Anda di halaman 1dari 39

PEMAHAMAN PETIKAN

1. Petikan Cerita
2. Surat Tidak Rasmi
3. Rencana
4. Berita
5. Catatan Harian
6. Rencana
7. Berita
8. Rencana
9. Surat Tidak Rasmi
10. Sajak
11. Cerita Pendek
12. Rencana
13. Dialog
14. Rencana
15. Puisi
16. Pengumuman
17. Cerita
18. Cerita
19. Rencana

MEMAHAMI PETIKAN CERITA


Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bandar Dungun memang indah. Demikianlah penilaianku selama tiga hari


menumpang di rumah kawanku, Ramli. Bandar itu letaknya di pinggir laut. Salah satu
pantainya, Pantai Teluk Lipat memanjang hingga ke Tanjung Sura sejauh tiga kilometer.
Petang itu aku dan Ramli bersiar-siar di pantai itu. Selari dengan pantai itu
terdapat sebatang jalan raya yang lurus. Jalan raya itu berakhir di Tanjung Sura yang
berlagun dan dilatari bukit kecil.
Kami menapak di pasir pantai yang lembut dan bersih itu sambil melihat orang
memancing ikan. Dari situ kami dapat melihat perahu-perahu nelayan keluar masuk ke
jeti Kuala Dungun. Jeti itu menjadi pusat pendaratan ikan.
Mataku tertumpu kepada pengail-pengail itu. Mereka duduk di atas pelantar jeti
lama atau duduk di atas tiang besar itu.
Jeti itu tidak digunakan lagi, jelas Ramli. Sebelum ini, jeti itu merupakan
tempat pemunggahan bijih besi dari Bukit Besi, sambungnya.
Bukit Besi ialah sebuah bandar perlombongan bijih besi. Bandar itu letaknya
kira-kira 30 kilometer dari bandar Dungun. Bijih besi dari bandar itu dipunggah ke jeti
tersebut menggunakan kereta api.
Bijih besi itu dieksport ke luar negara menggunakan kapal. Oleh sebab air laut
cetek, kapal-kapal tidak dapat rapat ke tepi jeti itu. Bijih besi terpaksa dipunggah
dengan tongkang ke kapal yang berlabuh jauh di laut.
Kini bijih besi telah habis dan bandar Bukit Besi telah menjadi bandar mati,
kata Ramli.
Bagaimana pula dengan landasan kereta apinya? tanya saya.
Landasannya telah rosak binasa, balas Ramli.
Perkhidmatannya harus dihidupkan kembali untuk menarik minat pelancong,
kata saya.
Idea yang baik, balas Ramli. Tapi landasannya telah dibongkar orang, tinggal
bekasnya sahaja, sambung Ramli.
Nampaknya jeti ini sahaja yang masih ada, kataku sambil memandang kepada
kumpulan orang yang sedang memancing itu.
Tetapi telah uzur benar, lihatlah tiang-tiangnya yang telah senget, malahan
banyak yang telah tumbang, tambah Ramli.
Sedikit masa lagi semuanya akan berkubur dalam laut, kata saya sambil
melihat seorang lelaki tua menyentak kailnya.

1 Penulis berpendapat bandar Dungun cantik kerana


A ada jeti lama dan lagun
B kedudukannya di tepi laut
C mempunyai pantai yang cantik
D ada jalan raya di tepi pantainya

2 Perkataan dibongkar dalam petikan di atas bermaksud


A dicuri
B dibuka
C diambil
D dirosakkan

3 Mengapakah kapal tidak berlabuh di jeti itu?


A Kerana air laut dangkal
B Kerana jeti itu berbahaya
C Kerana adanya tongkang
D Kerana kapal berlabuh di tengah laut

4 Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang tempat-tempat yang dinyatakan


dalam petikan di atas KECUALI

A Bandar Dungun terletak di tepi laut


B Kuala Dungun ialah pelabuhan ikan
C Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan
D Kereta api digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Bukit Besi ke
Dungun

5 Pada pendapat anda, apakah tajuk yang sesuai bagi petikan itu?
A Bukit Besi Bandar Bijih
B Keindahan Bandar Dungun
C Percutian Yang Menyeronokkan
D Dungun Bandar Bersejarah

Data>Petikan 1.doc/ BIL.102/ariff .

JAWAPAN
1. B kedudukannya di tepi laut
2. B dibuka
3. A Kerana air laut dangkal
4. C Dungun merupakan pusat utama pendaratan ikan
5. D Dungun Bandar Bersejarah

MEMAHAMI SURAT
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

43, Jalan Kenanga,


Kampung Sungai Manik,
36000 Teluk Intan.
23 Mei 2008.

Menemui sahabatku, Roslan yang kini berada di Kuala Lumpur. Semoga


saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Akhirnya, tanpa kuduga kau pun meninggalkan kampung kita. Kau berhijrah
ke kota. Katamu, di sana peluang kerja luas terbuka, tidak seperti di kampung.
Memang benar di sana banyak kerja. Kilang tumbuh seperti cendawan. Walau
bagaimanapun, kita jangan lupa bahawa sepinggan nasi dan teh tarik di sana berharga
tiga ringgit berbanding dengan di sini yang masih lagi berharga seringgit.
Di kampung apa yang ada, hanya pokok getah dan pokok padi. Pendapatan
menoreh getah tidak seberapa, malahan tidak tetap pula. Ini berbanding dengan kerja
di kilang, gajinya tetap dan lumayan.
Pemergianmu menyebabkan persatuan belia yang kau asaskan itu terjejas
perjalanannya. Kita berjaya mengumpulkan belia di bawah satu gerakan. Kita telah
melakukan dua tiga kegiatan yang berfaedah. Semuanya dilakukan untuk mengelakkan
belia kita daripada terlibat dengan dadah, lepak, dan kegiatan tidak sihat yang lain.
Itulah yang kukesalkan. Seharusnya kau terus memimpin mereka. Bukankah itu
cita-cita dan harapanmu? Namun, kau telah pergi dan aku terpaksa menerajui
kepemimpinan persatuan belia itu. Kau sebenarnya tidak sabar, tidak tetap pendirian.
Maafkan aku jika menuduh demikian. Bagiku itulah kenyataannya. Namun
begitu, aku masih mengharapkan agar kau kembali ke sini. Kami masih lagi
memerlukan kau. Kau tinggalkanlah kerja kilang itu. Mari kita teruskan rancangan
hendak mengerjakan tanaman padi secara estet itu. Orang-orang kampung telah
bersetuju untuk menyerahkan tanah-tanah padi yang terbiar itu. Jabatan Pertanian pula
berjanji hendak memberikan benih, khidmat nasihat dan jentera pembajak.
Meskipun begitu, rancangan itu akan tetap kami laksanakan tanpa kau. Kami
akan buktikan bahawa tanpa kau rancangan itu akan berjaya. Cuma fikirkanlah kembali
keputusanmu itu.
Jika kau fikir keputusanmu itu tidak tepat, maka pulanglah. Kami sedia
menerima kepulanganmu serta memaafkan perbuatanmu itu.
Sekian, terima kasih.

Kawanmu,
Azhar
(Azhar bin Sulaiman)

1 Apakah sebab utama kawan penulis meninggalkan kampung?


A Kerana ingin bekerja di kilang
B Kerana ingin mencari pekerjaan lain di kota
C Kerana tidak mahu lagi memimpin persatuan belia itu
D Kerana berasa bosan dengan kehidupan di kampung

2 Tujuan penubuhan persatuan belia itu ialah


A untuk membangunkan tanah padi yang terbiar
B untuk mengusahakan padi secara besar-besaran
C untuk menyatukan belia di bawah satu persatuan
D untuk mengelakkan belia itu daripada terjebak dalam masalah sosial

3 Apakah yang dikesali oleh penulis?


A Impian dan cita-cita penulis tidak tercapai
B Dia terpaksa menggantikan tempat kawannya
C Kawan penulis tidak sabar dan tidak tetap pendirian
D Kelicinan pergerakan persatuan belia di kampung itu terjejas

4 Kenyataan berikut benar tentang rancangan penulis dan sahabatnya yang


berhijrah ke kota, KECUALI ?
A Penduduk kampung telah bersetuju menyerahkan tanah padi yang
terbiar
B Rancangan ini masih memerlukan khidmat sahabat penulis untuk
dimulakan
C Persatuan belia kampung itu tetap akan melaksanakan rancangan yang
tergendala itu
D Benih, khidmat nasihat dan jentera pembajak akan disumbangkan oleh
Jabatan Pertanian

5 Maksud menerajui berdasarkan petikan di atas ialah


A mengetuai
B mengarahkan
C menggantikan
D menganggotai

Data>Petikan 1.doc/ BIL.103/Ariff

JAWAPAN
1. A Kerana ingin bekerja di kilang
2. D untuk mengelakkan belia itu daripada terjebak dalam masalah sosial
3. D Kelicinan pergerakan persatuan belia di kampung itu terjejas
4. B Rancangan ini masih memerlukan khidmat sahabat penulis untuk dimulakan

5. A mengetuai

MEMAHAMI RENCANA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jalan raya di negara kita dikatakan antara yang terbaik di Asia Tenggara.
Perkembangan perusahaan melombong bijih timah dan ladang getah yang baru dibuka
menjadi faktor utama jalan raya dibina di negara kita. Perusahaan ini juga
menyebabkan munculnya bandar-bandar baru dan kawasan-kawasan baru.
Pada mulanya, sebelum terbina jalan raya yang berturap tar, jalan tersebut
merupakan lorong-lorong di dalam hutan. Jalan itu berlumpur apabila hujan dan
berdebu ketika musim kemarau. Kemudian lorong itu bertukar menjadi laluan kereta
lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan barang-barang ke pengkalan
di tepi sungai.
Serentak dengan kemajuan perusahaan bijih timah dan getah itu juga jalan raya
telah dibina untuk menghubungkan antara bandar-bandar itu.
Jalan raya yang menghubungkan Singapura dengan Perlis telah siap dibina
pada tahun 1928. Hanya selepas tahun 1945, barulah jalan raya yang menghubungkan
negeri-negeri Pantai Timur dengan negeri-negeri Pantai Barat siap dibina.
Jalan raya dan lebuh raya terus dibina dengan pesat untuk memudahkan
perjalanan antara negeri dengan kawasan-kawasan yang baru membangun. Dengan
adanya lebuh raya, perjalanan menjadi lebih cepat serta selamat. Antara lebuh raya itu
ialah Lebuh Raya Timur - Barat, Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Kuala Krai-
Gua Musang, Lebuh Raya Kuantan-Segamat dan banyak lagi.
Pembinaan jalan raya juga berlaku dengan pesat di Sabah dan Sarawak. Kini
terdapat tiga batang lebuh raya yang menjadi tulang belakang rangkaian jalan raya di
Sabah. Lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Tamparuli-Ranau, Lebuh Raya Papar-
Sindumin dan Lebuh Raya Lahad Datu-Semporna. Di Sarawak juga banyak jalan raya
baru dibina seperti Jalan Bintulu-Tanjong Kidurong, Jalan Raya Bako dan Jalan Lubuk
Antu-Batang Ai.

1 Berikut ialah negara di Asia Tenggara KECUALI


A Jepun
B Thailand
C Singapura
D Indonesia

2 Bagaimanakah keadaan jalan raya sebelum diturap dengan tar?


A Jalan itu berlumpur dan berdebu.
B Jalan itu merupakan laluan kereta lembu.
C Jalan itu letaknya menuju ke tepi sungai.
D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.

3 Pembinaan jalan raya berkait rapat dengan


A pertumbuhan bandar-bandar
B kemajuan perusahaan bijih timah
C kemajuan sesetengah kawasan baru
D pembukaan kawasan baru

4 Lebuh Raya Utara-Selatan melalui negeri-negeri berikut KECUALI


A Johor
B Perak
C Pahang
D Selangor

5 Tujuan pembinaan lebuh raya ialah


A menghubungkan kawasan baru
B memudahkan perjalanan antara negeri
C menghubungkan Singapura dengan Perlis
D menghubungkan Sarawak dengan Sabah

Data>Petikan 1.doc/BIL.104/Ariff

JAWAPAN
1. A Jepun
2. D Jalan itu berupa lorong dalam hutan.
3. B kemajuan perusahaan bijih timah
4. C Pahang
5. B memudahkan perjalanan antara negeri

MEMAHAMI BERITA

Arahan : Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


PULAU PINANG, 10 November - Hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam tadi
telah menyebabkan bandar raya Georgetown dilanda banjir. Antara kawasan yang
paling teruk dilanda banjir ialah Kampung Jawa, Jalan Perak, Jalan P.Ramlee dan
Jalan Rawak.
Mangsa banjir di kawasan berkenaan telah dipindahkan sejak awal pagi lagi
dengan bantuan polis marin, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung
berkenaan. Mereka ditempatkan di masjid dan sekolah yang dijadikan pusat
pemindahan.
Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati di sesetengah kawasan, air naik hingga
setengah meter dan hampir menenggelamkan rumah-rumah di kawasan terbabit.
Akibat banjir itu juga, beberapa batang jalan ditutup kepada kenderaan. Ini
menimbulkan masalah kesesakan jalan raya serta menjejaskan kemeriahan perayaan
Deepavali yang sedang berlangsung.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berpendapat banjir itu
tidak seharusnya berlaku jika air dapat mengalir dengan lancar.
Beliau berkata, sistem perparitan yang tidak sempurna serta tabiat orang ramai
yang suka membuang sampah-sarap di merata tempat menyebabkan banjir mudah
berlaku setiap kali hujan turun.
Beliau berharap orang ramai tidak menuding jari kepada MPPP dalam hal ini.
Walau bagaimanapun pihaknya akan menjalankan kajian untuk memastikan punca
banjir selain daripada masalah sampah.

1 Perkataan berlarutan dalam petikan bermaksud


A semakin lanjut
B terus-menerus
C berpanjang-panjang
D semakin bertambah

2 Pihak manakah yang tidak terlibat dalam pemindahan mangsa banjir itu?
A Pihak MPPP
B Polis marin
C Jabatan Pertahanan Awam
D Orang kampung
3 Apakah kesan banjir itu kepada penganut agama Hindu?
A Mereka terpaksa dipindahkan ke sekolah.
B Mereka tidak dapat menyambut Deepavali.
C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.
D Mereka terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

4 Berikut ialah punca banjir yang melanda kawasan-kawasan itu KECUALI


A sistem perparitan yang kurang baik
B aliran air tersekat oleh sampah-sarap
C hujan yang turun dengan lebatnya
D pengurusan MPPP yang kurang cekap

5 Frasa menuding jari bermaksud


A menunjuk jari ke arah sesuatu
B menuduh pihak tertentu
C menfitnah pihak tertentu
D membuat kajian terhadap sesuatu

Data>Petikan1.doc /BIL.105/Ariff

JAWAPAN
1. B terus-menerus
2. A Pihak MPPP
3. C Mereka beraya dalam suasana kurang meriah.
4. D pengurusan MPPP yang kurang cekap
5. B menuduh pihak tertentu

MEMAHAMI CATATAN HARIAN

Arahan : Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan- soalan


berikutnya.

20 September 2007
Petang - Dari Alor Star, kami tiba di Jeti Kuah, Pulau Langkawi. Kedatangan
kami disambut oleh ahli-ahli Rakan Muda dari Kuah yang juga selaku tuan rumah. Dari
jeti itu kami dibawa ke Kompleks Belia Kuah dengan menaiki lori Majlis Daerah
Langkawi. Kami bermalam di situ. Malam itu kami berpeluang melihat pertandingan
akhir tomoi anjuran kerajaan negeri Kedah.

21 September 2007
Pagi - Kami dikehendaki berada di Hotel Tiara pada pukul 10.00 pagi. Majlis
perasmian dan sambutan untuk peserta pertandingan kayak diadakan di hotel itu. Dari
situ kami ke pantai Batu Hitam untuk memulakan pusingan pertama menuju ke Pulau
Batu Buruk. Pasukan kami akan berentap dengan pasukan dari negeri Selangor, Perak
dan Negeri Sembilan. Pelayaran ke pulau itu jauh dan membosankan. Tambahan pula,
ombak sangat kuat. Di tengah perjalanan, kayak kami tersangkut pada batu karang.
Nasib baik kayak itu tidak pecah. Kami terpaksa mengusung kayak itu sehingga
melewati kawasan batu karang itu setelah sepuluh kilometer berkayak. Selepas
peristiwa itu, kami berasa amat penat dan bercadang hendak berlabuh untuk berehat
di atas beting pasir. Hasrat itu terpaksa kami lupakan sahaja kerana kami gagal
menemui beting pasir.
Petang - Pukul 5.00 petang kami pun tiba di Pulau Batu Buruk. Pasukan dari
negeri-negeri lain telah lama tiba. Nampaknya peluang untuk muncul sebagai juara
semakin tipis. Meskipun begitu, kami berharap dapat mendahului mereka dalam
pusingan kedua nanti. Kami bermalam di pulau itu.

23 September 2007
Pagi - Selepas sarapan, semua pasukan memulakan pelayaran. Kami berkayuh
dengan tenang, tidak seperti hari sebelumnya kerana takut kehabisan tenaga di
tengah pelayaran nanti.
Petang - Setelah lima jam berkayuh, kami pun tiba di pantai Batu Hitam.
Pasukan-pasukan dari negeri lain masih di belakang kecuali pasukan dari negeri
Perak. Pasukan dari negeri Perak ini bersaing rapat dengan pasukan kami yang
muncul sebagai juara. Sementara pasukan kayak dari Negeri Sembilan di tempat
ketiga.

1 Tomoi ialah
A nama sejenis seni pertahanan diri
B nama sejenis silat yang berasal dari Kedah
C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
D nama sejenis permainan yang popular di Kedah

2 Apakah tujuan kami ke Pulau Langkawi?


A Untuk menyaksikan pertandingan tomoi
B Untuk melihat upacara perasmian ekspedisi berkayak
C Untuk menyertai pelayaran ke Pulau Batu Buruk
D Untuk menyertai pertandingan berkayak

3 Mengapakah penulis dan rakan-rakannya berada di Hotel Tiara?


A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
B Untuk mendaftar diri sebagai peserta pertandingan
C Untuk memulakan pertandingan kayak itu
D Untuk memulakan pelayaran ke Pulau Batu Buruk

4 Pasukan manakah yang menjadi johan dalam pertandingan kayak itu?


A Pasukan dari negeri Perak
B Pasukan dari Negeri Sembilan
C Pasukan dari negeri Selangor
D Pasukan dari negeri Kedah

5 Maklumat manakah yang tidak benar tentang pertandingan kayak itu?


A Pertandingan kayak itu dianjurkan oleh Rakan Muda Kuah.
B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam pertandingan itu.
C Halangan seperti batu karang terpaksa ditempuhi oleh pasukan dari
negeri Kedah.
D Pasukan dari negeri Perak muncul sebagai naib johan dalam
pertandingan itu.

Data>Petikan1.doc/BIL.106/Ariff

JAWAPAN
1. C nama sejenis tinju yang berasal dari Thailand
2. D Untuk menyertai pertandingan berkayak
3. A Untuk menghadiri upcara sambutan dan perasmian
4. D Pasukan dari negeri Kedah
5. B Pasukan kayak dari seluruh Semenanjung terlibat dalam pertandingan itu.

MEMAHAMI RENCANA

Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Dalam seminggu dua ini masyarakat dikejutkan dengan berita kemalangan jalan
raya yang meragut banyak nyawa. Ini kerana kemalangan itu melibatkan kenderaan
awam seperti bas atau van yang membawa ramai penumpang.
Kemalangan ini membimbangkan pihak berkuasa sehingga telah dibawa ke
dalam mesyuarat Kabinet. Kementerian Pengangkutan pula akan merangka draf
undang-undang yang lebih ketat dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Misalnya kenderaan yang rosak di lebuh raya akan ditunda dalam masa 30 minit
setelah tersadai di lorong kecemasan. Di samping itu, satu tempat khas untuk
kenderaan rosak di tepi lebuh raya itu akan disediakan.
Dengan ini kenderaan yang rosak tidak lagi diletakkan di lorong kecemasan itu.
Selama ini kenderaan inilah yang menjadi punca utama kemalangan maut di lebuh
raya. Diharap dengan langkah-langkah tersebut kemalangan maut dengan jumlah yang
banyak akan berkurangan.
Walau apapun undang-undang yang akan dikuatkuasakan, yang penting ialah
sikap pemandu. Tabiat buruk ketika memandu seperti tidak bertimbang rasa dan tidak
sabar haruslah dikikis. Mereka juga tidak mengambil kira keadaan jalan raya, kereta
dan cuaca. Malahan ada pemandu yang terus memandu walaupun dalam keadaan
mengantuk atau mabuk.
Sikap buruk inilah yang harus diubah oleh pemandu terutamanya pemandu
kenderaan berat. Dengan langkah-langkah itu diharap kadar kemalangan jalan raya
akan menurun.

1 Mengapakah pihak berkuasa terpaksa merangka undang-undang


yang lebih ketat?
A Untuk mencegah kemalangan di lebuh raya.
B Untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.
C Untuk keselamatan penumpang bas dan pemandu lori.
D Untuk membentuk sikap pemandu di lebuh raya.

2 Perkataan merangka dalam petikan bermaksud


A menulis
B membuat
C menggubal
D merancang

3 Apakah sebab utama berlakunya kemalangan maut di lebuh raya ?


A Kenderaan dipandu dengan laju
B Kenderaan yang rosak berada di lorong kecemasan
C Tiada tempat khas di lebuh raya itu
D Kenderaan itu tidak ditunda

4 Berikut ialah punca kemalangan jalan raya kecuali


A sikap pemandu
B keadaan jalan
C keadaan cuaca
D bersabar di jalan raya

5 Bagaimanakah cara terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya itu?
A Melalui perubahan sikap pengguna jalan raya
B Melalui penguatkuasaan undang-undang
C Mengenakan hukuman yang lebih keras
D Menggubal undang-undang baru

Data>Petikan1.doc/BIL.107/Jan97/Ariff

JAWAPAN
1. B Untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.
2. C menggubal
3. B Kenderaan yang rosak berada di lorong kecemasan
4. D bersabar di jalan raya
5. A Melalui perubahan sikap pengguna jalan raya

MEMAHAMI BERITA

Arahan : Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya.

PETALING JAYA, 12 Januari - Dianggarkan lebih 30 buah kilang beroperasi secara


haram di atas tanah pertanian di Kampung Sungai Ara berhampiran dengan Taman
SEA dekat sini.
Tidak ramai penduduk Taman SEA yang menyedari kewujudan kilang itu kerana
kedudukannya yang tersorok di sepanjang tebing sungai. Beberapa kedai dobi,
bengkel kereta, bengkel besi dan kilang papan terdapat di kawasan itu.
Selain daripada itu, sesetengah penghuni kawasan itu telah membina rumah
haram di situ dan menjadikan kawasan di sekitarnya sebagai tempat penternakan
ayam.
Berikutan itu, beberapa orang penduduk mula berasa ragu akan kedudukan
kilang atau rumah di situ. Mereka juga menjadi lebih bimbang terhadap kemungkinan
kilang itu akan tumbuh seperti cendawan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil
oleh pihak berkuasa.
Encik Lau, seorang penduduk di taman itu memberitahu bahawa beliau pernah
melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa namun tiada sebarang tindakan diambil.
Beliau berpendapat pihak terbabit mengambil kesempatan membuka kawasan itu
kerana ia bersempadan dengan Majlis Daerah Petaling Jaya dan Majlis Daerah
Petaling.
Encik Lau menambah , kewujudan kilang itu telah menyebabkan jalan masuk
ke kawasan berkenaan rosak teruk.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kelana Jaya
akan membawa perkara itu ke persidangan Dewan Undangan Negeri. Ini kerana
keselamatan dan keselesaan penduduk kawasan itu kian terancam akibat kewujudan
kilang haram itu.
Dalam hal ini juga pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya berkata, pihaknya
sedang mengkaji kedudukan tanah di kawasan itu. Jika benar mereka mendirikan
kilang di atas tanah pertanian, mereka diberi tempoh lima tahun untuk menukar syarat
tanah itu daripada tanah pertanian kepada tanah perindustrian. Bagaimanapun jika
kilang berkenaan di kawasan perumahan awam, mereka harus berpindah ke kawasan
lain.

1 Mengapakah penduduk di Taman SEA tidak menyedari adanya


bengkel-bengkel di pinggir taman itu?
A Kerana kilang itu beroperasi secara haram.
B Kerana kedudukan kilang itu yang tersorok.
C Kerana sikap penduduk di kawasan itu.
D Kerana kilang itu letaknya jauh dari kawasan perumahan.

2 Apakah pendapat salah seorang penduduk Taman SEA sekiranya


tiada tindakan diambil ke atas kilang-kilang itu?
A Jalan masuk di kawasan itu akan semakin buruk.
B Lebih banyak rumah akan dibina di tepi sungai itu.
C Kilang akan semakin banyak dibina di kawasan itu.
D Kawasan itu akan menjadi pusat penternakan ayam.

3 Apakah pendapat Encik Lau tentang kewujudan kilang-kilang itu?


A Beliau pernah melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa.
B Kewujudan kilang itu telah mendatangkan banyak masalah.
C Tempat itu menjadi tumpuan kerana kedudukannya yang baik.
D Pihak terbabit mendirikan kilang di situ kerana sempadan kawasan
itu tidak jelas.

4 Mengapakah perkara itu dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri?

A Kerana penduduk diancam oleh kilang-kilang itu.


B Kerana wakil rakyat itu amat prihatin dengan kesusahan rakyat.
C Kewujudan kilang-kilang itu menyebabkan jalan masuk rosak.
D Kerana keselamatan dan keselesaan penduduk yang semakin
tergugat.

5 Apakah tujuan pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya mengkaji


kedudukan tanah di kawasan itu ?
A Untuk menentukan kebenaran dakwaan penduduk.
B Untuk menentukan kilang itu mempunyai lesen yang sah.
C Untuk mempastikan kilang-kilang itu beroperasi secara halal.
D Untuk memberi mereka tempoh sebelum berpindah.

Data>Petikan1.doc/BIL.108/Jan97/Ariff

JAWAPAN
1. B Kerana kedudukan kilang itu yang tersorok.
2. A Jalan masuk di kawasan itu akan semakin buruk.
3. D Pihak terbabit mendirikan kilang di situ kerana sempadan kawasan itu tidak
jelas.
4. D Kerana keselamatan dan keselesaan penduduk yang semakin tergugat.
5. C Untuk mempastikan kilang-kilang itu beroperasi secara halal.

MEMAHAMI RENCANA

Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kayu gaharu mendapat pasaran yang baik serta mahal pula harganya kerana
kegunaannya yang meluas dalam pembuatan bahan pewangi. Kayu gaharu yang
harum baunya itu didapati daripada pokok tengkaras yang banyak didapati di dalam
hutan Hulu Tembeling, sempadan Kelantan dengan Terengganu.
Kayu gaharu menjadi rebutan para pedagang Inggeris dan Cina sejak abad ke-
18 lagi. Mereka sanggup menjelajah ke kawasan pedalaman untuk membeli kayu
tersebut daripada penduduk tempatan.
Pada masa kini kayu gaharu kian sukar didadapti akibat ditebang orang tanpa
kawalan. Ini menjejaskan mata pencarian penduduk Hulu Tembeling yang bergantung
hidup dengan mencari kayu gaharu. Akibat daripada kekurangan pokok tengkaras itu
juga ialah meningkatnya harga kayu gaharu di pasaran.
Kini harga kayu gaharu kelas satu ialah RM 2500 sekilogram berbanding
RM1000 sebelum ini, kata Encik Mat, pencari kayu gaharu. Sejak seminggu dua ini
pendapatan kami kira-kira RM500 sahaja dan kadangkala pulang dengan tangan
kosong, tambah beliau.
Encik Mat memberitahu, kayu gaharu itu didapati daripada pokok tengkaras
yang cukup matang. Kumpulan pencari kayu gaharu pula terpaksa masuk ke dalam
hutan belantara selama seminggu atau lebih.
Jelasnya, pokok tengkaras yang ditebang akan dikerat-kerat batangnya dan
dimuatkan ke dalam perahu lalu dibawa menghilir ke Kampung Bantal. Setibanya di
rumah, barulah kayu itu dibelah lalu dijemur sehingga kering sebelum dijual kepada
peraih.
Bagi pencari kayu gaharu, mereka bukan sahaja menghadapi masalah
kekurangan kayu tersebut, malahan terpaksa berdepan dengan sesetengah pencari
kayu gaharu dari daerah lain. Tindakan mereka menebang pokok tengkaras yang muda
telah memburukkan lagi keadaan.
Untuk menghadapi masalah kepupusan pokok tengkaras ini, penduduk
kampung melalui pihak tertentu perlu berbuat sesuatu seperti menanam semula pokok
tersebut.

1 Para pedagang sanggup mengembara ke kawasan pedalaman kerana

A harga kayu gaharu yang mahal


B hendak menemui pencari kayu gaharu
C hendak mendapatkan kayu gaharu
D hendak memasarkan kayu gaharu

2 Frasa tanpa kawalan paling sesuai diganti dengan


A tanpa sekatan
B tanpa had
C tanpa larangan
D tanpa perancangan

3 Mengapakah harga kayu gaharu semakin meningkat pada masa kini?


A Kerana kumpulan pencari terpaksa masuk jauh ke dalam hutan
B Kerana kayu tersebut menjadi rebutan para pedagang
C Kerana kekurangan bekalan kayu tersebut
D Kerana pokoknya banyak ditebang orang
4 Berikut ialah kesukaran yang dihadapi oleh pencari kayu gaharu kecuali
A mereka terpaksa meredah hutan tebal
B kayu gaharu dibeli oleh peraih dengan harga murah
C kayu tengkaras terpaksa dibelah dan dijemur sebelum dijual
D pokok-pokok tengkaras muda ditebang orang yang tidak
bertanggungjawab

5 Apakah cadangan terbaik untuk mengatasi masalah kepupusan tumbuhan itu ?

A Melarang pencari kayu gaharu masuk jauh ke dalam hutan


B Melarang mereka supaya jangan menebang pokok tengkaras muda
C Menanam semula pokok tengkaras dengan bantuan Jabatan Perhutanan
D Melarang pencari kayu dari daerah lain meneroka kawasan hutan
di Hulu Tembeling

Data>Petikan1.doc/BIL.109/Jan97/Ariff

JAWAPAN
1. C hendak mendapatkan kayu gaharu
2. A tanpa sekatan
3. C Kerana kekurangan bekalan kayu tersebut
4. B kayu gaharu dibeli oleh peraih dengan harga murah
5. C Menanam semula pokok tengkaras dengan bantuan Jabatan Perhutanan

MEMAHAMI SURAT KIRIMAN

Arahan : Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

45, Kolej Raffles,


Universiti Cambridge,
London.
6 Ogos 2007.

Menemui sahabatku Jamal yang berada di Ipoh, semoga berada dalam


keadaan riang di samping keluarga tersayang.
Saudara,
Apa khabar semua sanak-saudara kita di kampung? Semoga semuanya sihat
walafiat. Aku selamat tiba di kota raya London setelah 14 jam berada dalam kapal
terbang. Perjalanan itu meletihkan sekali.
Dalam penerbangan itu, kapal terbang yang kunaiki singgah selama 3 jam
di bandar New Delhi. Waktu menunggu pertukaran kapal terbang itu, aku sempat
meronda-ronda di bandar ini. Ketika berjalan, aku diserbu sekumpulan pengemis.
Keadaan pengemis-pengemis itu amat menyedihkan. Badan mereka kurus kering dan
pakaian pula koyak-rabak. Sebelum turun dari kapal terbang, seorang kawan
menasihatkanku agar jangan bersedekah. Akibatnya kita akan diburu oleh pengemis-
pengemis lain. Kupatuhi nasihat kawanku itu walaupun hatiku amat sedih apabila
melihat kesengsaraan mereka. Ketika itulah aku terkenangkan kehidupan rakyat di
negara kita. Alangkah mewahnya rakyat di negara kita.
Saudara,
Sebelum turun dari kapal terbang, kami menukar pakaian. London kini
mengalami musim sejuk. Salji terdapat di mana-mana pada pokok yang berdiri kaku.
Sungai Thames pula beku airnya dan ada orang berjalan di atasnya. Kata orang,
musim sejuk kali ini agak luar biasa. Jarang sekali Sungai Thames itu membeku airnya.
Malam itu aku tidur di hotel. Pagi esoknya barulah aku bertolak ke Universiti
Cambridge untuk mendaftarkan diri. Universiti tertua ini masih kekal dengan bangunan
lamanya yang unik. Para pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari
pelbagai negara. Apa yang mengejutkan aku ialah ramai juga pelajar yang layak
dipanggil nenek sedang menuntut di sini. Betapa tradisi menimba ilmu hingga ke liang
lahad itu menjadi amalan di sini, malahan di negara-negara Barat amnya. Bagaimana
dengan negara kita?
Saudara,
Nampaknya setakat inilah sahaja coretanku. Aku akan menulis lagi untukmu.
Sementara itu, sambutlah salam mesraku.

Kawanmu,
Nazri
( Ahmad Nazri )

1 Mengapakah kapal terbang yang dinaiki penulis singgah di bandar New Delhi?
A Untuk menukar penerbangan.
B Untuk menghilangkan rasa letih.
C Supaya dapat meninjau kehidupan di bandar itu.
D Supaya penumpang dapat melihat-lihat bandar itu.

2 Mengapakah penulis dinasihatkan tidak bersedekah kepada pengemis-


pengemis itu ?
A Kerana kehidupan mereka sebenarnya mewah.
B Kerana keadaan mereka tidaklah menyedihkan.
C Kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpa penulis.
D Supaya penulis belajar daripada kesengsaraan mereka.

3 Penulis membandingkan kehidupan di India dengan negara sendiri setelah


A melihat kelaparan dan kedaifan rakyat India.
B diburu pengemis kerana bersedekah.
C mematuhi nasihat kawannya.
D berada di tengah-tengah kemiskinan.

4 Ayat manakah yang membuktikan keadaan suhu yang amat sejuk menimpa kota
London ?
A Saljji terdapat di mana-mana.
B Sungai Thames pula beku airnya.
C Jarang sekali Sungai Thames itu membeku airnya.
D Kata orang, musim sejuk kali ini agak luar biasa.

5 Tradisi menuntut ilmu hingga ke liang lahad itu terbukti apabila


A ramai pelajar dari pelbagai bangsa menuntut di universiti itu.
B pelajar-pelajar yang sudah lanjut umur masih belajar di situ.
C pelajar di universiti itu datang dari merata dunia.
D aku ikut sama mendaftar di universiti tertua itu.

Data>Petikan1.doc/BIL.110/Jan97/Arif

JAWAPAN
1. A Untuk menukar penerbangan.
2. C Kerana bimbang sesuatu yang buruk menimpa penulis.
3. D berada di tengah-tengah kemiskinan.
4. B Sungai Thames pula beku airnya.
5. B pelajar-pelajar yang sudah lanjut umur masih belajar di situ.

MEMAHAMI SAJAK

Arahan : Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hampir senja berlabuh


Baru dia berdayung pulang
Di tengah perahunya dua ekor ikan
Seharian menjala itulah hasilnya.

Kepalanya sarat dan berat


Di rumah lima mulut perlu disuap
Tetapi laut kini bukan boleh diharap
Khazanahnya kian susut
Dulu, sekali jala ditebar
Sarat perahu dengan ikan.

Dia teringat akan ajakan kawan


Mari kita kutip gugus kehidupan
Di celah baris pohon getah
Kerana terapung minyak di puncak ombak
Gigi pantai tercemar sisa bisa.

Laut bukan lagi pautan harap


Lalu dia ingin meneroka dunia darat.

1 Bagaimanakah hasil tangkapan nelayan itu?


A Tidak begitu memuaskan
B Separuh koleknya berisi ikan
C Sekadar cukup makan sahaja
D Tidak cukup untuk keperluan keluarganya

2 Apakah yang memberati fikiran nelayan itu?


A Anak isterinya yang perlu diberi makan
B Laut yang menjadi sumber hidupnya
C Perahunya yang sarat dengan ikan
D Hasil dari laut yang kian susut

3 Perkataan susut dalam puisi itu bermaksud

A kurus
B kurang
C pupus
D tidak banyak

4 Khazanah di laut itu semakin susut akibat

A ikan-ikannya ditangkap orang


B pantainya tercemar
C pencemaran laut
D kepupusan ikan
5 Nelayan itu ingin mengubah kehidupannya dengan
A mengutip gugus kehidupan
B bekerja di ladang getah
C meneroka di dunia darat
D berpindah ke tempat baru

Data>Petikan1.doc/BIL.111/Jan97/Ariff

JAWAPAN
1. D Tidak cukup untuk keperluan keluarganya
2. A Anak isterinya yang perlu diberi makan
3. B kurang
4. C pencemaran laut
5. B bekerja di ladang getah

MEMAHAMI CERITA PENDEK

Arahan : Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Berita itu amat menggembirakan ibu. Maklumlah sudah lima tahun Along tidak
pulang. Kini pengajiannya sudah tamat. Along akan pulang membawa segulung ijazah,
kemudian dia akan mencari kerja. Di kampung tidak ada kerja yang sesuai dengan
kelulusannya. Kerja untuknya ada di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Surat Along ibu tunjukkan kepada tetamu yang datang. Surat sekeping itu ibu
bawa ke rumah jiran. Ibu tidak pandai membaca. Ibu minta adik membacakan surat itu
di depan jiran atau tetamu ibu. Kasihan adik. Dia terpaksa mengekori ibu. Dua tiga
petang dia tidak dapat menonton drama kegemarannya.
Ibu sudah hafal benar isi surat itu. Jika adik tidak membaca satu dua ayat,
cepat-cepat ibu menambah bacaan adik. Ibu sudah hafal benar isi surat itu. Oleh
kerana dibawa ke sana ke mari, surat itu ronyok dan sampulnya koyak. Jadi ibu tampal
surat itu pada upih pinang.
Hari itu, ketika hampir waktu Maghrib, Along pun sampai. Along pulang dengan
kawan. Kawan perempuan Along orang putih. Orangnya kurus tinggi, hidung mancung
dan rambut perang macam warna daun tembakau hampir masak.
Malam itu berhimpun anak-beranak dan jiran tetangga. Seperti yang dirancang,
ibu mengadakan kenduri doa selamat. Tetamu dan jiran yang hadir tersentak. Along
dan orang putih itu macam laki bini. Duduk dekat-dekat, duduk rapat-rapat. Sesekali
Along ketawa keras dan perempuan itu mengilai panjang.
Along sudah berubah. Along tidak lagi peramah. Along asyik berbual. Dia tidak
peduli sangat dengan tetamu, malahan bersalampun dia agak segan.
Ibu amat sedih. Ibu malu tetapi Along macam tidak mengerti perasaan ibu. Along
sudah tidak lagi menghormati budaya hidup kampung sendiri.

1 Mengapakah ibu berasa sangat gembira ?


A Kerana pengajjian Along telah tamat
B Kerana anak sulungnya akan pulang
C Kerana Along akan dapat kerja
D Kerana Along mendapat ijazah

2 Bagaimanakah ibu menyampaikan berita yang menggembirakan


itu kepada jirannya ?
A Dengan membacakan surat itu di depan jiran
B Dengan menambah bacaan adik yang tertinggal
C Dengan bercerita hal itu kepada tetamu yang datang
D Dengan meminta adik membaca surat itu di depan jiran

3 Perkataan ronyok dalam petikan sama maknanya dengan


A kumal
B robak
C koyak
D lusuh

4 Semua tetamu yang hadir malam itu tersentak dengan perbuatan


Along kerana
A Along asyik bercakap dengan perempuan itu sahaja
B Along tidak mahu bersalam dengan mereka
C Along berkelakuan tidak manis
D Along tidak peramah lagi

5 Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Along tidak lagi menghormati


budaya hidup di kampung ?
A Dia memalukan ibunya sendiri
B Dia tidak melayan tetamu yang datang
C Dia tidak senang bersalam dengan tetamu
D Dia asyik berbual dengan teman wanitanya

Data>Petikan1/BIL.112/Feb.97/Ariff

JAWAPAN
1. B Kerana anak sulungnya akan pulang
2. D Dengan meminta adik membaca surat itu di depan jiran
3. A kumal
4. C Along berkelakuan tidak manis
5. B Dia tidak melayan tetamu yang datang

