Anda di halaman 1dari 22

Panduan Latihan

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


Pendekatan Pembelajaran Dalam Kebiasaan Baharu
PRS

1. Pendekatan Pengajaran dan


Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
2. Perancangan Strategik Latihan & Aktiviti
Kemahiran PRS Dalam Kebiasaan Baharu
3. Pembelajaran Atas Talian (e-learning)
Dalam Situasi Krisis
Kandungan e-book ini
E-book ini merupakan panduan umum
untuk melatih murid dalam aspek
pembangunan psikososial khususnya
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam
situasi kebiasaan baharu.
Program ini boleh dilaksanakan sebagai
sebahagian dari komponen Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mahu
pun dalam situasi bersemuka yang
memerlukan pematuhan tinggi kepada
tatacara Kebiasaan Baharu
Modul ini akan menyentuh aspek-aspek
krtitikal yang perlu dimasukkan dalam
kandungan latihan antaranya :-

(1) memahami situasi krisis


(2) keperluan merancang latihan & aktiviti murid
dalam situasi krisis
(3) Meneroka dan memanfaatkan sumber dan
pendekatan baharu sesuai dengan situasi
semasa untuk melatih aspek perkembangan
psikososial murid
1
DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi
sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama
kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah
rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan
orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam
sistem sekolah
2
FALSAFAH TERAS PRS
“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN“

PRS perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran,


kreativiti dan keimanan supaya berupaya untuk membantu orang lain

ETIKA PRS RASIONAL

1.Amanah dan menyimpan rahsia. 1.Guru Bimbingan Kauseling Sepenuh Masa (GBKSM) di
2.Menerima dan menghormati rakan dan orang lain. setiap sekolah belum mencukupi untuk menampung
3.Tahu batasan dan keupayaan diri. keperluan perkhidmatan menolong di sekolah yang
4.Sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan semakin bertambah;
potensi diri dari pelbagai aspek. 2.Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
5.Melapor kepada Guru Bimbingan Kaunseling mengalu-alukan murid yang berkemahiran dan berbakat
Sepenuh Masa kes yang boleh memudaratkan diri untuk membantu guru menggerakkan aktiviti
pembangunan diri dan sahsiah murid di sekolah;
sendiri atau orang lain.
3.Menangani kes dan isu salah laku sahsiah diri murid
6.Merujukkan kes rakan sebaya kepada Guru
yang kian bertambah, justeru peranan rakan sebaya
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. diakui sangat penting dan berkesan untuk membantu
7.Mematuhi peraturan sekolah dan norma guru;
masyarakat dan agama 4.Keperluan untuk memperkembangkan potensi dan
kemahiran komunikasi, asas kaunseling serta bakat
kepimpinan dalam kalangan murid.

3
PERANCANGAN STRATEGIK JANGKA PANJANG
❑ Merancang peningkatan
❑ Memperkasakan
kualiti & keberhasilan
keberadaan & peranan
Outcomes Outcomes
Peningkatan PRS Sulong - Bestari Peluasan jaringan & jalinan
Pengiktirafan & penghasilan baharu Keberhasilan & impak meluas
KUALITI
KEBERHASILAN
PEMERKASAAN
❑ Membudayakan
kemenjadian & pencapaian

Outcomes
Perkongsian & rujukan
PELUNJURAN LANGKAH berterusan dan diteladani

LANGKAH PEMBUDAYAAN

❑ Membuat pelunjuran keahlian & STRATEGIK


peranan PRS untuk tempoh 3 tahun
.
Outcomes ❑ Menilai untuk
Perancangan Strategik Jangka Panjang penambahbaikan
Takwim tersusun dan realistik PENAMBAHBAIKAN Outcomes
BERTERUSAN Proses audit dan penilaian
Proses penjaminan kualiti

4
Hebahan info PRS
Proses Temuduga
Pemilihan PRS
Pembudayaan aktiviti
- penyertaan & pencapaian
peringkat tertinggi (Kebangsaan Aktiviti & Latihan
& Antarabangsa Bersemuka

Latihan secara atas talian


Pembelajaran berterusan – –jika perlu atau sebagai nilai
peningkatan kemahiran dan tambah
Tahap PRS

Perancangan & pelaksanaan


aktiviti oleh JK PRS
- bersama guru pembimbing

5
PANDUAN PERANCANGAN LATIHAN &
AKTIVITI PRS 2021
Pihak sekolah perlu merancang latihan dan aktiviti
berdasarkan situasi perkembangan semasa. 1. Sesi e-Learning diteruskan
Perancangan aktiviti atas talian dirancang 2. Persediaan Latihan Bersemuka
untuk pelaksanaan secara berterusan
FASA 1 3. Modul Tidak Bersemuka
4. Temuduga keahliaan baharu
sepanjang tahun 2021. Sekolah dibuka
bermula
1 Mac 2021
FASA 2
(14 Jun –10 Sept.
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2021)
26 MAC – 3 APRIL (KUMP.A)
27MAC – 4 APRIL (KUMP.B) FASA 3
CUTI PERTENGAHAN TAHUN Selepas20 Sept.
28 MEI – 12 JUN (KUMP.A) 2021
29 MEI – 13 JUN (KUMP.B) 1. Aktiviti bersemuka di sekolah
1. Aktiviti bersemuka dijangka dapat dengan SOP ketat
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL dilaksanakan sepenuhnya. 2. Aktiviti luar/kumpulan yang
10 – 18 SEPT (KUMP.A) 2. Aktiviti atas talian boleh/masih dibenarkan KPM/MKN
11 – 19 SEPT (KUMP.B) perlu diteruskan. 3. Aktiviti dalam talian diteruskan
6
RANGKA STRATEGIK
MATLAMAT MEWUJUDKAN PASUKAN PRS YANG TERLATIH, TERPIMPIN DAN
MENJADI HARAPAN WARGA SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI

PENGIKTIRAFAN

FASA 1 FASA 2 – AWAL FASA 2 – AKHIR FASA 3


PERSEDIAAN LATIHAN TUGASAN/KHIDMAT PEMBUDAYAAN
Pembangunan Kapasiti - Atas talian & bersemuka - Mantap kepimpinan
Inovasi
- Tahap Bongsu/Muda - Peningkatan Tahap
Jaringan & Jalinan
- Pembentukan Pasukan - Aktiviti luar sekolah
Amalan Terbaik
- Persediaan Penyertaan - Pencapaian
7
Dalam situasi pandemik –dengan sekatan pergerakan dan SOP
yang ketat – tanggungjawab guru melatih PRS sekolah perlu
disesuaikan dengan keperluan, suasana dan setting semasa

PENETAPAN KANDUNGAN &


OBJEKTIF LATIHAN

Sama seperti proses PdP PENDEKATAN, KAEDAH


& STRATEGI LATIHAN
akademik – proses latihan
atau pembelajaran PRS juga REFLEKSI & PENILAIAN IMPAK

perlu melalui proses AKTIVITI, KHIDMAT &


PEMBELAJARAN BERTERUSAN

Rumusan - Pembelajaran atas talian (e-Learning) & pendekatan Pengajaran &


Pembelajaran di Rumah (PdPR) perlu dipraktikan secara berkesan dalam
semua aspek pembelajaran & pembangunan psikososial murid.

8
PENETAPAN MATLAMAT & OBJEKTIF
Matlamat
Pihak sekolah melatih untuk menghasilkan PRS pada tahap tertinggi sepanjang
tempoh PKP melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah(PdPR) dan dalam situasi dengan pematuhan SOP yang ketat apabila
sekolah dibuka semula.

Objektif (disediakan berdasarkan keperluan sekolah)


1. Jurulatih Guru Pembimbing melatih ( ) PRS tahap Bongsu /Muda /Sulong
2. 10 PRS berjaya memberi maklum balas berkaitan keperluan emosi /psikososial 10 rakan
3. 100% PRS amalkan SOP semasa krisis di rumah dan dalam komuniti atau di sekolah
4. PRS melaksanakan tugasan/amalan terbaik berkaitan intervensi /sokongan krisis
5. Peningkatan peratusan PRS di sekolah sebanyak (____% ) kepada (_____%)

Hasrat & Harapan – Pada akhir PKP / sebelum sekolah dibuka semula Unit Bimbingan
Kaunseling sekolah berjaya melatih PRS secara atas talian dengan berkesan

9
PROSES DAN KANDUNGAN SUMBER PEMBELAJARAN

PERANAN & AMALAN DISIPLIN KENDIRI Latihan /kandungan modul


MEMAHAMI KRISIS disampaikan secara
PRS berperanan 1. Edaran modul ke rumah
PRS dilatih /ajar memahami 1. Mengamalkan disiplin kendiri 2. “Social messaging” atau
1. Konsep asas krisis 2. Menyampaikan maklumat kepada rakan “Chat Application”
2. Jenis-jenis krisis 3. Menyampaikan maklum balas rakan 3. Aplikasi media sosial
3. Risiko dari situasi krisis sebaya kepada guru 4. Meneroka kandungan
4. Menangani krisis secara 4. PRS saling menyokong dalam aspek atas talian (web, blog,
positif /membina emosi/psikososial sesama rakan sebaya wikipedia dll)

JURULATIH/PEMBIMBING PRS PERLU SEDIA & LAKSANAKAN


KERANGKA LATIHAN PRS KONSEP PDPR

1. Jumlah dan Tahap peserta PRS [SELARAS MATLAMAT KEAHLIAN 11 – 14% PRS IDEAL]
2. Tempoh masa latihan – [JADUAL LATIHAN ]
3. Bahan-bahan pembelajaran yang sesuai [MODUL, BUKU PANDUAN, BAHAN RUJUKAN)
4. Alat atau kaedah penyampaian yang relevan dan berkesan [MEDIA ATAS TALIAN, SEMUKA]
5. Menentukan kaedah penilaian yang tepat [TUGASAN, KUIZ, TEMUDUGA, UJIAN AKHIR ]
6. Memberikan pengiktirafan [ SIJIL, TAHAP PENCAPAIAN, HADIAH, PAJSK ]
10
CADANGAN AKTIVITI PERKEMBANGAN PRS
1. PRS/bakal PRS menulis surat, esei/rencana berkaitan pengalaman atau perasaan mereka
sepanjang tempoh pandemik Covid-19 /kawalan pergerakan (PKP)
2. Pertandingan / cabaran mencari penyelesaian /pendekatan untuk menangai isu/krisis
kesihatan yang boleh dipraktik PRS/ murid sekolah
3. Foto atau video pendek PRS memahami dan mendepani krisis semasa (Covid19, sosialisasi)
4. Penganjuran aktiviti atas talian (pertandingan/cabaran) oleh PRS kepada PRS
5. Sesi Motivasi 3 minit PRS (oleh guru atau PRS sendiri) –isu krisis/psikososial

MEDIUM ATAS TALIAN UNTUK PERKONGSIAN AKTIVITI

PRS Penang 2020 Penang Counsellor PENANGCOUNSELLOR


PENANG COUNSELLOR CHANNEL
Laman Web Pendidikan Pendidikan @PENANGCOUNSELL1
2.25K subscribers

11
LAPORAN - RUMUSAN PELAKSANAN AKTIVITI
NAMA SEKOLAH : ___________________________________________________ PPD : ______________
Fasa / Jumlah REKOD PELAKSANAAN AKTIVITI
Tarikh/ Penyertaan
Latihan Tahap Tugasan Tugasan Pertandingan Penyertaaan Jumlah
Aktiviti PRS/murid
(nyatakan) Individu Kumpulan (sekolah/luar) (anjuran luar) Besar

JUMLAH

Ulasan sekolah /Pembimbing :

Gambar aktiviti : poster, banner, kad ucapan/jemputan, video, pautan bahan (media social, drive, laman web)

** Cadangan format pelaporan ringkas/rumusan pelaksanaan untuk rekod jurulatih/pembimbing


12
PANDUAN URUS MASA BELAJAR SECARA ATAS
TALIAN (ONLINE)
3. Tetapkan matlamat dan tentukan ganjaran
Pembelajaran atas talian sebenarnya memberi lebih
• Tetapkan matlamat pembelajaran dengan jelas -SMART
fleksibiliti untuk belajar. Walau bagaimana pun • Sediakan ganjaran kendiri apabila selesai semua tugasan
proses pembelajaran atas talian juga merupakan atau topik telah ditetapkan/dijadualkan
cabaran besar yang boleh merumitkan dan
merugikan masa seseorang pelajar andainya gagal 4. Belajar untuk elakkan gangguan
dalam disiplin kendiri. Pengurusan masa • Sepanjang tempoh belajar elakkan melayari atau
merupakan kemahiran yang signifikan ada dalam mengunjungi laman web yang tiada kaitan
aktiviti pembelajaran kaedah online education. • Hentikan sebentar layan media sosial
• Sediakan tempat belajar yang sesuai, selesa
Berikut adalah panduan mudah menangani
dan kurang gangguan
masa untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran • Belajar untuk berkata TIDAK kepada
gangguan, ajakan atau tarikan luar sama ada
1. Sediakan jadual belajar
dari rakan, adik beradik mahu pun ibubapa
• Jadual belajar PdPR disediakan oleh guru/sekolah.
• Pembelajaran kendiri /ulangkaji perlu sediakan
jadual berdasarkan keperluan individu
5. Jangan bertangguh
• Jadual ulangkaji setiap mata pelajaran terutama mata
• Iltizam dan cekal dengan mematuhi penjadualan sepanjang
pelajaran teras dan sukar.
minggu. Berehat panjanglah pada hujung minggu atau cuti umum
• Pastikan masa rehat 20 minit diperuntukkan sebelum
• Jangan bertangguh. Manfaatkan masa seoptimum mungkin!
memulakan mata pelajaran yang baharu.

2. Hadir setiap hari, patuhi jadual belajar 6. Minta bantuan bila perlu
• Pastikan hadir kelas online setiap hari sebagai mana • Bersedia untuk berkomunikasi dan memohon bantuan yang
kehadiran ke sekolah secara bersemuka diperlukan. Anda bukan berada di dunia asing yang terpisah.
• Periksa arahan, modul atau taklimat terkini oleh guru dan • Selesaikan sebarang kesulitan dengan bantuan guru, mentor,
jawablah semua tugasan diberikan dengan peruntukan kaunselor atau rakan sebaya (PRS) sama seperti anda di sekolah.
masa yang sepatutnya. 13
SUMBER & PLATFORM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

B e l a j a r, b e r l a t i h ,
bermain, bertanding,
berkomunikasi di rumah
merupakan amalan dalam
kebiasaan baharu –
dikenali sebagai PdPR

PdPR mesti diikuti dan murid mestilah tahu


bagaimana menggunakan platform pembelajaran
atas talian yang merupakan salah satu kaedah
dicadangkan bagi menjayakan PdPR.
14
KENALI & MANFAATKAN MEDIA SOSIAL
• Facebook merupakan media sosial paling
popular, intraktif dan mudah akses. FB terbukti
mampu menghubungkan antara ahli keluarga,
rakan sebaya dan boleh berkongsi minat,
memuatnaik gambar, video, berbual bahkan
menjual. Pengguna berdaftar boleh mendapat
lebih banyak idea atau input dengan mudah
malah jauh lebih mudah berbanding rujukan di
perpustakaan - dan semuanya adalah percuma.

• Instagram (IG) merupakan


perkhidmatan rangkaian sosial perkongsian
Media Sosial terbukti telah menjadi platform yang
gambar dan video secara dalam talian yang
paling menonjol dan berkesan untuk
dimiliki oleh Facebook, Inc. Instagram
pelajar/remaja masa kini berinteraksi, bertukar
membolehkan pengguna memuat naik gambar
idea, berdebat, mencurahkan idea dengan cara
yang boleh diubah menggunakan penapis
yang paling tersendiri dan inklusif. Media sosial
gambar dan menyebarkannya ke dalam
juga boleh meningkatkan kesedaran, membuka
pelbagai bentuk perkhidmatan rangkaian sosial
peluang untuk persoalan dengan keyakinan akan
termasuklah laman yang mendahuluinya
mendapat jawapan yang relevan atau seperti yang
seperti Facebook atau Twitter
diinginkan.
15
KENALI & MANFAATKAN MEDIA SOSIAL

• Twitter adalah perkhidmatan micro-blogging • LinkedIn adalah rangkaian sosial yang membantu
percuma yang membolehkan ahli berdaftarnya para profesional berhubung antara satu sama lain.
menyiarkan catatan pendek yang dipanggil Tweets. Platform ini menggalakkan ahlinya untuk berhubung
Turut menawarkan kelebihan kepada pelajar kerana dengan individu dan berkongsi maklumat profesional
mereka dapat mengikuti tweet dan menyerap idea dengan rasa kepercayaan dan hasrat untuk
dan memanfaatkannya. Twitter melatih amalan memperluas rangkaian, kerjasama atau keperluan
menulis secara lebih kreatif kepada penggunanya kerjaya masing-masing. Walau pun kurang popular
berbanding rangkaian media sosial yang lain. dalam kalangan umum/pelajar namun mereka tetap
boleh mendapat manfaat dengan terbinanya
• Wikipedia: Wikipedia ditubuhkan pada Januari
rangkaian perhubungan antara ahli profesional dari
2001. Wikipedian adalah komuniti yang dibentuk
pelbagai bidang.
oleh sekumpulan orang yang bekerjasama dengan
kandungan dalam talian untuk membentuk
ensiklopedia bebas/terbuka. Pelajar yang terlibat
• Pinterest adalah media sosial yang memfokuskan
melaksanakan sesuatu projek atau tugasan bolehlah
gambar sebagai medium maklumat dan interaksi.
merujuk Wikipedia selain sumber web yang lain
Pelajar boleh memanfaatkannya dengan mengklik
untuk mendapatkan maklumat. Kepelbagaian jenis
gambar pilihan mereka dan akan dibawa ke halaman
maklumat yang disajikan oleh Wikipedia pastinya
berkaitan di mana penerangan terperinci tentangnya
akan meningkatkan rasa teruja anda kepada
akan diperolehi.
maklumat –dan memudahkan!
16
FAKTA & ANGKA MEDIA SOSIAL GLOBAL
Garis Masa: Sejarah Statistik penggunaan 2020, Kadar pertumbuhan media
Perkembangan Media Sosial Setiap hari – purata 2 jam 24 minit, sosial 9.2% (2019-2020)
1996: Bolt aktif 1996-2007 pengguna berusia 16 hingga 64 tahun Asia:
Insert +16.98%,
your
Insert
1997: Six your
Degrees atau 144 minit (2020) desired+13.92%,
Afrika text here.
desired text here. Amerika Selatan +8.00%,
1997: AOL Instant Messenger + 1.4% dari 142 minit (2019)
1999: LiveJournal, Meningkat 38% dalam 5 tahun Amerika Utara +6.96%,
2000: Habbo, terakhir. Eropah +4.32%,
2002: Friendster Australasia +4.9%
2003: LinkedIn
Insert your . 3.96 bilion
Insertpengguna
your
2004: Facebook
desired text here. desired
dari textbilion
7.11 here.
populasi dunia
(+ 2 kali ganda dari
Monthly Active Users (MAUs) WHO menganggarkan jangka hayat 2.07 bilion(2015)
Facebook - 2.7 juta global 73 tahun.
YouTubeInsert-your
2 juta 2 jam 24 minit = 5.7 tahun atau Purata Pemilikan
desired text here.
WhatsApp - 2 juta 2,080 hari Placeholder
dalam jangka hayat AkaunInsert
olehyour
individu
desired text here.
FB Messenger - 1.3 juta mereka menggunakan media sosial 8.6 akaun 2020
WeChat - 1.2 juta 4.8 akaun 2014

