Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Pertama sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan
Guru Kampus Tawau kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus
ini dengan menyediakan kemudahan seperti Wi-Fi bagi memudahkan kami mendapatkan
bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami. Kami juga mengucapkan terima
kasih kepada Puan Noraini binti Zakaria, Puan Daisy Anak Benedict Bamsa dan Puan
Loretta @ Lily Polus yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan kepada
kami dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam
membantu kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, harapan kami agar segala
tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami di samping
dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang
cemerlang.

Selain itu, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri
terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang
berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai