Anda di halaman 1dari 4

MEMAHAMI PETIKAN CERITA

            Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari


menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu
pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.
            Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu terdapat
sebatang jalan raya yang lurus. Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura yang berlagun dan
dilatari bukit kecil.
            Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang
memancing ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke jeti
Kuala Dungun.  Jeti itu menjadi pusat pendaratan ikan.
            Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti lama
atau duduk di atas tiang besar itu.
            “Jeti itu tidak digunakan lagi,” jelas Ramli. “Sebelum ini, jeti itu merupakan tempat
pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi,” sambungnya.
            Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya kira-kira
30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti tersebut
menggunakan kereta api.
            Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut cetek,
kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah dengan tongkang
ke kapal yang berlabuh jauh di laut.
            “Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati,” kata
Ramli.
            “Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya?” tanya saya.
            “Landasannya telah rosak binasa,” balas Ramli.
            “Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong,” kata
saya.
            “Idea yang baik,” balas Ramli. “Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal
bekasnya sahaja,” sambung Ramli.
            “Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada,” kataku sambil memandang kepada
kumpulan orang yang sedang memancing itu.
            “Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan banyak
yang telah tumbang,” tambah Ramli.
            “Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut,” kata saya sambil melihat
seorang lelaki tua menyentak kailnya.

1          Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana

            A         ada jeti lama dan lagun C         mempunyai pantai yang cantik


            B         kedudukannya di tepi laut D         ada jalan raya di tepi pantainya
            
2          Perkataan “dibongkar” dalam petikan di atas bermaksud      

            A         dicuri            C diambil                                      
            B         dibuka                        D         dirosakkan                        
            

3          Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?

A         Kerana air laut dangkal      C         Kerana adanya tongkang


            B         Kerana jeti itu berbahaya D          Kerana kapal berlabuh di tengah
laut

            

4            Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang tempat-tempat yang dinyatakan


dalam petikan di atas KECUALI

            A         Bandar Dungun terletak di tepi laut


            B         Kuala Dungun ialah pelabuhan ikan
            C         Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan
            D         Kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi ke  
                        Dungun

5          Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?

            A         Bukit Besi Bandar Bijih C         Percutian Yang Menyeronokkan


            B         Keindahan Bandar Dungun D         Dungun Bandar Bersejarah  

MEMAHAMI RENCANA
Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara. Perkembangan
perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka menjadi faktor
utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga menyebabkan munculnya
bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru.
            Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut
merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan berdebu
ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta lembu yang
digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan di tepi sungai.
            Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya
telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.
            Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina pada
tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan negeri-
negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
            Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan perjalanan
antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan adanya lebuh
raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu ialah Lebuh Raya
Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang, Lebuh
Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
            Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini
terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di
Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-Sindumin
dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya baru dibina
seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk Antu-Batang Ai.
1          Berikut ialah negara di Asia Tenggara KECUALI
            A         Jepun C         Singapura
            B         Thailand D         Indonesia
         
2          Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?
            A         Jalan itu berlumpur dan berdebu.
            B         Jalan itu merupakan laluan kereta lembu.
            C         Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai.
            D         Jalan itu berupa lorong dalam hutan.

3          Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan


            A         pertumbuhan bandar-bandar
            B         kemajuan perusahaan bijih timah
            C         kemajuan sesetengah kawasan baru
            D         pembukaan kawasan baru

4          Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikut KECUALI


            A         Johor             C         Pahang
            B         Perak                       D         Selangor               

5          Tujuan pembinaan lebuh raya ialah      


            A         menghubungkan kawasan baru
            B         memudahkan perjalanan antara negeri
            C         menghubungkan Singapura dengan Perlis
            D         menghubungkan Sarawak dengan Sabah

MEMAHAMI BERITA
PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi telah
menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang paling teruk
dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan Jalan Rawak.
            Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi dengan
bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.
            Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit.  Akibat
banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini menimbulkan masalah
kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan Deepavali yang sedang
berlangsung.
            Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu tidak
seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
            Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai yang
suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah berlaku setiap
kali hujan turun.
            Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini.  Walau
bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca banjir selain
daripada masalah sampah.

1          Perkataan berlarutan dalam petikan bermaksud


            A         semakin lanjut        C         berpanjang-panjang                                      
            B         terus-menerus  D         semakin bertambah                                            
                       
2          Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu?
            A         Pihak MPPP             C         Jabatan Pertahanan Awam
            B         Polis marin D         Orang kampung
           
3          Apakah kesan banjir itu kepada penganut agama Hindu?
            A         Mereka terpaksa dipindahkan ke sekolah.
            B         Mereka tidak dapat menyambut Deepavali.
            C         Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.
            D         Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

4          Berikut ialah punca banjir yang melanda kawasan-kawasan itu KECUALI
            A         sistem perparitan yang kurang baik
            B         aliran air tersekat oleh sampah-sarap
            C         hujan yang turun dengan lebatnya
            D         pengurusan MPPP yang kurang cekap

5          Frasa “menuding jari” bermaksud


            A         menunjuk jari ke arah sesuatu C         menfitnah pihak tertentu
            B         menuduh pihak tertentu D         membuat kajian terhadap sesuatu

Anda mungkin juga menyukai