Anda di halaman 1dari 5

NAMA : __________________________________________________ TARIKH : __________________

LATIHAN MEMBINA JAWAPAN BERDASARKAN AYAT TANYA.

1. Pernahkah kamu bercuti di Pulau Tioman?


A Ya, saya pernah bercuti di Pulau Tioman
B Ya, inilah kali pertama saya bercuti di Pulau Tioman
C Sudah semestinya, tetapi Pulau Tioman sangat indah
D Kakak saya mengusahakan calet di Pulau Tioman

2. Apakah yang menjadi naungan kepada kelip-kelip di Kampung Kuantan?


A Kelip-kelip memang banyakj terdapat di Kampung Kuantan
B Kelip-kelip menjadi tarikan utama pelancong ke Kampung Kuantan
C Terdapat calet untuk kemudahan pelancong melihat kelip-kelip
D Pohon-pohon berembang di sepanjang sungai menjadi naungan kepada kelip-kelip di Kampung Kuantan

3. Benarkah kamu akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu?


A Saya memang gemar mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
B Ya, kalau tiada halangan saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
C Sudah dua kali saya mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
D Saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu minggu depan.

4. Sudah berapa lamakah sepupu kamu menjalankan perusahaan membuat batik?


A Sepupu saya mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan.
B Saya turut membantu sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik.
C Kalau saya tidak silap. Hampir lapan tahun sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik itu.
D Ya, sepupu saya sepupu saya yang menjalankan perusahaan membuat batik itu.

5. Mengapakah kawasan perkelahan itu tidak dikunjungi orang ramai lagi?


A Kawasan perkelahan itu terletak tidak jauh dari bandar.
B Kawasan perkelahan itu diurus oleh jabatan perhutanan.
C Kawasan perkelahan itu sangat terkenal di kalangan pencita alam.
D Kawasan perkelahan itu sedang diubahsuaikan oleh pihak berkuasa.

6. Bilakah Ekspres Wau dari Tumpat akan tiba?


A Ekspres Wau masih dalam perjalanan lagi. C Ekspres Wau itu belum bertolak lagi.
B Ekspres Wau itu belum tiba lagi. D Ekspres Wau itu akan tiba sebentar lagi.

7. Bilakah kejadian itu berlaku?


A Kejadian itu berlaku semalam. C Adik saya telah terkorban dalam kemalangan itu.
B Kejadian itu berlaku di simpang tiga itu. D Kejadian itu berpunca daripada kecuaian orang
ramai
8. Bagaimanakah keadaan datuk kamu?
A Datuk saya tinggal di kampung. C Datuk saya bernama Hashim.
B Datuk saya masih bertenaga. D Datuk saya seorang guru silat.
NAMA : __________________________________________________ TARIKH : __________________
9. Yang bertudung biru itu siapa?
A Guru saya memakai tudung biru. C Cikgu Ani memakai tudung biru ke sekolah.
B Gadis yang bertudung biru itu sangat cantik. D Itu kakak saya.

10. Di manakah kamu membeli pasu antik ini?


A Pasu antik ini banyak terdapat di negara China. C Saya membeli pasu antik ini di negeri China.
B Orang-orang Cina pandai membuat pasu antik. D Pasu antik ini ialah hadiah daripada kawan saya.

11. Berapakah harga sekilo anggur ini?


A Angur ini sangat manis. C Harga sekilo anggur ini ialah RM10.00
B Ini anggur budak sekolah. D Harga anggur ini sangat murah

12. Mengapakah pemandu dilarang memandu kereta ketika mabuk?


A Untuk mengelakkan kerosakan kepada kereta
B Untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
C Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
D Untuk menyedarkan pemandu berkenaan.

13. Mengapakah kita dilarang membuang sampah-sarap ke dalam sungai?


A Untuk mewujudkan kawasan pelancongan di sungai.
B Untuk menjayakan kempen kebersihan sungai.
C Untuk mengelakkan sungai daripada kotor.
D Untuk mengelakkan berlakunya pencemaran air.

14. Apakah punca pertelingkahan itu?


A Pertelingkahan itu melibatkan banyak pihak.
B Pertelingkahan itu disebabkan oleh perasaan iri hati.
C Pertelingkahan itu banyak membawa kesan yang buruk.
D Pertelingkahan itu antara Fadli dan Kudin.

15. Mengapakah mereka yang disyaki menghidap demam denggi berdarah perlu mendapat rawatan segera?
A Mereka yang menghidap demam denggi akan dipulaukan oleh masyarakat.
B Jika dibiarkan, demam denggi berdarah boleh membawa maut.
C Mereka yang disyaki menghidap demam denggi berdarah boleh mendapat rawatan di klinik.
D Penduduk di bandar memang mudah dijangkiti demam denggi berdarah.

16. Apakah kegunaan kemenyan pada masa dahulu?


A Kemenyan berasal daripada getah pokok Boswellia Sacra.
B Kemenyan mengeluarkan bau yang harum apabila dibakar.
C Oman merupakan negara penegluar yang terkenal.
D Pada masa dahulu, kemenyan digunakan untuk mengubati sakit perut, sakit gusi dan lain-lain.
NAMA : __________________________________________________ TARIKH : __________________

LATIHAN MEMBINA AYAT TANYA

1. Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
A Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?
B Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
C Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
D Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

2. Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.


A Di manakah kompang selalu dipalu?
B Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
C Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
D Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?

3. Enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan kerana telah dimasuki air.


A Bilakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
B Bagaimanakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
C Adakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
D Mengapakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?

4. Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu kelihatan compang-camping dan lusuh.


A Siapakah yang memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh?
B Mengapakah pakaian mangsa-mangsa pelarian itu compang-camping dan lusuh?
C Bagaimanakah pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu?
D Di manakah pakaian compang-camping mangsa-mangsa pelarian perang itu?

5. Kehijauan hutan hujan tropika merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.


A Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?.
B Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?
C Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?
D Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?

6. Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
A Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
B Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
C Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
D Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?

7. Saya tinggal di Kampung Medan.


A Di manakah kamu tinggal? C Apakah keunikan Kampung Medan?
B Siapakah yang tinggal di Kampung Medan? D Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?
NAMA : __________________________________________________ TARIKH : __________________
8. Ya, saya pernah tinggal di Melaka.
A Di manakah kamu tinggal? C Pernahkah kamu tinggal di Melaka?
B Siapakah yang menemani kamu ke Melaka? D Adakah negeri Melaka negeri yang indah?

9. Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika ingin cepat pandai.
A Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar? C Adakah setiap pelajar perlu tekun dan rajin?
B Bagaimanakah sifat pelajar yang baik? D Apakah sifat yang perlu ada pada setiap pelajar jika
ingin cepat pandai?

10. Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
A Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
B Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
C Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
D Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?

11. Budak-budak itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.


A Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
B Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
C Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
D Di manakah budak-budak itu berada?

12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
A Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
B Bilakah sambutan Hari Kebangsaan?
C Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
D Mengapakah banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari
Kebangsaan?

13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.


A Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?
B Bilakah hari jadi Azmi?
C Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?
D Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?

14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.


A Bagaimanakah perompak itu dijatuhkan hukuman?
B Siapakah yang menjatuhkan hukuman terhadap perompak itu?
C Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap perompak itu?
D Mengapakah terhadap perompak itu dijatuhkan hukuman penjara?

15. Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
A Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
B Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
C Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
D Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?
NAMA : __________________________________________________ TARIKH : __________________

Anda mungkin juga menyukai