17
KENALI & MANFAATKAN MEDIA SOSIAL
• YouTube pada asalnya dicipta sebagai satu platform • Messaging Apps, (a.k.a. "social messaging" or
untuk sesiapa sahaja menyiarkan kandungan video "chat applications") merupakan satu aplikasi
yang dihasilkan. Pengguna dapat memanfaatkan pemesejan segera dan popular. Aplikasi ini mudah
laman web ini untuk memuat naik, berkongsi, dan digunakan untuk menyampaikan mesej, menghantar
melihat kandungan tanpa sekatan. Youtube kini maklumat segera, membuat pembayaran atau sekadar
merupakan satu laman web pengedaran video maya memberikan tanda emosi dan ucapan. Di antara
utama di dunia. Guru dan murid boleh menggunakan aplikasi popular adalah WhatsApp, FB Messenger,
YouTube untuk memperkenalkan topik, menerangkan WeChat, QQ, Line, Viber, Snapchat, Signap dan
aktiviti, memotivasi murid atau sekadar memperluas sebagainya.
maklumat yang boleh disampaikan melalui
pembelajaran atas talian. Realitinya kini lebih ramai
individu yang mempunyai komuniti atau pengikut yang
dibentuk menggunakan platform Youtube.

Rumusannya “ Guru boleh integrasikan media social sebagai medium


penyampai isi pembelajaran dan mendapatkan maklum balas murid. Guru
boleh gunakan Youtube, meminta murid membuat latihan menggunakan
aplikasi telegram, murid membuat persembahan setelah meneroka sumber
Wikipedia dan pinterest, dan seterusnya menggunakan facebook atau twitter
untuk menjawab soalan/tugasan/pertanyaan lain”
18
Penutup
Adalah diharapkan e-book panduan ringkas ini dapat menjadi penggerak atau inspirasi
kepada jurulatih/pembimbing PRS dan guru Bimbingan Kaunseling di sekolah-sekolah
Pulau Pinang khususnya meneruskan latihan, bimbingan dan aktiviti PRS sekolah
masing-masing dalam situasi krisis masa kini.

Matlamat menyediakan PRS sebagai pembantu dan pemimpin murid untuk masa
hadapan sekolah hendaklah sentiasa diutamakan. Apa sahaja halangan atau cabaran
perlulah dihadapi bagi memastikan tangungjawab membimbing dan mendidik murid-
murid kita dalam semua aspek perkembangan diri mereka dapat ditunaikan.

Tugas jurulatih dan pembimbing PRS adalah memastikan PRS dapat berfungsi dalam
apa jua situasi dan cabaran, sebagai cerminan keupayaan dan iltizam guru sendiri
berperanan dalam situasi krisis sebegini. Mendidik murid memahami krisis dan melatih
atau mengajar mereka mendepani dan menangani sebarang bentuk cabaran kehidupan
adalah sumbangan besar guru pembimbing /guru Bimbingan Kauseling kepada proses
pendidikan negera

19
RUJUKAN, NOTA & MAKLUMAT SOKONGAN
Pendidikan Sepanjang Krisis COVID-19
https://www.ideas.org.my/pendidikan-sepanjang-krisis-covid-19/

Memanfaatkan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19


https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1843907

Education in New Normal -


https://www.oliverwyman.com/content/dam/oliver-
wyman/v2/publications/2020/jun/Education_In_The_New_Normal.pdf

The New Normal of Education: A psychological perspective


https://www.educationworld.in/the-new-normal-of-education-a-psychological-perspective/

Teaching in Times of Crisis


https://www.educationworld.in/the-new-normal-of-education-a-psychological-perspective/

Wikipedia
https://www.wikipedia.org/

20
Terima Kasih
Panduan Latihan PRS (edisi ringkas) ini dihasilkan dengan
sokongan dan kerjasama penuh dari Unit Hal Ehwal Murid JPNPP
–khususnya Pegawai Kaunseling & Kerjaya Murid, Majlis Guru
Kaunseling Kebangsaan Pulau Pinang @PenangCounsellor dan
PRS Penang2020

MOHD ZAKARIA ZAIN


ZALILAH GHAZALI
Februari 2021

21

Anda mungkin juga menyukai