MEMAHAMI RENCANA

Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Di samping gas dan minyak, arang kayu masih lagi dipakai orang sebagai bahan
api. Bahan ini amat popular di kalangan pengusaha restoran kerana harganya yang
murah. Arang digunakan untuk merebus air, membakar sate, membakar ikan dan
sebagainya.
Arang dihasilkan dengan membakar kayu menggunakan kaedah pembakaran
tertutup. Pengusaha arang akan membina satu binaan daripada tanah liat yang
berbentuk seperti sebuah busut yang besar. Busut itu berongga dan mempunyai
ketinggian dua meter. Di sisi binaan itu dibentuk dua lubang atau lebih yang menjadi
laluan untuk asap keluar. Binaan itu dibiarkan betul-betul keras sebelum kerja
membakar kayu dilakukan.
Kaedah lama itu masih digunakan oleh sesetengah pembuat arang. Akan tetapi
kini mereka menemui cara baru yang lebih menjimatkan masa dan tenaga. Pembuat
arang akan mencari sebuah busut besar yang dibentuk oleh anai-anai. Busut besar itu
ditebuk dan diperdalamkan kira-kira satu meter. Cara yang lebih maju ialah membuat
binaan semacam itu dengan simen tetapi kosnya lebih mahal.
Setelah siap tempat untuk membakar arang itu, pengusaha terpaksa menebang
pokok yang boleh dibuat arang. Pokok-pokok itu ditebang, dikerat batangnya, lalu
dipunggah ke tempat membuat arang itu.
Di dalam binaan itu, puntung kayu disusun dalam bentuk menegak sebelum
dibakar. Proses pembakaran berlaku secara perlahan-lahan tetapi berterusan selama
dua minggu. Selepas tempoh itu baharulah kayu itu masak dan menjadi arang serta
boleh dikeluarkan daripada busut itu.
Sebarang pokok kayu boleh dibuat arang. Yang baik ialah kayu sentul, kayu
getah, kemahang dan halban tetapi arang yang paling baik diperolehi daripada kayu
bakau.
Maksud baik di sini ialah arang itu susah pecah dan tidak mengeluarkan asap
ketika digunakan. Sebuah busut arang yang sederhana besarnya boleh menghasilkan
pendapatan sebanyak RM200. Setelah ditolak kos pengangkutan, upah menebang
pokok dan lain-lain, seorang pengusaha arang boleh mendapat untung bersih
sebanyak RM100.

1 Arang boleh digunakan untuk semua yang berikut kecuali


A memanggang ikan
B memasak air
C memasak nasi
D membuat sate

2 Pada pendapat kamu mengapakah binaan itu diperbuat daripada


tanah liat ?

A Kerana tanah liat senang dibentuk


B Kerana tanah liat senang didapati
C Kerana tanah liat lembut
D Kerana tanah liat keras

3 Mengapakah cara baru itu dikatakan menjimatkan masa dan tenaga ?


A Kerana harga simen murah
B Kerana busut itu telah sedia ada
C Kerana kerja mendalamkannya mudah
D Kerana busut anai-anai didapati di mana-mana

4 Urutan yang betul sehingga terhasilnya arang ialah seperti berikut

A membina busut, mendalamkannya, membakar kayu


B menebang pokok, memunggah, membina busut, membakar kayu
C membina busut, menebang pokok, memunggah, membakarnya
D membina busut, mencari pokok, menebangnya, memunggahnya

5 Arang yang bermutu tinggi terhasil daripada


A kayu kemahang
B kayu halban
C kayu bakau
D kayu getah

Data>Petikan1.doc/BIL.113/Feb.97/Ariff

JAWAPAN
1. D membuat sate
2. A Kerana tanah liat senang dibentuk
3. B Kerana busut itu telah sedia ada
4. C membina busut, menebang pokok, memunggah, membakarnya
5. C kayu bakau

MEMAHAMI DIALOG

Arahan : Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Karim : Dua tiga hari lagi sekolah akan dibuka. Kau sudah beli buku dan pakaian
sekolah?
Tamin : Pakaian sekolah sudah kubeli. Abangku yang bekerja di bandar itu yang
membelikannya tetapi buku-buku tulis dan buku-buku tambahan belum kubeli
lagi.
Karim : Mengapa belum dibeli lagi? Susah kau nanti. Semalam aku ke kedai buku di
sekolah kita. Aku tiba awal tetapi tengah hari baharulah dapat apa yang
hendak kubeli. Orang sangat ramai. Semuanya hendak membeli buku-
buku tulis dan buku-buku tambahan.
Tamin : Bukannya aku tidak mahu beli tetapi aku belum ada wang. Abangku cuma
sanggup menanggung pakaian sekolah sahaja, maklumlah adik-beradik aku
ramai. Lagi pun berapalah gaji nya kerja di kilang itu.
Karim : Yalah, berapa sangat gaji bekerja di kilang. Sebab itulah kita perlu belajar
kuat-kuat supaya tidak senasib dengan abang kamu itu. Kata ayah saya,
dalam dunia sekarang hanya ilmu yang akan meningkatkan taraf hidup
seseorang.
Tamin : Memang benar kata ayah kamu itu. Tanpa ilmu kita tidak akan maju.
Karim : Bukan kita sahaja, tetapi negara pun. Berbalik kepada soal buku itu, bila pula
kamu hendak membelinya?
Tamin : Cuti yang lalu aku menolong ayahku menoreh getah. Kata ayah, hujung
minggu ini getah akan dijual.
Karim : Nampaknya kamu menggunakan masa cuti itu dengan baik.
Karim : Nampaknya itulah yang boleh kulakukan. Aku kasihankan ayahku, usianya
sudah lanjut tetapi masih kuat berkerja.
1 Mengapakah Tamrin belum membeli buku lagi ?
A Kerana orang sangat ramai di kedai buku
B Kerana dia tidak mahu beratur lama-lama
C Kerana ayahnya belum ada wang
D Kerana abangnya bergaji kecil

2 Karim berpendapat dia perlu belajar kuat-kuat kerana


A dia ingin meningkatkan taraf hidupnya
B dia tidak mahu bekerja di kilang
C dia ingin mengubah nasibnya
D dia ingin memajukan dirinya

3 Apakah pendapat ayah Karim tentang kepentingan ilmu ?


A Ilmu menentukan taraf hidup seseorang
B Negara akan maju jika rakyat berilmu
C Tanpa ilmu kita tidak akan maju
D Ilmu terdapat dalam buku sahaja

4 Bagaimanakah Tamrin menghabiskan masa cuti sekolah itu ?


A Dia pandai menghabiskan masa cuti itu
B Dia menoreh getah bersama ayahnya
C Dia bermain bersama Tamrin
D Dengan menolong ayahnya

5 Maksud perkataan lanjut dalam petikan di atas ialah


A labuh
B uzur
C lama
D tua

Data>Petikan1.doc/BIL.114/Feb.97/Ariff
JAWAPAN
1. C Kerana ayahnya belum ada wang
2. C dia ingin mengubah nasibnya
3. A Ilmu menentukan taraf hidup seseorang
4. B Dia menoreh getah bersama ayahnya
5. D tua

MEMAHAMI RENCANA

Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ikan merupakan sumber protein yang termurah. Malangnya, sumber utama ini
kian berkurangan akibat pelbagai kegiatan, misalnya menuba dengan menggunakan
bahan letupan, tumpahan minyak di laut dan yang paling serius ialah pencemaran air
oleh kilang-kilang.
Jabatan Perikanan Negeri Kelantan menyedari masalah tersebut, lantas telah
mengorak langkah untuk mengatasinya. Jabatan telah memberi benih ikan secara
percuma kepada penternak.
Mereka kemudiannya melepaskan benih-benih ikan itu ke dalam sungai, tali air,
terusan, tasik, bekas lombong, sawah padi dan sebagainya. Cara ini secara tidak
langsung dapat menambahkan pendapatan kaum nelayan dan penternak ikan,
khususnya di negeri itu.
Di kawasan perairan itu ikan lampam jawa, kap rumput, jelawat, patin dan sepat
siam adalah antara spesies ikan yang dilepaskan. Sementara di kawasan air masin
atau air payau, ikan siakap, siput sudu, kerang, ketam dan udang pula dilepaskan.
Sepanjang tahun 1994, sebanyak 2.3 juta benih ikan telah dilepaskan di semua
kawasan perairan umum di negeri Kelantan. Namun, bukan semua benih ikan itu hidup
kerana diancam pelbagai musuh.
Kekurangan itu diatasi dengan lebih banyak benih ikan dilepaskan dari semasa
ke semasa. Untuk itu, bekalan benih ikan diambil dari pusat pengeluaran Jitra dan
Pulau Sayak di Kedah dan Pusat Penyelidikan Ikan Laut, Tanjung Demong,
Terengganu.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan akan bekerjasama
dengan jabatan tertentu untuk menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.
1 Apakah masalah yang dihadapi oleh Jabatan Perikanan Negeri Kelantan?

A Ikan sumber protein yang murah


B Berlakunya tumpahan minyak di laut
C Ancaman pencemaran air oleh kilang
D Berkurangannya sumber protein dalam kalangan rakyat

2 Bagaimanakah Jabatan Perikanan membantu kehidupan nelayan


di negeri itu?
A Dengan memberi benih ikan kepada penternak
B Dengan menyediakan bekalan ikan yang banyak
C Dengan menggalakkan penternakan ikan air tawar
D Dengan melepaskan benih-benih ikan ke dalam tali air

3 Dalam kumpulan ikan air tawar, ikan manakah yang paling terkenal
kerana keenakan rasanya ?
A ikan lampam jawa
B ikan sepat siam
C ikan jelawat
D ikan siakap

4 Benih-benih ikan terpaksa diambil dari negeri lain kerana


A bukan semua benih ikan itu hidup
B benih ikan sentiasa perlu ditambah
C negeri Kelantan kekurangan benih ikan
D benih ikan sebanyak 2.3 juta itu tidak mencukupi

5 Untuk menggalakkan rakyat memakan ikan air tawar, Jabatan Perikanan


Negeri Kelantan perlu bekerjasama dengan jabatan berikut
A Jabatan Pertanian
B Jabatan Pemasaran
C Jabatan Penerangan
D Jabatan Kesihatan
Data>Petikan1.doc/BIL.115/Feb.97/Ariff

JAWAPAN
1. D Berkurangannya sumber protein dalam kalangan rakyat
2. A Dengan memberi benih ikan kepada penternak
3. C ikan jelawat
4. B benih ikan sentiasa perlu ditambah
5. D Jabatan Kesihatan

MEMAHAMI PUISI

Arahan : Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Dengarlah tuan satu cerita,


Kisah anak yang telah berjaya,
Masa kecil miskin merana,
Tidak putus asa dia berusaha.

Masa kecil miskin merana,


Tinggal bersama nenek tua,
Ibu dan ayah lama tiada,
Telah kembali ke alam baqa.

Nenek sedar pentingnya ilmu,


Anak disuruh belajar tanpa jemu,
Soal belanja jangan difikir dulu,
Urusan itu di tangan aku.

Berkat usaha akhir berjaya,


Pegawai tinggi sekarang kerjanya,
Nenek dibawa tinggal bersama,
Itulah cara membalas jasa.
1 Cerita yang hendak diutarakan oleh penulis ialah
A kisah anak yang gigih berusaha
B kisah anak kecil yang hidup merana
C kisah kejayaan anak yatim piatu
D kisah anak ditinggalkan oleh ayah dan ibu

2 Mengapakah anak itu tinggal bersama neneknya?


A Kerana ayah dan ibunya telah tua
B Kerana dia tiada tempat bersandar lagi
C Kerana neneknya seorang penyayang
D Kerana ayah dan ibunya telah meninggal dunia

3 Rangkap Urusan itu di tangan aku bermaksud


A urusan wang menjadi tanggungjawab nenek itu
B nenek bertanggungjawab menyekolahkan cucunya
C urusan persekolahan ditanggung beres oleh nenek
D urusan kerja dipegang oleh nenek

4 Bagaimanakah caranya anak itu membalas budi neneknya?


A dengan menjawat jawatan tinggi
B dengan memelihara neneknya di rumah
C dengan berusaha hingga berjaya
D dengan belajar tanpa jemu

5 Puisi di atas ialah


A pantun
B syair
C sajak
D seloka

Data>Petikan1.doc/BIL.116/Mac97/Ariff

JAWAPAN
1. C kisah kejayaan anak yatim piatu
2. D Kerana ayah dan ibunya telah meninggal dunia
3. A urusan wang menjadi tanggungjawab nenek itu
4. B dengan memelihara neneknya di rumah
5. B syair
MEMAHAMI PENGUMUMAN

Arahan : Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan


berikutnya.

PENGUMUMAN
Pengumuman penutupan sementara Jalan Cempaka di Km 15,
Petaling Jaya, pada 9 November 2007, dari pikul 1.00 pagi hingga 7.00 pagi.
Penutupan sementara Jalan Cempaka adalah bagi memudahkan
kerja-kerja pemasangan saluran gas bawah tanah oleh Syarikat Maju
Mesra di jalan berkenaan.
Pemandu-pemandu yang ingin ke Jalan Melor boleh menggunakan
jalan lencongan melalui Jalan Naga Sari ke Petaling Jaya.

1 Apakah perkara penting yang hendak disampaikan dalam pengumuman di


atas?
A Pemasangan saluran gas C Penggunaan jalan baru
B Penggunaan jalan lencongan D Penutupan jalan

2 Berapa lamakah pengumuman tersebut berkuatkuasa?


A 2 hari C 2 bulan
B 2 minggu D 2 tahun

3 Siapakah yang terlibat dalam projek pemasangan saluran gas bawah tanah
tersebut?
A Pemandu-pemandu yang ingin ke Petaling Jaya
B Syarikat Maju Mesra
C Syarikat Petaling Jaya
D Petronas Gas Sendirian Berhad

4 Pemandu-pemandu yang ingin ke Petaling Jaya melalui Jalan Melor boleh


menggunakan lencongan
A Jalan Petaling Jaya C Jalan Naga Sari
B Jalan Cempaka D Jalan Maju Mesra

5 Maksud penutupan sementara ialah


A Jalan tersebut boleh digunakan semula apabila kerja-kerja
pemasangan saluran gas bawah tanah tersebut selesai.
B Jalan tersebut boleh digunakan oleh kenderaan berat sahaja dalam
tempoh pemasangan saluran gas bawah tanah tersebut.
C Jalan tersebut hanya boleh digunakan semula apabila bandar
Petaling Jaya sudah boleh menggunakan saluran gas bawah tanah
tersebut.
D Jalan tersebut tidak boleh digunakan sehingga Jalan Melor siap
diperbaiki.

Data>Petikan1.doc/BIL.117/Mac97/Ariff
JAWAPAN
1. D Penutupan jalan
2. A 2 hari
3. B Syarikat Maju Mesra
4. C Jalan Naga Sari
5. A Jalan tersebut boleh digunakan semula apabila kerja-kerja pemasangan
saluran gas bawah tanah tersebut selesai.
MEMAHAMI CERITA

Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Azizan menguap beberapa kali. Dia memandang ke arah dinding. Jarum


jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Azizan menutup bukunya.
Keadaan di dalam rumah itu sepi. Ayah, ibu dan adik-adiknya sudah lama dibuai
mimpi.
Azizan berasa panas lalu membuka tingkap biliknya. Udara malam yang
dingin menerpa masuk membuat dia berasa segar sidikit. Sayup-sayup
kedengaran salakan anjing. Bunyi salakan itu semakin lama semakin jelas
kedengaran. Azizan menjengah ke luar tingkap. Tiada apa-apa yang berlaku,
bisik hati kecilnya.
Azizan membiarkan daun tingkap terdedah. Sebenarnya Azizan dikejutkan
satu bunyi aneh. Dia menelinga bunyi itu. Bunyinya seperti seseorang sedang
membuka pintu. Sesekali dia terdengar dinding dicakar. Bulu romanya berdiri,
badannya tiba-tiba sahaja seram sejuk. Sementara itu, bunyi salakan anjing
semakin hampir dengan rumahnya.
Azizan cuba baring tetapi hatinya bagai digaru-garu. Dia ingin tahu apa
yang sedang berlaku diluar rumahnya. Dia nekad. Dia mesti menyiasat. Dia
mencapai lampu suluh di atas almari, lalu menuju ke pintu. Perlahan-lahan daun
pintu dibukanya. Sebaik-baik sahaja daun pintu terkuak, Si Tompok meluru
masuk.
Azizan menjerit kerana terkejut. Cepat-cepat dia menutup kembali pintu.
Sambil mengurut-urut dada dia tersenyum. Dia senang hati. Di luar, salakan
anjing semakin kuat dan kedengaran anjing itu sedang menyondol-nyondol pintu
pagar rumahnya.

