Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur alhamdulillah kerana dengan jaya dapat melaksanakan Kejohanan Olahraga


Tahunan 2014 . Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan satu program
tahunan yang perlu dilaksanakan oleh guru pelatih semester 5 bagi memenuhi pro
forma WAJ 3112 Kokurikulum-Olahraga.Kejohanan ini banayak memberi pendedahan
kepada saya sebagai guru pelatih untuk mengendalikan suatu kejohanan yang sukan
apabila disekolah kelak.
Melalui kejohanan ini saya dapat banyak ilmu baru dan pengetahuan yang dapat
dikongsi bersama-sama rakan guru pelatih.Antara ilmu awal ialah ketepatan masa
dalam menghadiri suatu perjumpaan atau mesyuarat.Apa yang saya dapat belajar ialah
ketepatan seorang guru untuk patuh kepada masa amatlah penting kerana program
akan tergendala jika guru pelatuh tidak menepati masa yang ditetapkan.Contoh pada
awal perancangan terdapat kelewatan dalam mencari minyak hitam .Ini menyebabkan
urusan membuat garisan balapan tertangguh dan seterusnya latihan terpaksa
dilewatkan.Ini menunjukan kepatuhan kepada masa amatlah penting untuk memastikan
kelancaran suatu urusan.
Dalam KOT ini saya mendapat tugas sebagai ajk teknikal dan pertandingan.Saya
bertugas dibawah ketua saya iaitu Rey Zen dan Danial.Apa yang saya dapat perhatikan
disini tugas ajk teknikal amatlah sukar jika mempunyai ahli yang sedikit.Petugas tidak
dapat bergilir kerana kekurangan ahli padahal bahagaian teknikalah yang memerlukan
petugas yang ramai utuk bergilir-gilir dalam melaksanakan tugas dan kewajipan.Selain
itu kontroversi tidak dapat lari ,contoh masalah penentuan pemenang bagi acara 100
meter lelaki semester 5,terdapat pergeseran kecil antara peserta dan hakim tetapi
berjaya diselesaikan dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Tanggungjawab sebagai penganjur juga membantu merapatkan hubungan antara kami
dengan tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah daripada Unit
Kokurikulum iaitu En. Abdul Ramit, En. Sarudin, En. Chew dan lain-lain. Sebelum
melaksanakan sesuatu idea, kami sebagai penganjur akan bermesyuarat bersama
dengan pensyarah untuk mengemukakan pendapat dan mendapatkan perhatian serta
pandangan daripada pensyarah. Perbincangan akan selalu dilakukan dan kami banyak
merujuk kepada pensyarah untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Secara tidak
langsung, bukan sahaja dapat kami mengelolakan kejohanan ini dengan baik,malah
mendapat ilmu pengelolaan yang sangat berguna.
Sebagai seorang bakal guru, KOT ini memberi banyak pengalaman yang bermakna.
Guru akan sentiasa terlibat dengan sukan tahunan sekolah.Oleh itu, melalui
pengalaman yang sudah saya peroleh dari penganjuran KOT ini akan saya aplikasikan
semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah. Keadaan di sekolah mungkin sedikit
berbeza namun dari aspek pengurusan sukan sekolah keadaannya hampir sama. Oleh
itu, saya boleh menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan sukan ini di
samping menambahkan ilmu untuk dan menjadi titik tolak kepada pengurusan yang
lebih baik pada masa akan datang.
Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai