya yang sepenuhnya untuk mencapai sesuatu kejayaan terutamanya apabila saya telah dipilih untuk menjadi ketua gerko bagi gerko woodball sem 2 . Dengan menyedari tanggungjawab saya, saya telahberusaha keras untuk melaksanakan tangggungjawab saya. Tanpa keyakinan diri saya tidak dapat melaksanakan tugas saya dengan sempurna. Saya juga perlu ada keyakinan diri untuk meluangkan pandangan saya di depan kelas yang boleh diterima oleh semua ahli pasukan saya. Selain itu saya juga harus memastikan bahawa pensyarah kami sudah mendapat kelas ganti mereka pada masa yang tepat supaya dapat menghabiskan jam kredit. Selain itu saya juga perlu membuat persediaan untuk mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur dan pertandingan badminton yang dianjurkan oleh senior kami. Setelah enam bulan berlalu saya menyedari bahawa keyakinan diri adalah amat penting untuk menjadi sebagai guru dan pemimpin. Bagi menyedari matlamat hidup kita, kitaperlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup kita.

Daya usaha(innovative) Daya usaha adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu dalam pengurusan kendiri. Dalam bahasa Inggerisnya initiative. Daya usaha bermaksud berasa selesa, terbuka dan boleh menyesuiakan diri dengan idea,pendekatan serta maklumat yang baru. Secara ringkasnya daya usaha bermaksud berfikir secara kreatif dan kritis dengan menjana idea-idea yang baru. Saya juga mempunyai daya usaha yang tinggi dalam membuat sesuatu projek. Saya mencari pelbagai idea baru daripada pelbagai sumber dan mempunyai perspektif terkini serta mengambil risiko supaya projek saya kreatif.Terutamanya pada masa membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh

pensyarah kami. Saya sentiasa akan mencuba untuk mendapakan pelbagai maklumat daripada senior kami serta daripada pelbagai sumber kajian untuk menyiapkan tugasan saya. Selain itu saya juga berbincang dengan kawan saya dan pensyarah saya untuk memastikan sumber yang saya cari itu sama ada betul atau tidak dan tepat.

10

STRATEGI-STRATEGI MENGURUS EMOSI Saya mempunyai seorang kawan yang bernama Mohammad Hadi bin Yahya.Saya mengenali dia semenjak kecil lagi.Kami membesar bersama-sama.Hadi seorang anak yang baik.Dia seorang budak yang rajin.Selalu menolong ibu bapanya ketika dirumah.Namun selepas kematian ibunya hidup Hadi berubah.Hadi selalu kelihatan sedih.Pelajarannya merosot teruk.Hadi betul-betul kecewa dengan hidupnya.Nasib malang Hadi berterusan.Hadi selau gagal dalam pelajarannya menyebabakan dia putus asa. STRATEGI Dalam situasi membantu pelajar yang mengalami masalah emosi seperti Hadi Yahya, pengurusan emosi kendiri boleh dilaksanakan. Introspeksi atau proses mengenalpasti emosi kendiri adalah untuk mengetahui jenis, punca, kesan, dan langkah mengatasi emosi yang di alami.Di dalam kaedah ini kita lihat di dalam diri kita dan mengenalpasti jenis emosi yang kita rasa serta penyebabpenyebab yang mencetuskan emosi tertentu.Kemudian kita memerhatikan kesan emosi itu terhadap pemikiran dan perlakuan kita. Perkara-perkara ini mudah untuk dipraktikkan sekiranya kita mengalami atau melalui sesuatu emosi yang negatif. Seperti di dalam situasi yang dialami oleh pelajar bernama Hadi Yahya seperti yang diterangkan di dalam petikan ini, di mana Hadi Yahya sedang mengalami atau melalui emosi yang negatif. Sebagai seorang yang arif dalam bidang kecerdasan emosi, saya membantu Hadi menggunakan Introspeksi.

11

Mengenalpasti emosi kendiri Bagi membantu Hadi Yahya menjalani Introspeksi pertamanya saya akan bersemuka secara berdua dengan Hadi Yahya. Kemudian bagi menjalani Introspeksi terdapat beberapa langkah, diantara langkah-langkahnya ialah. Pertamanya dengan menyedari dan mengenalpasti emosi kendiri itu. Di dalam kes Hadi Yahya ini, saya akan mengemukakan kepada Hadi Yahya beberapa soalan bagi mengenalpasti jenis emosi yang dihadapinya, setelah saya mengenalpasti emosi yang dihadapinya iaitu emosi yang negatif , saya akan memberitahu Hadi Yahya jika dia masih lagi belum menyedari emosi negatif yang dihadapinya itu. Apabila Hadi Yahya sudah menyedari dan mengenalpasti akan emosinya itu, saya akan pergi kepada langkah yang kedua pula iaitu mengenalpati punca atau penyebab kepada berlakunya emosi yang negatif dalam diri Hadi Yahya . Di dalam langkah yang kedua, saya akan berinteraksi dengan Hadi Yahya iaitu

