Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran dan membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri membolehkan pelajar belajar mengikut
minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pelajar juga
mendapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui
pembelajaran akses kendiri.
Pembelajaran akses kendiri sangat berfaedah dalam proses pembelajaran
seseorang pelajar. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk mengenalpastikan gaya
pembelajaran regulasi kendiri yang telah saya aplikasikan semasa di sekolah dan gaya
pembelajaran yang akan saya aplikasikan dan sesuai untuk diaplikasikan dalam
persekitaran institut pendidikan guru (IPG). Dengan mengetahui gaya pembelajaran
kendiri di sekolah, saya dapat mengubahkan gaya pembelajaran kendiri dan
mengaplikasikan mana yang sesuai dalam persekitaran institut pendidikan guru (IPG).

Soalan 1: Esei

2.0 Pemahaman tentang Pembelajaran Regulasi Kendiri

Mengikut pemahaman saya, pembelajaran regulasi kendiri merupakan proses


pembelajaran yang mana pelajar bertanggungjawab dan berpeluang mengurus serta
menentukan pembelajaran mereka termasuklah matlamat pembelajaran, maklumat serta
alat-alat pembelajaran dan juga gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan diri.

2.1 Sekolah

Sekolah merupakan tempat permulaan pelajar mengenali pembelajaran regulasi


kendiri. Sejak dari sekolah rendah, murid bermula untuk mengenali pembelajaran
regulasi kendiri dan terbentuknya pembelajaran regulasi kendiri yang sesuai
pada sekolah menegah.

2.1.1 Sekolah Rendah


Pada peringkat sekolah rendah, saya telah bermula untuk mengenali
apa itu pembelajaran regulasi kendiri tetapi belum lagi melakukannya
sepunuhnya. Pada peringkat sekolah rendah, saya lebih kepada
mengikuti nasihat dan pengajaran yang ibu bapa dan guru-guru
memberi kepada saya. Saya membuat kerja rumah yang diberikan

1
oleh guru-guru di sekolah pada waktu petang dan menbuat ulangkaji
pelajaran setiap malam seperti mana yang ditetapkan oleh ibu bapa
saya.
Pada masa itu, saya kurang melaksanakan pembelajaran
regulasi kendiri sehinggalah darjah enam sekolah rendah. Pada tahun
tersebut, saya merupakan calon untuk menduduki peperiksaan UPSR
yang merupakan peperiksaan yang paling di sekolah rendah. Pada
tahun tersebut, ibu bapa saya tidak lagi mengawal pembelajaran saya
sebaliknya mereka memberi kebebasan untuk menguruskan segala
hal berkaitan dengan pembelajaran saya. Maka masa tersebutlah
saya mula untuk mengenali gaya pembelajaran saya dan
mengaplikasikan pembelajaran regulasi kendiri yang sesuai dalam
pembelajaran saya. Saya telah merancangkan dan menghasilkan
sebuah jadual waktu supaya saya dapat mengadakan ulangkaji
pelajaran saya dengan lebih sistematik. Selain itu, saya juga memilih
alat-alat pembantu pembelajaran seperti kamus-kamus dan buku-
buku rujukan mengikut keperluan saya. Di samping itu, saya telah
berusaha untuk mengenali gaya pembelajaran yang paling sesuai
untuk saya dan akhirnya saya dapati bahawa saya hendaklah
membuat ulangkaji dalam keadaan yang senyap dan tiada gangguan
supaya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Saya juga
menentukan matlamat supaya dapat memotivasikan diri sendiri untuk
berusaha lebih dalam pembelajaran. Dengan mengaplikasikan gaya
pembelajaran regulasi kendiri yang sesuai saya mendapati bahawa
proses pembelajaran saya menjadi lebih berkesan.

2.1.2 Sekolah Menengah


Pada peringkat sekolah menengah pula, saya mula mengubahkan
serta menambahbaikan gaya pembelajaran kendiri saya. Saya telah
mengaplikasikan teknik pembelajaran baru pada peringkat sekolah
menengah kerana perbezaan persekitaran sekolah serta perbezaan
silibus. Walau bagaimanapun, gaya pembelajaran regulasi kendiri
yang sesuai untuk diaplikasikan di sekolah menengah tetap saya
aplikasikan seperti penghasilan jadual waktu, penetapan matlamat
dan pemilihan alat-alat pembantu pembelajaran yang sesuai.
Saya telah mengubah cara belajar saya. Saya masih
memerlukan keadaan yang senyap dan tiada gangguan untuk

2
menjalankan ulangkaji saya tetapi saya telah mengubahkan masa
ulangkaji saya dari waktu malam kepada waktu awal pagi kerana saya
mendapati bahawa saya dapat menumpukan perhatian dengan lebih
mudah pada awal pagi. Di samping saya membuat ulangkaji, saya
akan membuat nota supaya dapat mengingati isi kandungan
pembelajaran. Dengan adanya bantuan nota ringkas, saya dapat
membuat ulangkaji dengan lebih senang pada musim peperiksaan
terutamanya saat-saat terakhir. Selain itu, saya tidak lagi membuat
ulangkaji selepas cikgu mengajar di sekolah. Sebaliknya saya akan
membuat ulangkaji sebelum cikgu mengajar silibus tersebut di
sekolah supaya saya akan lebih memahami isi kandungan silibus
tersebut. Saya juga akan membuat soalan-soalan latihan yang banyak
supaya mahir dalam teknik pengiraan. Seterusnya, saya
mengubahkan sikap saya yang tidak suka bertanya kepada selalu
bertanya. Saya akan bertanya kepada cikgu di sekolah tentang
soalan-soalan yang kurang memahami supaya cikgu boleh memberi
penjelasan yang lebih teliti. Dengan pengubahan gaya pembelajaran
regulasi kendiri, saya mendapati bahawa saya dapat memahami
silibus pembelajaran dengan lebih dalam. Saya juga lebih mahir
dalam menjawab soalan-soalan dalam peperiksaaan kerana telah
membuat banyak latihan. Pada musim peperiksaan pula, saya tidak
perlu membuat ulangkaji sehingga lewat malam kerana saya hanya
perlu membuat ulangkaji dengan bantuan nota ringkas saya. Oleh
yang demikian, saya mempunyai tenaga yang mencukupi dan dapat
menumpukan perhatian untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

2.2 Institut Pendidikan Tinggi

2.2.1 Institut Pendidikan Guru (IPG)

Secara umumnya, kehidupan serta persekitaran di IPG juah berbeza


dengan keadaan di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
IPG merupakan institut pendidikan tinggi yang khas untuk melatih
bakal guru. Dalam persekitaran yang demikian, gaya pembelajaran
regulasi kendiri perlu ditambahbaikan dan diubahsuaikan supaya gaya
pembelajaran regulasi kendiri sentiasa sesuai dengan keadaan
persekitaran. Dalam IPG, pelajar akan sibuk dengan kuliah, kerja

3
kursus, tutorial, pembentangan dan aktiviti-aktiviti anjuran pihak IPG
mahupun anjuran pihak luaran. Pelajar di IPG bukan sahaja sibuk
dengan kuliah dan kerja kursus tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti
sukan. Oleh yang demikian, pengurusan masa merupakan perkara
yang paling penting di persekitaran IPG. Selain itu, peraturan IPG
yang telah ditetapkan perlu dipatuhi oleh pelajar. Pelajar hendaklah
belajar untuk mengikut arahan dan peraturan serta mendisiplinkan diri
sendiri. Seterusnya, kebanyakan pelajar IPG tinggal di asrama institut.
Oleh yang demikian, penyesuaian sosial perlu dipelajari oleh pelajar
IPG dan diaplikasikan sepanjang hidup di asrama dan di luar
(masyarakat) nanti. Tuntasnya, pelajar perlulah belajar untuk
menyesuaikan diri di persekitaran IPG dengan usaha yang berterusan
kerana persekitaran di IPG sangat berbeza dengan persekitaran di
sekolah menengah.

2.2.2 Institut Pendidikan Tinggi Awam

Dalam persekitaran IPTA pula, pelajar juga perlu menghadapi kuliah,


kerja kursus, tutorial dan pembentangan. Oleh yang demikian,
pengurusan masa juga penting di IPTA. Pelajar di IPTA diberi
kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Peyertaan
aktiviti-aktiviti anjuran pihak IPTA ataupun pihak luaran tidak
diwajibkan. Peraturan di IPTA juga tidak sebanyak seperti di IPG.
Mereka hanya perlu memastikan segala pakaian dan penampilan
mereka kemas dan sopan sahaja. Pelajar di IPTA mempunyai masa
yang lebih banyak berbanding dengan pelajar di IPTA walaupun masa
kuliah mereka mungkin lebih panjang.
Selain itu, pelajar IPTA biasanya tinggal di luar institut. Hal ini
demikian kerana IPTA biasanya tidak mempunyai bilik asrama yang
mencukupi untuk menampung bilangan pelajar yang ramai ataupun
tidak menyediakan perkhidmatan asrama bagi pelajar mereka. Oleh
yang demikian, pelajar IPTA biasanya tinggal di rumah sewa luar
institut dan budaya kehidupannya adalah berbeza dengan budaya
kehidupan dalam asrama. Penyesuaian sosial akan menjadi masalah
kepada sesetengah pelajar pada masa yang akan datang.

4
2.2.3 Institut Pedidikan Tinggi Swasta

Persekitaran di IPTS lebih kurang sama dengan persekitaran di IPTA.


Pelajar di IPTS juga sibuk dengan kuliah, kerja kursus, tutorial dan
pembentangan. Kehadiran bagi aktivit-aktiviti juga tidak diwajibkan.
Perkhidmatan asrama biasanya juga tidak disediakan. Jika disediakan
perkhidmatan asrama, bayaran yang tinggi diperlukan. Oleh yang
demikian, teknik penyesuaian sosial akan menjadi masalah apabila
pelajar IPTS bekerja nanti. Pelajar yang belajar di IPTS biasanya
memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana perlu membayar yuran
yang tinggi tambahan dengan kos kehidupan dan pembayaran rumah
sewa. Oleh itu, pengurusan wang amat penting bagi pelajar IPTS.

