Anda di halaman 1dari 12

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 3
2.0 Definisi Laras Bahasa 3
2.1 Analisis Laras Bahasa 3-4
3.0 Kesimpulan 5
4.0 Sumber Rujukan 6
5.0 Lampiran 7

1
1.0 Pengenalan

Laras bahasa adalah sesuatu yang amat penting dalam sesebuah penulisan. Ianya
akan berubah-ubah mengikut situasi yang berlainan. Penulisan ini akan menganalisis
penggunaan laras bahasa ilmiah dalam sebuah artikel penulisan ilmiah yang
terdapat pada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2.0 Definisi Laras Bahasa

Menurut Asmah Hj Omar (1984) dalam penulisan oleh Abdul Razak Abdul Karim
(2010), laras bahasa adalah kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang,
seperti bidang ilmu dan bidang sosial. Bermakna, kata-kata, struktur, susunan ayat
dan sebagainya akan berbeza mengikut kepada bidang seseorang penutur atau
penulis dan berbeza mengikut pendengar penutur. Manakala, dalam penulisan Lukin,
Herke, Moore, Wegener, & Wu (2011), Halliday (1985/89) mendefinisikan laras
bahasa sebagai perbezaan bahasa berdasarkan situasi yang berbeza. Maka, laras
bahasa akan berubah-ubah mengikut kepada situasi yang dihadapi oleh seseorang
penutur atau seseorang penulis tersebut. Ianya turut mengambil kira matlamat
penulis atau matlamat penutur, bidang penulis atau bidang penutur, dan pembaca
atau pendengar.

2.1 Analisis Laras Bahasa

Artikel yang akan dianalisis diambil daripada Dewan Masyarakat, bilangan 9, terbitan
tahun 2020. Tajuk artikel adalah ‘Menangani Ketidaksamaan Isi Rumah Rakyat
Malaysia’ hasil penulisan Rohami Shafie. Di dalam artikel ini, isu kekayaan dan
pendapatan rakyat yang berbeza dan strategi-strategi penyelesaian dibincangkan.

Analisis laras bahasa ini akan dimulakan dengan struktur ayat yang
digunakan oleh penulis. Penulis menulis artikel ini menggunakan ayat-ayat yang
panjang. Hal ini adalah disebabkan situasi penulis yang perlu menyesuaikan
pernyataan ideanya dengan topik yang dibincangkan. Penulisan ilmiah seperti artikel
ini memerlukan banyak penerangan dan juga maklumat yang diperlukan untuk
memastikan tidak berlaku salah intepretasi oleh pembaca. Perkara ini dapat dilihat
pada setiap perenggan pada artikel ini yang mana kesemuanya mempunyai
penerangan mengenai maklumat-maklumat yang dinyatakan pada perenggan-
perenggan pada artikel ini secara terperinci. Elaborasi oleh penulis juga dilakukan

2
dengan cara yang baik bagi memastikan maklumat yang dapat disampaikan adalah
jelas. Hal ini amatlah berbeza jika dibandingkan dengan penulisan bukan ilmiah.
Penulisan bukan ilmiah tidak mempunyai struktur yang tetap. Tetapi, penulisan
bukan ilmiah seperti penulisan kreatif mempunyai struktur ayat yang unik dan
tersendiri mengikut kepada jenis sesuatu penulisan kreatif itu. Walau bagaimanapun,
dalam penulisan ilmiah, struktur ayat amatlah kritikal kerana ianya dapat memastikan
penyampaian idea dapat disampaikan oleh penulis dengan jelas.

Seterusnya, adalah kewujudan penggunaan penanda wacana oleh penulis


artikel ini. Pada artikel ini, penulis menggunakan penanda wacana untuk memastikan
kesinambungan idea-ideanya jelas. Penggunaan kata seperti ‘Kesannya,…’,
‘Misalnya,…’, ‘Di samping itu,…’, dan sebagainya dapat dilihat pada artikel ini.
Penanda wacana dalam penulisan ilmiah amat penting bagi memastikan pembaca
dapat mengatahui peralihan idea pada satu-satu artikel. Ianya akan dapat membantu
pembaca untuk menyedari idea-idea yang berlainan pada satu-satu perenggan dan
juga mengenal pasti kaitan idea-idea dengan lebih mudah. Bagi penulisan lain,
seperti penulisan kreatif, penanda wacana tidak terlalu diperlukan dan juga tidak
sering digunakan. Hal yang demikian menyebabkan penulisan kreatif memerlukan
pengamatan yang tinggi jika ingin dianalisis dan perkara tersebut juga yang telah
menimbulkan unsur keunikan pada karya-karya penulisan kreatif di negara kita
seperti karya-karya syair, pantun, dan sebagainya. Namun, bagi penulisan ilmiah,
kejelasan dan pemahaman oleh pembaca amatlah penting bagi memastikan idea
yang ingin disampaikan tepat dan jelas. Disebabkan kaedah penulisan ilmiah yang
sukar untuk dibaca yang penuh dengan maklumat, tanpa penanda wacana,
kemungkinan salah interpretasi boleh berlaku.

Selain itu, penulis juga turut menunjukkan ciri penulisan ilmiah yang banyak
mengimbangi penulisannya dengan data dan fakta. Penulis artikel ini menyelitkan
fakta dan data hampir di kesemua perenggan penulisannya. Selain itu, fakta yang
diambil bagi penulisannya juga menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi kerana
penulis artikel ini telah mengambil maklumat tersebut daripada pernyataan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu jabatan yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan pengumpulan data bagi maklumat yang digunakan oleh penulis
mengenai pemberatan pendapatan rakyat Malaysia. Berbeza dengan penulisan
bukan ilmiah, penulisan artikel ini perlu diiringi dengan fakta dan data bagi
menunjukkan bahawa penulis mengarang penulisannya berdasarkan kajian ataupun
pengumpulan data yang dijalankan secara saintifik. Penulisan ilmiah perlulah cermat,
tepat, benar dan tidak membuat andaian (Sivachandralingam, 1999). Hal tersebut

3
amat penting bagi memastikan data ataupun fakta yang dinyatakan dalam penulisan
ilmiah boleh dipercayai dan secara tidak langsung akan meningkatkan mutu sesuatu
penulisan ilmiah.

Akhir sekali, penulis menulis artikel ini tanpa ada wujudnya unsur persuasif
atau terlalu berpegang kepada pendapat atau pendiriannya sendiri. Dalam artikel ini,
penulis menyuarakan fakta-fakta dan menyatakan beberapa pendapatnya pada
bahagian terakhir penulisannya ini. Walaupun ianya dilabel sebagai pendapat,
namun, penulis menyatakannya berdasarkan fakta dan data yang sahih. Selain itu,
strategi dan pendapat yang dinyatakan oleh penulis tidak melampau dan tidak
menggunakan perkataan-perkataan yang menunjukkan penulis terlalu berpegang
teguh kepada pernyataannya. Penulis hanya menyatakan strategi yang pada
pendapatnya mungkin akan mendatangkan kesan yang positif dalam menangani
masalah mengenai isu yang dibincangkan pada artikelnya. Adalah penting bagi
seseorang yang menulis sesebuah penulisan ilmiah untuk tidak menyuarakan dan
mempertahankan pendapat peribadi dalam penulisannya. Penulisan ilmiah yang baik
perlulah bersifat objektif dan hanya menyatakan perkara-perkara yang perlu
dinyatakan secara tidak bersifat berat sebelah terhadap sesuatu keadaan yang
dibincangkan. Perkara ini amat berbeza dengan penulisan bukan ilmiah seperti
penulisan artikel blog persendirian yang banyak menunjukkan ciri-ciri penulisan yang
menunjukkan sifat subjektif. Ini juga dapat dilihat pada penulis jurnal bagi media-
media berita di seluruh dunia yang menunjukkan data yang dikumpul oleh (Laura,
2019), yang mana membuktikan para penulis berita seluruh dunia semakin bersifat
subjektif pada penulisan mereka.

3.0 Kesimpulan

Penulisan ilmiah amat mementingkan penggunaan laras bahasa. Penggunaan laras


bahasa yang cemerlang dan betul dapat memastikan penyampaian idea dalam
sesebuah penulisan ilmiah jelas dan tepat. Struktur ayat, penggunaan penanda
wacana, pengisian data, dan sumber data perlu diambil berat bagi memastikan
penulisan yang dilakukan memenuhi kriteria-kriteria sesebuah penulisan akademik.
Oleh itu, penulis-penulis perlulah peka dengan penggunaan laras bahasa ilmiah
dalam mengarang sesuatu penulisan ilmiah bagi memastikan kualiti penulisan dapat
mencapai tahap yang sepatutnya dicapai bagi sesuatu penulisan ilmiah itu.

4
4.0 Sumber Rujukan

Ab. Razak, A. K. (2010, Januari). ANALISIS LARAS RESEPI MELAYU. Retrieved


from ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/308723717_ANALISIS_LARAS_RE
SEPI_MELAYU

Anabelle, L., Alison, R. M., Maria, H., & Rebekah K, W. (2011, May). Halliday's
model of register revisited and explored. Retrieved from ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/274305240_Halliday's_model_of_re
gister_revisited_and_explored

Laura, H. O. (2019, Mei 14). U.S. journalism really has become more subjective and
personal — at least some of it. Retrieved from NiemanLab:
https://www.niemanlab.org/2019/05/u-s-journalism-really-has-become-more-
subjective-and-personal-at-least-some-of-it/

Shafie, R. (2020. Bil9). Menangani Ketidaksamaan Isi Rumah Rakyat Malaysia. In D.


B. Pustaka, Dewan Masyarakat (pp. 51-53). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sivachandralingam, S. R. (1999, April 26). PEMIKIRAN DAN PENULISAN ILMIAH.


Retrieved from Lelaman Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya Kuala Lumpur:
http://sejarahum.tripod.com/pensyarah/sivaAKADEMIK.html#Bahagian5

5
6.0 Lampiran
Artikel Majalah Masyarakat

6
7
8
9
10
11
12

Anda mungkin juga menyukai