berinteraksi mengenai masalah yang dihadapinya serta punca-punca berlakunya masalah itu. Setelah selesai berinteraksi dengan Hadi Yahya saya dapati bahawa punca keadaan emosi amin yang negatif adalah disebabkan oleh kegagalan peperiksaan.Dia berasa amat kecewa dan sedih dengan keputusan tersebut dan menyalahkan dirinya serta menganggap dirinya tidak berguna. Setelah mengetahui segala masalah serta punca-punca keadaan Hadi Yahya yang negatif ini, saya akan meneruskan kepada langkah yang seterusnya iaitu saya akan menerangkan kepada Hadi Yahya kesan-kesan yang akan dihadapi oleh Hadi Yahya jika dia masih lagi meneruskan dengan emosi negatifnya itu. Saya akan menerangkan kepada dia bahawa jika dia masih lagi meneruskan dengan sikap
12

beremosi negatifnya itu dia akan mendatangkan kesan pesimistik. Kesan pesimistik ini ialah dimana ia boleh mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. Didalam kes Hadi Yahya ini jika dia masih lagi tidak berjaya mengawal emosi negatifnya lamakelamaan ia boleh mendorong Hadi Yahya untuk membunuh diri. Selain itu salah satu kesan dari kesan pesimistik ialah sebagai pondorong dan penyokong supaya seseorang itu rasa tidak berguna. Kesan ini telahpun terjadi kepada Hadi Yahya dimana berasa dirinya tidak berguna kerana gagal didalam peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini. Kesan ini sangat bahaya kepada seseorang itu dan jika ia masih lagi dengan sikap ini dikhuatiri akan terjadi kesan pesimistik yang pertama tadi iaitu mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. Setelah menerangkan kepada Hadi Yahya segala kesan-kesannya dan Hadi Yahya mula menyedari segala kesan-kesan tersebut, saya akan pergi kepada langkah yang terakhir iaitu bagaimana untuk menguruskan emosinya itu. Didalam langkah ini saya akan berbincang dengan Hadi tentang kegagalannya di dalam peperiksaannya ini. Saya memberikan nasihat-nasihat yang positif kepada Hadi Yahya bagi memberikan kekuatan kepadanya kembali bagi menghadapii hari mendatang. Saya mengatakan kepada Hadi Yahya bahawa kegagalannya pada kali ini bukan bererti akan gagal selamanya. Saya akan menyedarkan Hadi Yahya bahawa kegagalan pada kali ini merupakan satu batu loncatan supaya Hadi Yahya lebih berusaha dengan lebih bijak bagi menghadapi peperiksaan yangl ebih besar pada masa yang akan datang. Akhir sekali saya akan mencadangkan kepada Hadi Yahya agar jika dia masih lagi tidak dapat mengawal emosi negatifnya agar berjumpa dengan

13

guru kaunselor. Dimana guru kaunselor lebih berpengalaman didalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh Hadi Yahya . Akhir kata saya mencadangkan juga kepada Hadi Yahya agar dia meluahkan masalah ini kepada akan yang dipercayainya agar dapat dia mengurangkan tekanan emosi yang dihadapinya itu supaya amin lebih berusaha dengan lebih bijak bagi menghadapi peperiksaan yanglebih besar pada masa yang akan datang. Akhir sekali saya akan mencadangkankepada amin agar jika dia masih lagi tidak dapat mengawal emosi negatifnya agar berjumpa dengan guru kaunselaor. Dimana guru kaunselor lebih berpengalaman didalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh amin.Akhir kata saya mencadangkan juga kepada amin agar dia meluahkanmasalah ini kepada akan yang dipercayainya agar dapat dia mengurangkan tekananemosi yang dihadapinya itu. Introspeksi adalah proses mengetahui masalah dan mengenalpasti jenis,punca, kesan, dan langkah yang patut diambilnya untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Oleh itu, sebagai seorang cikgu yang telah didedahkan dengan latihan pengurusan emosi kendiri, saya boleh membantu Hadi Yahya dalam menguruskan emosi dan memberi beberapa nasiha serta kaunseling kepadanya.Terlebih dahulu, saya akan membantu Hadi Yahya mengenal pasti masalahyang dihadapinya dan jenis emosi yang dialaminya. Saya boleh cuba mengaplikasikan model-model kompetensi kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji Hadi Yahya. Dalam kes ini, Hadi Yahya mengalami emosi negatif kerana berasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan yang dicapainya dalam peperiksaannya. Selain itu, dia juga mempamerkan emosi kemurungan dan kesedihan yang agak serius kerana dia mula
14

memencilkan diri dan tidak ingin berkomunikasi dengan rakan-rakannya mahupun cikgunya. Hadi Yahya harus diberi pertolongan dengan segera kerana dia mula bersikap pasif di dalam kelas dan ini akan mendorong kepada masalah yang lebih serius jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Setelah mengenal pasti jenis emosi yang dialaminya, saya akan mencari punca dan faktor yang menyebabkan dia mengalami gangguan emosi ini. Punca Hadi Yahya mengalami gangguan emosi adalah kerana dia tidak mendapat keputusanyang diharapkan olehnya setelah mengorbankan masa lapangnya untuk belajar bersungguhsungguh. Selain itu, dia juga berasa malu untuk berdepan dengan rakan-rakan dan cikgunya dan ini menyebabkan dia berasa segan untuk bergaul dengan rakanrakannya. Jika perkara ini berterusan maka Hadi Yahya akan mula berasa terpencil dan dipulaukan oleh rakan-rakannya dan mungkin akan mengalami masalah emosi yang lebih serius.Selepas itu, saya akan mengaturkan masa untuk satu sesi yang khas untuk Hadi Yahya meluahkan perasaannya kepada saya atau kaunselor. Langkah ini amat penting bagi mengeluarkan segala rasa tidak puas hati Hadi Yahya dalam hatinya supaya dia tidak memendamkan rasa kekecewaan dan kesedihannya. Saya akan memahami masalahnya dan berbincang dengan para kaunselor untukmembuat keputusan untuk mengambil langkah yang betul dan tepat untuk membantu Hadi Yahya. Sesi kaunseling ini dapat memulihkan semangat dan memberi semangat baru kepada Hadi Yahya untuk meneruskan perjuangannya. Seterusnya,saya boleh memberi nasihat dan dorongan seperti usahanya tidak disia-siakan kerana dia telah berusaha dan dia tidak patut berasa sedih kerana dia telah cuba bersungguh-sungguh dan dia masih boleh berusaha lagi.
15

PERANAN GURU DALAM MEWUJUDKAN P&P YANG MEMBANTU PERKEMBANGAN KECERDASAN EMOSI Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademikdan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikanbahan bercerita. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alatuntuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapatmeningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaanserta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serba maju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk dan menyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyai kemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antaraindividu. Para pendidik perlulah menyelitkan pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum dan ko-kurikulam di sekolah. Sebagai contohnya, sesi suaikenal pada hari pertama persekolahan, menggalakkan para pelajar berkenal-kenalan dan memastikan para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sama seperti ibu bapa, para pendidik boleh menggunakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar kelas untuk memupuk kemahiran-kemahiran kecerdasan emosi. Peristiwa-peristiwa seperti penyingkiran, kurang motivasi, tidak ada persetujuan antara dua pihak, pertengkaran, tindakan agresif dan sebagainya adalah antara contoh-contoh realistik yang negatif yang boleh digunakan untuk mengajar kecerdasan emosi.
16

Kesedaran melalui tayangan video dan kaedah main peranan boleh diguna dan diamalkan oleh para pendidik dalam memberi kesedaran tentang kecerdasan emosi terhadap pelajar-pelajar. Kecerdasan emosi perlu diajar dan diterapkan kepada semua individu pelajar bagi mengelakkan dari berlakunya kes-kes negatif yang boleh mengganggu perkembangan kecerdasan emosi. Ini kerana mengelak atau menghindari kes-kes negatif tadi adalah lebih baik dari mengubatinya. Kecerdasan emosi merupakan elemen yang penting dan perlu bagi menjalani dan menghadapi kehidupan pada masa-masa akan datang walaupun tanpa kehadiran ibu bapa, keluarga mahupun para pendidik.

17

REFLEKSI Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi saya kekuatan dan masa untuk menyiapkan tugasan ini.Pada mulanya,bagi saya untuk menyiapkan tugasan yang berbentuk subjektif ini amat susah,tetapi setelah saya mendengar

nasihat-nasihat En Ismail bin Husin dan berbincang dengan rakan-rakan saya semakin yakin untuk menyiapkan tugasan ini.Walaupun soalan-soalan ini adalah secara umum tetapi cara menampilkan jawapannya cukup mencabar. Saya berbincang dengan Ghazali untuk menyiapkan tugasan ini.Kami juga turut mengajak rakan-rakan lain untuk berbincang dan mencari maklumat bersama-sama .Hal ini merapatkan lagi silaturahim antara kami dan meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan kritis kami.Di samping saya dapat mempelajari ilmu baru iaitu mengurus emosi berdasarkan situasi-situasi tertentu. Melalui tugasan ini saya dapat melihat kembali di tahap mana otak saya boleh berfikir secara kritis dan kreatif.Saya cukup teruji bukan sahaja semasa menjawab malahan ketika mencari maklumat lagi kerana bahan-bahan rujukan untuk tugasan ini cukup terhad di perpustakaan dan internet.Kadang-kadang saya terpaksa menterjemahkan rujukan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.Walau bagaimanapun,saya amat berharap setiap manfaat yang saya dapat daripada tugasan ini dapat saya gunakan dimasa hadapan, terutama ketika bergelar pendidik kelak,Insyallah.

18

19

Anda mungkin juga menyukai