Anda di halaman 1dari 22

MENGGALURKAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu. Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Pluralistik (Majmuk) terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALISTIK


Tidak adanya penyesuaian nilai (value consensus) di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Tidak wujudnya keseragaman dari segi kebudayaan. Selalu berlaku konflik kelompok yang ada. dan pertentangan antara

Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa autonomi mengikut bahagian sistem sosial mereka.

Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang


ekonomi antara satu kelompok dengan kelompok yang lain sebagai faktor asas untuk berlakunya interaksi. Dominasi dari segi kuasa politik oleh satu kelompok dengan kelompok yang lain. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada

kepentingan kelompok tertentu. Tiap-tiap kelompok mempunyai fungsi serta kepentingan mereka sendiri.

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK

KEDATANGAN PEDAGANG EROPAH

KESULTANAN MELAYU MELAKA


Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat bekalan makanan atau membaiki kapal.

Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan pedagang untuk datang ke situ. Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan campur.

Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina, Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka. Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.

KEDATANGAN PEDAGANG EROPAH

POLITIK

EKONOMI

KESAN

SOSIOBUDAYA

POLITIK
Dari segi politik, masyarakat pluralistik telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang berbeza. Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu terbahagi kepada 3 corak berdasarkan 3 kaum yang terbesar mendiami negara ini. Orang Melayu menunjukkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu, bangsa Cina kepada negara China dan bangsa India pula ialah kepada negara India.

Menjelang pertengahan abad ke-20, sikap dan taat setia bangsa Cina dan India secara beransur-ansur mula bertumpu kepada Tanah Melayu, iaitu bumi tempat mereka mencari rezeki dan perlindungan.
Malayan Union telah membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu dengan amat luas sekali. Kejayaan memansuhkan Malayan Union, UMNO telah muncul sebagai parti politik Melayu. UMNO menjadi tempat pergantungan orang Melayu bagi kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Bagi orang India pula, Parti Kongres India Malaysia (MIC) pula ditubuhkan untuk: 1) Memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

2) Memperjuangkan kemajuan politik di Tanah Melayu bersama-sama kaum lain. 3) Mewakili dan menyampaikan pendapat kaum India kepada kerajaan.

Bagi masyarakat Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan yang mempunya 2 tujuan utama iaitu: 1) Melindungi hak kepentingan orang Cina
2) Menggalakkan dan memelihara keharmonian kaum dan membentuk negara Tanah Melayu yang bersatu. Selain daripada parti ini, terdapat pelbagai parti politik yang mewakili kepentingan kaum masing-masing.

EKONOMI
Kemasukan imigran luar telah membentuk penempatan berdasarkan corak kegiatan ekonomi mengikut bangsa. Kaum Cina bertumpu di bandar-bandar, kawasan lombong serta menceburi bidang kewangan. Kaum Melayu menceburi bidang pertanian di kawasan pedalaman bahagian barat Timur dan Utara.

Orang India bertumpu di kawasan perladangan getah sepanjang bahagian tengah Pantai Barat.
Kemasukan buruh-buruh asing telah memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan pesat ekonomi membolehkan sistem pengangkutan, hospital, pelabuhan, telegraf dan sekolah-sekolah dibina. Penduduk Bumiputra di luar bandar kurang mendapat perhatian terhadap masalah ini. Ini disebabkan anggapan bahawa orang Melayu bukan merupakan tenaga kerja yang penting.

SOSIOBUDAYA
Budaya yang dibawa dari negara China, India dan Tanah Arab ini sedikit sebanyak diubahsuai dan wujudlah budaya Malaysia. Dari segi bidang kesenian, kedatangan berbagai bangsa telah mewujudkan pelbagai variasi budaya antaranya dari segi muzik dan cara berpakaian. Kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap perkara atau benda ghaib didatangkan dari negara luar khususnya India.

Pada Ogos 1971, kerajaan telah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaan rakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsan.
Dari segi pendidikan, corak pendidikan orang Cina dan India di Tanah Melayu dahulu tetap berorientasikan corak pendidikan di negara China dan India sehingga tertubuhnya Akta Pendidikan 1957.

KESIMPULAN
Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah. Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu.

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

RUJUKAN:
Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (1980), Sejarah Tanah Melayu, Kuala Lumpur: DBP. Mahdi Shuid, Suzani Osman, Sazlina Othman (2006), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Fauziah Shaffie, Ruslan Zainuddin (2000), Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Adnan b. Muhammed, Hjh. Norzita bt. Hj. Mansur, Osman b. Soh (1996), Sejarah Tingkatan 1, Kuala Lumpur: DBP. Mohamad Idris Soleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shamsul Amri Baharuddin (2007), Modul Hubungan Etnik, Shah Alam: UTM.

Anda mungkin juga menyukai