1 Mengapakah keadaan rumah Azizan sunyi pada malam itu?

A Kerana waktu itu sudah tengah malam


B Kerana keadaan udara pada malam itu agak dingin
C Kerana semua ahli keluarga rumah itu sedang tidur
D Kerana ahli keluarganya yang lain berada di bilik bawah

2 Mengapakah Azizan membuka tingkap biliknya?


A Kerana hendak menyiasat bunyi di luar rumah
B Kerana dia ingin menikmati angin malam
C Kerana dia mendengar bunyi yang ganjil
D Kerana udara biliknya panas

3 Perkataan menelinga dalam petikan bermaksud


A mendengar dengan telinga
B mendengar dengan hati-hati
C mendengar bunyi sesuatu
D mendengar bunyi seseorang

4 Bagaimanakah perasaan Azizan ketika dia mendengar bunyi ganjil itu?


A takut
B gerun
C kecut
D bimbang

5 Pada pendapat kamu, mengapakah Azizan berasa senang hati di akhir


cerita?
A Kerana dia terbayangkan Si Tompok sedang dikejar anjing
B Kerana mengenangkan kebodohan dirinya
C Kerana pencuri itu telah melarikan dirinya
D Kerana dia berjaya menyelamatkan kucingnya

Data>Petikan1.doc/BIL.118/Mac97/Ariff

JAWAPAN
1. C Kerana semua ahli keluarga rumah itu sedang tidur
2. D Kerana udara biliknya panas
3. B mendengar dengan hati-hati
4. A takut
5. D Kerana dia berjaya menyelamatkan kucingnya

MEMAHAMI CERITA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Hari masih pagi nian. Kabus menyelimuti pokok-pokok dan udara amat
sejuk. Cahaya matahari berserak di mana-mana dan menimpa apa sahaja.
Ketika itu aku, Hisham dan Faizal sedang meredah kawasan kebun getah.
Beberapa ekor tupai dan kera berlompatan kerana terkejut dengan kehadiran
kami yang sedang dalam perjalanan ke Jeram Linang.
Di hujung kebun getah itu terdapat anak bukit dan di bawahnya terbentang
sawah padi. Kami menuruni anak bukit itu dan berjalan di atas batas sawah
hingga ke kaki bukit. Di situlah letaknya air terjun tersebut.
Dari jauh dapat kami dengar deru air terjun. Bunyinya gemuruh bertingkah
dengan jeritan pengunjung. Kami mempercepatkan langkah. Adakalanya Faizal
yang tidak biasa dengan keadaan lorong dalam hutan itu terjerumus. Aku dan
Hisham ketawa.
Tidak baik ketawakan rakan, ujar Faizal sambil menahan kesakitan.
Lututnya berdarah. Aku dan Hisham cepat-cepat meminta maaf.
Ketika kami sampai di Jeram Linang, pengunjung telah pun ramai. Kami
menyewa dua pelampung. Kami takut lemas dalam kolam yang dikhaskan untuk
pengunjung mandi-manda itu. Kolam itu cetek di tepinya tetapi dalam di
tengahnya.
Sebaliknya aku memberanikan diri dengan mandi tanpa menggunakan
pelampung. Tidak kusedari arus sungai itu menolak aku ke tengah. Aku cuba
menginjakkan kakiku ke dasar kolam tetapi nyatalah kolam itu dalam benar. Aku
panik. Aku tertelan air lalu terbatuk-batuk. Aku cuba berenang ke tepi tetapi aku
tenggelam dengan tangan yang tergapai-gapai di udara. Hisham dengan segera
menarik tanganku. Faizal pula mencekau rambutku dan menarikku ke tepi. Di
atas tebing aku termuntah-muntah. Hisham dan Faizal cemas tetapi sempat lagi
ketawa. Hatiku terbakar.

1 Keterangan manakah yang dapat membuktikan bahawa hari masih pagi?


A Cahaya matahari berserak di mana-mana
B Kabus menyelubungi persekitaran
C Keadaan udara yang amat sejuk
D Kedengaran jeritan lotong

2 Di manakah letaknya tempat perkelahan itu?


A Di bahagian bawah bukit
B Di hujung kebun getah
C Di tepi anak bukit
D Di hujung sawah

3 Perkataan bertingkah sama maksudnya dengan


A berlawan
B mengiringi
C silih berganti
D menyahut

4 Aku menjadi panik apabila


A terminum air lalu terbatuk-batuk
B arus telah menolakku ke tengah kolam
C menyedari air di tengah sungai itu dalam
D aku cuba merasai dasar kolam dengan kaki

5 Maksud frasa Hatiku terbakar ialah


A Hati penulis menyala kerana marah
B Penulis rasa amat tersinggung
C Penulis berasa amat sedih
D Penulis rasa marah dan kecewa

Data>Petikan1.doc/BIL.119/Mac97/ Ariff

JAWAPAN
1. B Kabus menyelubungi persekitaran
2. A Di bahagian bawah bukit
3. C silih berganti
4. C menyedari air di tengah sungai itu dalam
5. B Penulis rasa amat tersinggung

MEMAHAMI RENCANA
Arahan : Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cara penanaman padi banyak berubah berikutan hasil penyelidikan dan


kemajuan teknologi. Selain padi dapat ditanam dua kali setahun, perubahan
yang lebih ketara ialah cara penanaman yang berbeza berbanding dengan cara
tradisi.
Cara tradisi terpaksa melalui beberapa peringkat penanaman. Setelah
memilih benih padi yang elok, benih padi itu direndam dalam air sehingga
bertunas. Selepas itu barulah ianya ditabur di tapak semaian.
Lazimnya tapak semaian terletak di tanah darat yang jauh dari petak
sawah. Anak semaian itu akan mencapai ketinggian antara 150 cm hingga 200
cm dalam jangka masa 40 hari. Anak semaian itu kemudian dicabut sebelum
diubah ke petak sawah.
Kerja mencabut pula memakan masa seminggu atau lebih dan dilakukan
secara gotong-royong oleh kaum perempuan. Anak-anak semaian yang dicabut
itu diikat dalam bentuk gemal dan dipunggah ke petak sawah oleh orang lelaki.
Anak semaian itu dibiar terendam dalam air di sawah sementara kerja-kerja
menanamnya dijalankan. Anak semaian itu ditanam dalam baris yang lurus
mengikut jarak yang tertentu. Jelaslah bahawa proses penanaman padi cara
tradisi itu lambat dan melalui beberapa peringkat. Ini belum lagi diambil kira
kerja-kerja membaja dan merumput yang dilakukan sementara menunggu padi
masak.
Oleh itu, cara penanaman baru diperkenalkan. Benih padi ditabur terus di
petak sawah yang sebelum itu dibajak dengan menggunakan jentera. Petani
hanya perlu membaja atau merumputnya sahaja sementara menunggu padi itu
masak untuk dituai. Kerja-kerja menuai pula dilakukan oleh jentera penuai.

1 Perkataan tradisi boleh digantikan dengan perkataan berikut


A kuno
B lama
C dulu
D baru
2 Berdasarkan petikan, dapat disimpulkan bahawa cara tradisi
A melibatkan ramai orang
B menggunakan banyak belanja
C tidak menguntungkan petani
D merugikan masa dan tenaga

3 Pembahagian kerja antara kaum perempuan dengan kaum lelaki dibuat


berdasarkan kepada
A jenis kerja
B beban kerja
C untung rugi
D masa kerja

4 Sebelum cara baru diperkenalkan, bagaimanakah anak semaian itu


ditanam di petak sawah?
A Ditabur terus ke dalam petak sawah
B Ditanam memanjang ikut batas
C Ditanam dalam barisan lurus
D Ditanam ikut suka hati

5 Apakah yang perlu dilakukan oleh petani sebelum padi ditabur ke dalam
petak sawah?
A Menyediakan petak sawah
B Memilih benih yang sesuai
C Membaja dan merumput
D Membuat batas

Data>Petikan1.doc/BIL.120/April97/Ariff

JAWAPAN
1. B lama
2. D merugikan masa dan tenaga
3. B beban kerja
4. C Ditanam dalam barisan lurus
5. A Menyediakan petak sawah

Anda mungkin juga menyukai