Anda di halaman 1dari 3

Bil Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal

: Ke-1 : 1 : 19 Januari 25 Januari 2013 : Fokus Murid Dalam Kelas

Masalah Minggu pertama praktikum, sekolah saya telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan pada hari Selasa bersamaan 20 Januari 2013. Persiapan sebelum majlis melibatkan murid-murid Tahun 4-6 untuk membuat persembahan kompang. Beberapa orang murid Tahun 5 yang terlibat dengan raptai persembahan pada hari Isnin tersebut kelihatan hilang fokus di dalam kelas akibat terlalu letih berlatih dan membuat persembahan. Kelas al-Quran tidak dapat berjalan dengan baik kerana hanya 10/16 murid sahaja yang memberi fokus.

Analisis Masalah Majlis secara rasmi perlu diadakan kerana jemputan khas YB Hamidah Othman, ADUN Sungai Rapat turut hadir sama untuk pengagihan bantuan. Oleh itu, persiapan yang terancang perlu disediakan. Latihan dilakukan beberapa kali selepas perhimpunan hingga waktu rehat. Kelas pengajaran dan pembelajaran al-Quran pada jam 10.40 pagi selepas rehat tidak dapat berjalan dengan baik seperti biasa. Ini kerana beberapa orang murid hilang fokus, mengantuk dan tidak mengikuti bacaan al-Quran sepenuhnya. Hasil perbincangan dengan beberapa orang guru, terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti seperti: 1. Murid mengeluarkan tenaga sepenuhnya untuk berlatih kompang 2. Murid tidak bersarapan pagi/makan pada waktu rehat 3. Bacaan al-Quran secara beramai-ramai akan membuatkan ada murid yang tidak mengikuti bacaan secara keseluruhannya 4. Guru tidak membawa BBM yang menarik perhatian murid

Saya cuba menarik perhatian murid dengan menyediakan set induksi yang melibatkan penglibatan murid dan guru iaitu soal jawab. Di pertengahan bacaan al-Quran, saya selitkan juga beberapa maksud terjemahan ayat yang dibaca. Murid sangat berminat mendengar terjemahan ayat yang dibaca. Cuma segelintir murid yang kelihatan penat dan mengantuk. Walaupun saya cuba mempelbagaikan cerita, tidak semua murid fokus pada pengajaran hari itu. Saya mula berfikir apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan mereka fokus dan cergas semula. Saya sedar, saya perlu sentiasa prihatin dengan persekitaran sekolah dan keadaan muridmurid. Sekiranya murid-murid telah melakukan sesuatu aktiviti yang menggunakan tenaga mereka, saya seharusnya mewujudkan aktiviti yang santai dan tidak terlalu berat. Malah di awal pengajaran, saya perlu mewujudkan set induksi yang lebih menarik lagi untuk menarik perhatian mereka supaya seronok berada di kelas saya walaupun letih.

Cadangan Tindakan Susulan Untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran di kelas, saya akan cuba membawa set induksi yang lebih menarik. Saya akan memperuntukkan 2 minit untuk murid bersedia sebelum memulakan kelas. Seorang guru perlu bersedia untuk menjadi

pemudahcara/fasilitator kepada pelajarnya. Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya menyatakan: Masa kini, guru di sekolah bukan sahaja mengajar, tetapi juga dikehendaki memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk membimbing, memotivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya menjalankan aktiviti pembelajaran. Saya akan memberikan motivasi kepada murid bukan sahaja pada waktu permulaan pengajaran tetapi juga sehingga pembelajaran tamat hingga ke akhir waktu. Nasihat dan motivasi adalah amat perlu untuk menyedarkan diri murid-murid akan kepentingan memberi tumpuan di dalam kelas. Selain itu saya akan menggalakkan murid-murid untuk membawa air masak ke sekolah kerana kekurangan oksigen dan air dalam badan akan menjadikan murid cepat penat dan hilang tenaga. Kaedah talaqqi musyafahah juga akan dipelbagaikan iaitu secara berpasangan, individu dan berkumpulan.

Tempoh Masa Tindakan Susulan Tempoh masa untuk menarik perhatian dan fokus murid terhadap pembelajaran al-Quran adalah selama 3 minggu. Guru akan mencatatkan perkembangan murid dari semasa ke semasa.

Kesimpulan Setiap masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya. Seorang guru itu perlu berfikiran kreatif dan peka dengan persekitaran untuk memahami gaya dan perkembangan pelajaran muridmuridnya. Saya sentiasa mencari idea bagaimana untuk menarik minat murid-murid mencintai al-Quran, membacanya dengan bersungguh-sungguh serta berusaha memperbaiki bacaan dengan lebih baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : .. Nama Tarikh : .. : ...

Tandatangan : ... Nama Tarikh : .... : ...

Anda mungkin juga menyukai