Anda di halaman 1dari 2

DOA

‫الر ِحيْ ِم‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫ِب ْس ِم‬
َّ ‫الله‬
‫عل َى آلِ ِه‬ َ ‫عل َى َسيِّ ِدنَا ُم‬
َ ‫ح َّم ٍد َو‬ َ ‫السال َ ُم‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ َّ ‫العا ِقبَة لِل ُْمتَّ ِقيْ َن َو‬
َ ‫ َو‬, ‫العال َِميْ َن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ر‬
َ ِ
‫لله‬ ‫د‬
ُ ‫م‬
ْ ‫ْح‬
َ ‫ل‬َ ‫ا‬
‫حا ِب ِه َأ ْج َم ِعي ْ َن‬
َ ‫َوَأ ْص‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya pada pagi ini, kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan BPK & Majlis Penutup Kursus
Pegawai dan AKP Baharu bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan
semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan sistem pendidikan negara
agar dapat melahirkan warga yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran dan berjasa
kepada agama, bangsa dan negara.
DOA
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda
kami, idea yang bernas, pandangan yang jelas dan keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur
rahim dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa
secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya
Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, mahupun jua di akhirat.
Ya Rabbal Alamin,
Ya Allah, perkenankan doa kami, permintaan kami kerana sesungguhnya hanya kepada-Mu kami
memohon.
َ ‫س َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللا ُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬
 

Anda mungkin juga menyukai