Anda di halaman 1dari 3

ORIENTASI TAHUN 4

1. Nama Program :
Orientasi Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua
2. Pengenalan.
Program Orientasi atau suai kenal adalah antara program yang amat perlu
didedahkan kepada murid-murid. Selain daripada memberikan pendedahan
terhadap kepelbagaian subjek, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid
tahun 4 untuk mengenali para pentadbir serta guru guru yang terlibat atau bertugas
di sesi pagi. Secara keseluruhan bolehlah dikatakan bahawa program ini menjurus
kepada pembentukkan konsep pembelajaran yang terancang untuk murid-murid
tersebut atau dalam erti kata lain pembelajaran yang telah didedahkan dengan
terpeinci kepada mereka agar mereka faham serta tahu dengan sukatan yang bakal
dipelajari. Pengisian program ini keseluruhannya berbentuk orientasi iaitu suai kenal,
sama ada info subjek ataupun info untuk perkara-perkara yang lainnya seperti
kegiatan koku, tenaga pengajar, para pentadbir serta setaf sokongan dan lain-
lainnya.

3. Rasional.
Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid yang
menyertainya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap
situasi pembelajaran, sosial dan persekitaran yang baru. Ia juga turut menyediakan
pakej suai kenal yang komprehansif kerana melibatkan dari setinggi-tinggi jawatan
pentadbiran hinggalah kepada tukang masak di kantin, tukang kebun serta
penyelenggara kebersihan di sekolah. Penekanan yang diberikan adalah info berupa
pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar murid-murid
berakhlak mulia. Di samping itu, pengisian program daripada unit Bimbingan turut
diselitkan dalam bentuk sahsiah serta disiplin diri.

4. Matlamat
4.1 Melahirkan murid berakhlak mulia.
4.2 Menyedarkan murid terhadap sukatan yang bakal ditempuhi.
4.3 Mendidik murid agar mengerjakan kebajikan.

5. Objektif.
5.1 Peserta mengenali serta menghormati semua warga sekolah.

1
5.2 Peserta tahu tentang sukatan matapelajaran yang akan diambilnya
sepanjang sesi 2021
5.3 Peserta tahu tentang aktiviti serta program yang akan dilaluinya
sepanjang sesi 2021

6. Tema “ Ke Arah Kecemerlangan Sahsiah Diri ”

7. Jangkamasa Orientasi Program:


- rujuk lampiran

8. Tempat : Makmal Komputer SK Manjoi Dua

9. Kumpulan Sasaran : Semua pelajar Tahun Empat Sesi 2021.

10. Kaedah Perlaksanaan


10.1. Taklimat
10.2. Ceramah

11. Jawatankuasa Hari Orientasi Pelajar Tahun Empat.


Penasihat : Pn. Farasmini bt Omar (Guru Besar SKMD)
Pengerusi : Pn. Maslina bt Mohamed Khalib (PK Hem SKMD)
Naib Pengerusi : (PK Pentadbiran SKMD)
En. Meor Zulkernaen b. Zabidin (PK KoKu SKMD)
Pn. Faizah bt Abdul Rahman (PK Petang SKMD)
Penyelaras Program : Pn. Maryati bt Yaakob
(Penyelaras Tahun 4)

Setiausaha : En. Mohd Jamzury b. Abd. Rasid


(Guru Bimbingan)

AJK:
Guru Kelas /Akademik Tahun 4
Ketua Panitia matapelajaran

2
12. JADUAL PROGRAM ORIENTASI. AKTIVITI
- rujuk lampiran

13. Penilaian
13.1 Reaksi dan perubahan tingkahlaku peserta khususnya personaliti dan
ketrampilan selepas hari orientasi
.
14. Penutup.
Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti program hari orientasi ini akan
mendapat beberapa celik akal atau wawasan mengenai falsafah dan nilai yang
sepatutnya ada pada seseorang di Sekolah Kebangsaan Manjoi Dua.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ………………………………………………………..
MOHD JAMZURY BIN ABD RASID MASLINA BT MOHAMED KHALIB
Guru Bimbingan SKMD PK Hem SKMD

Disahkan oleh,

………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai