Anda di halaman 1dari 2

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-MASRIYAH

LAPORAN AKTIVITI / PROGRAM UBK

1.0 TAJUK PROGRAM

Hari Penetapan Target Tahun 5 & 6 2020

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa.


2.2 Memupuk sikap keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran dan pendidikan anak-anak.
2.3 Kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru dapat meningkatkan lagi kecemerlangan
akademik anak-anak.
2.4 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memantau pembelajaran
anak-anak semasa berada di rumah.
2.5 Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan
harmonis.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Tarikh : 11 Januari 2020 (Sabtu)


3.2 Tempat : Dewan Hj Ahmad Fuad, Sekolah Rendah Islam Al-Masriyah
3.3 Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi

4.0 BILANGAN PENYERTAAN

Rujuk Lampiran

5.0 BUTIRAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI PERSONALIA PENGISIAN


- Ucapan alu-aluan Guru
1 Ucapan alu-aluan Guru Besar
Besar.
- Taklimat penetapan target
bagi UPKK dan UPSR
bagi tahun 2020.
- Taklimat mengenai
Taklimat penetapan Penolong Kanan program sepanjang tahun
2
target Kurikulum untuk anak-anak UPKK
dan UPSR.
- Penerangan tentang yuran
tahunan yang perlu
dibayar oleh waris untuk
anak-anak UPKK dan
UPSR.
- Taklimat berkenaan bagi
setiap subjek di dalam
peperiksaan UPKK dan
UPSR.
3 Taklimat subjek Guru subjek
- Perbincangan untuk
memajukan diri dan
kecemerlangan anak-anak
di rumah.

6.0 PENILAIAN PROGRAM

6.1 Kekuatan Program


- Kedatangan ibu bapa melebihi 95%.
- Program berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang panjang.
- Kerjasama daripada guru-guru Tahun 5 dan 6 yang membantu melancarkan
program.
6.2 Kelemahan Program
- Program tidak dapat dijalankan pada masa yang telah ditetapkan kerana
terdapat waris yang tiba lewat.
6.3 Langkah-langkah Penambahbaikan
- Mengingatkan berulang kali kepada waris melalui media whatsapp supaya hadir
lebih awal agar program dapat dijalankan mengikut waktu yang dirancangkan.

Disediakan oleh Disemak oleh

.................................................. ..................................................
(Ahmad Aliuddin bin Shaharin) (Hayati Bt Ahmad)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Pen. Kanan Pentadbiran
Sek Ren Islam Al-Masriyah Sek.Ren. Islam Al-Masriyah

Disahkan oleh

..................................................
(Muna Bt Hj Ahmad Fuad)
Guru Besar
Sek. Ren. Islam Al-Masriyah

Anda mungkin juga menyukai