Anda di halaman 1dari 4

MANUAL

PROJEK KELAB PENCINTA ALAM (KPA)


PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA

Latar Belakang
Kelab Pencinta Alam (KPA) MNS telah dilancarkan pada bulan Ogos 1991 dengan sokongan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bermula dengan 12 buah sekolah di Lembah Klang, keahliannya kini mencecah lebih
400 buah sekolah dari seluruh Malaysia.

Projek in bertujuan untuk menggalak pengetahuan yang lebih mendalam tentang alam sekitar dan
seterusnya memupuk sikap mesra alam di kalangan warga sekolah. Projek ini memberi peluang kepada
para pelajar untuk melibtkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar secara praktikal. Antara
aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti merintis hutan, kitar semula, membuat kompos, melibatkan diri
dalam bengkel, seminar dan perkhemahan alam sekitar.

Untuk memastikan perkembangan keahlian Kelab Pencinta Alam MNS berjalan secara lancar dan efektif,
Koordinator Pendidikan Negeri MNS telah dilantik bagi membantu pihak urusetia MNS menganjur
program dan aktiviti KPA di negeri-negeri masing-masing. Koordinator Pendidikan Negeri inilah yang
menjadi pemangkin kepada perluasan KPA di setiap negeri dan mengukuhkan hubungan antara sekolah
KPA, Jabatan Pelajaran Negeri dan MNS.

Di peringkat Urusetia MNS pula, pelbagai program dianjurkan dan antaranya termasuk Bengkel Guru
Peringkat Kebangsaan, Bengkel KPA Peringkat Kebangsaan untuk para pelajar, perkhemahan KPA di
setiap zon, Anugerah KPA dan projek khas seperti Conserve Our Wetlands Project, School River Basin &
Water Quality Monitoring, Peat Swamp Study, Research & Adoption Programme, Sambutan Minggu
Pemerhatian Helang, Pesta Sayap dan sebagainya. Program-program sebegini adalah penting agar para
pelajar dapat mengikut perkembangan terkini isu-isu alam sekitar, bergaul mesra dengan rakan
seperjuangan dari seluruh negara di samping bertukar idea dan pengalaman.

Logo Kelab Pencinta Alam


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) merupakan pengasas Kelab Pencinta Alam
di sekolah-sekolah. Oleh kerana MNS menggunakan Malayan Tapir sebagai logonya, memang wajarlah
sekiranya logo KPA diwakili oleh anak tapir.
Malayan Tapir (Tapirus indicus) boleh dijumpai di kawasan hutan primer Asia Tenggara. Ia merupakan
sejenis haiwan yang terancam dan terlindung. Malayan Tapir mempunyai hidung yang panjang dan
tingginya lebih kurang 1 meter. Makanannya terdiri daripada tumbuhan akuatik, rumput, pucuk muda
serta buah-buahan.

1
Klasifikasi Malayan Tapir adalah seperti berikut:
Order : Perissodactyla
Famili : Tapiridae
Spesis: Tapirus indicus

Warna hijau pada logo melambangkan kehijauan alam sekitar manakala buku yang terbuka pula
mewakili sekolah dan pendidikan. Kelab Pencinta Alam juga berfungsi mendidik pelajar mengenai alam
semulajadi, usaha pemeliharaan serta pemuliharaannya.

Keahlian
Keahlian adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah (sekolah kerajaan ataupun
swasta) di Malaysia.

Cara untuk menyertai keahlian Kelab Pencinta Alam


Isikan borang pendaftaran / pembaharun tahunan dan sila kepilkan dokumen-dokumen berikut:
i. Yuran pendaftaran / pembaharuan keahlian tahunan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat dan ahli KPA. Senarai nama ini adalah penting untuk membolehkan
pihak MNS menyediakan kad keahlian kepada ahli-ahli KPA yang berdaftar bagi tahun tersebut.
iii. Laporan tahunan KPA (ia tidak diperlukan sekiranya kelab itu berusia kurang daripada 1 tahun
penubuhnnya di sekolah).

Yuran keahlian tahunan


RM 50 setiap kelab setahun

2
Keahlian Tahunan KPA
Keahlian tahunan KPA bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember bagi tahun pendaftaran
berkenaan.
Pembaharuan keahlian boleh dibuat secara tahunan atau beberapa tahun sekaligus (maksima 3
tahun pembaharuan)
Setiap pembaharuan keahlian mesti disertakan dengan nama guru penasihat, senarai nama
pelajar dan laporan tahunan.

Cara pembayaran yuran keahlian


Tunai (sila pastikan anda menerima resit pembayaran semasa pembayaran dilakukan)
Wang pos atau cek yang dibayar atas nama Malaysian Nature Society.
Pembayaran melalui bank boleh dilaksanakan melalui
HSBC Bank : 305-194-920-108
Maybank : 012-138-304-679
Sila hantarkan salinan slip pembayaran bank bersama boring pendaftaran / pembaharuan untuk
rujukan bahagian perakaunan MNS.

Keahlian bermula..
Pendaftaran/Pembaharuan keahlian sesebuah sekolah berkuatkuasa sesudah pihak MNS menerima
boring pendaftaran / pembaharuan tahunan bersama yuran keahlian tahunan sekolah dan maklumat-
mklumat lain yang diperlukan. Keahlian tahunan sekolah akan diproses dan setiap sekolah akan
menerima bahan-bahan berikut:
a. Sijil keahlian tahunan Kelab Pencinta Alam sekolah
b. Resit rasmi pembayaran yuran pendaftaran / pembaharuan keahlian kelab sekolah.
c. Bahan-bahan penerbitan majalah/buku, brosur-brosur MNS, poster, bahan pengajaran dan
sebagainya (bahan yang diedarkan bergantung kepada bahan yang tersedia ada).

Faedah-faedah menjadi ahli Kelab Pencinta Alam MNS


Kelab Pencinta Alam akan memperoleh faedah-faedah berikut apabila mendaftar keahliannya bersama
MNS, seperti:
Bulletin Tapir: Setiap sekolah akan menerima 3 isu Bulletin Tapir setiap tahun (40 salinan setiap
isu).
Bahan-bahan penerbitan MNS: Buku bacaan, buku aktiviti dan sebagainya. Contohnya adalah
seperti Buku Pendidikan Alam Sekitar untuk kanak-kanak, Fun Environmental Activities for KPA:
A Handbook for Teachers and Nature by Heart: Fundamentals for Environmental Educators.
(bahan-bahan penerbitan MNS yang diedarkan bergantung kepada bahan yang tersedia ada).

3
Menyertai program dan aktiviti tahunan: Contohnya seperti perkhemahan alam sekitar,
program latihan, bengkel, seminar dan pertandingan yang diadakan sama ada di peringkat
negeri, zon atau kebangsaan.
Diberi keutamaan apabila menempah penggunaan fasiliti ataupun menganjurkan program di
mana-mana Pusat Pendidikan Alam Sekitar MNS.
Menikmati pembelian barangan MNS pada harga keahlian MNS di mana-mana Pusat Pendidikan
Alam Sekitar MNS.

Penyertaan dalam program dan aktiviti Kelab Pencinta Alam MNS


Bagi menyertai aktiviti-aktiviti Kelab Pencinta Alam, pastikan keahlian tahunan Kelab Pencinta
Alam telahpun diperbaharui / didaftarkan awal kerana surat jemputan akan dikeluarkan untuk
sekolah yang diperbaharui untuk tahun berkenaan sahaja.
Pihak urusetia MNS akan memaklumkan ahli-ahli Kelab Pencinta Alam berkenaan penganjuran
program dan aktiviti melalui surat yang diedarkan oleh MNS dan juga pihak Jabatan Pelajaran
Negeri. Penganjuran program dan aktiviti-aktiviti tahunan KPA adalah atas kebenaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Cik Nur Syuhada


Pegawai Bahagian Pendidikan (KPA)
Tel: 03-22879422 Fax: 03-22878773 Email: wiraalam@mns.org.my
Laman web: www.mns.my Facebook: Kelab Pencinta Alam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai