Anda di halaman 1dari 2

DOA HARI SINDROM DOWN SEDUNIA

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


َ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى اَ ْش َرفِ ْالمُرْ َسلِيْن‬
‫و َعلَى آلِ ِه َواَصْ َح ِاب ِه اَجْ َم ِعيْن‬، َ ‫هلل َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫وال‬، ِ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬. 

Ya Allah … bersempena dengan HARI SINDROM DOWN SEDUNIA ini,


di atas keizinan MU jua kami berada di SINI,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah BAGI, 
di atas segala limpah kurnia yang Engkau BERI,
dengan jayanya hari gemilang ini kami HADIRI

Ya Rabbul IZZAH
Dengan kerjasama serta MAHABBAH, . .
semua hadirin hadirat yang IZZAH, . .
Limpahilah majlis kami ini dengan RAHMAH, 
penuhi majlis kami ini dengan BARAKAH, 
agar majlis ini sampai ke NOKTAH.

Ya Rabbul ‘Alami,
Kami khususkan doa INI
Buat anak2 sindrom down yg diRAI
Jadikan mereka anak2 penyejuk dimata penawar dihati,
Sihat jasmani dan ROHANI
Mampu mengurus DIRI
Bagi menghadapi masa depan yang MENANTI

Ya Badi’ussama wa tiwal ard, 


JANGANLAH engkau bebani kami dgn tugas yang tidak mampu diKANDAR.
kerana sesungguhnya tiada daya dan IHKTIAR,
melainkan ENGKAU tempat kami BERSANDAR,
maka BANTULAH kami. . .untuk mendidik anak2 ini dgn penuh SABAR,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun BESAR,
Dengan USAHA dan IKHTIAR,
demi memenuhi agenda pendidikan yang MENCABAR,
agar kecemerlangan sekolah dan PELAJAR,
dapat dicapai dan diLAKAR.

Ya ALLAH Ya Rahman,
ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
ENGKAU iringi segala usaha kami dengan KEBERKATAN,
Agar majlis hari ini lancar BERJALAN
demi anak-anak SK Mukah yang menjadi HARAPAN

َ‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا َوال‬، ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬، ‫مْع َنا َه َذا َجمْعًا َمرْ ح ُْومًا‬
َ ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج‬
ْ
‫ َمطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬ .

ِ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِى ال ّدُ ْن َيا َح َس َن ًة َوفِى ْاآلخ َِر ِة َح َس َن ًة َوقِ َنا َع َذا َبال َّن‬
‫ار‬
ْ ِ ِ ‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن َو ْال َح ْم ُد‬
‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬ َ ‫صلَّى ا هلل ُ َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫و‬.َ
Aamiinn Ya Rabbal Alamiinn

Anda mungkin juga menyukai