2.3 Rumusan

Secara umumnya, persekitaran di sekolah rendah dan sekolah menengah adalah


berbeza berbanding dengan persekitaran di institut pendidikan tinggi. Justeru,
gaya pembelajaran regulasi kendiri perlu sentiasa diubahsuaikan dan
ditambahbaikan supaya sesuai dengan keadaan di persekitaran institut
pendidikan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, segala urusan
harian seperti makanan, pengangkutan dan sebagainya diuruskan oleh ibu bapa
tetapi di institut pendidikan tinggi pula, segalanya perlu diuruskan oleh diri
sendiri. Maka bukan sahaja gaya pembelajaran regulasi kendiri perlu diubahkan,
cara kehidupan seharian juga perlu diubahkan kerana perlu berhidup dengan
berdikari. Cara bersosial di sekolah juga berbeza dengan cara bersosial di institut
pendidikan tinggi. Di institut pendidikan tinggi, pelajar akan bertemu dengan
beribu-ribu orang yang terdiri daripada pelbagai sikap dan penampilan. Oleh
yang demikian, teknik penyesuaian sosial amat penting di institut pendidikan
tinggi berbanding dengan sekolah. Selain itu, pengurusan masa dan wang juga
amat penting bagi pelajar di institut pendidikan tinggi kerana tanpa pengurusan
masa dan wang yang baik, pelajar akan menghadapi masalah yang teruk sama
ada dalam pembelajaran mahupun kehidupan harian. Kesimpulannya, gaya
pembelajaran regulasi kendiri di sekolah rendah dan sekolah menengah yang
telah saya aplikasikan perlu ditambahbaikan dan diubahsuaikan bagi
menyesuaikan dan menyenangkan diri sendiri dalam keadaan institut pendidikan
tinggi.

5
3.0 Gaya Pembelajaran yang akan Saya Aplikasikan dalam Persekitaran Institut
Pendidikan Guru (IPG)

3.1 Kemahiran Mendengar


Pada pemandangan saya dan nasihat-nasihat daripada pensyarah-pensyarah di
IPG, saya mendapati bahawa kemahiran mendengar sangat penting untuk saya
amalkan dan aplikasikan di persekitaran IPG. Dengan kemahiran tersebut, saya
akan mendapat segala maklumat, ilmu serta arahan yang diberikan oleh
pensyarah mahupun pihak IPG.
3.2 Kemahiran Bercakap
Kemahiran bercakap juga penting untuk saya amalkan dan aplikasikan di
persekitaran IPG. Hal ini demikian kerana sebagai seorang bakal guru, saya
perlu mahir untuk bercakap. Kemahiran bercakap ini juga akan membantu saya
dalam kuliah, tutorial dan pembentangan saya. Saya bertanya serta berbincang
segala yang tidak faham dengan rakan-rakan saya dan pensyarah. Dalam kelas
tutorial pula, saya dapat membuat pembentangan saya dengan lebih yakin dan
menyampaikan maklumat dengan lebih tepat. Kemahiran bercakap ini bukan
sahaja dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran malahan juga dapat
diaplikasikan dalam kehidupan di asrama IPG. Dengan adanya kemahiran
bercakap, saya akan hidup lebih mesra dengan rakan-rakan di asrama kerana
tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencederakan perasaan orang lain.
3.3 Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang sangat penting dalam
persekitaran IPG. Saya akan berusaha untuk belajar cara membaca yang
berkesan. Hal ini demikian kerana dalam persekitaran IPG, banyak maklumat
serta buku-buku rujukan yang perlu saya baca. Oleh itu, saya perlu
mengaplikasikan kemahiran membaca yang berkesan semasa membaca. Saya
mendapati bahawa saya perlu membaca dengan matlamat tertentu dan kelajuan
mengikuti matlamat. Saya juga boleh menggunakan teknik kata kunci untuk
membantu saya memahami dan mengingati maklumat yang dibaca. Kemahiran
membaca ini sangat berguna kepada semua pelajar di institut pendidikan tinggi
termasuklah institut pendidikan guru.
3.4 Kemahiran Menggunakan ICT
Penggunaan bahan ICT seperti komputer riba, internet, telefon pintar dan
sebagainya tidak dapat dielakkan di institut pedidikan tinggi. Penggunaan
computer riba untuk menghasilkan kerja kursus sudah menjadi sesuatu yang
biasa dalam persekitaran IPG dan internet juga telah menjadi sumber utama para

6
pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan berbanding dengan
mencari maklumat di perpustakaan. Penggunaan ICT di persekitaran IPG telah
memudahkan kerja para pelajar dan juga pensyarah.
3.5 Pengurusan Masa
Pelajar di IPG sangat sibuk dengan kuliah, kerja kursus, tutorial, pembentangan,
ulangkaji pelajaran dan aktiviti-aktiviti anjuran pihak IPG mahupun pihak luaran.
Oleh yang demikian, pengurusan masa adalah sangat penting bagi pelajar di
IPG. Dengan pengurusan masa yang baik, pelajar dapat menyiapkan semua
kerja dalam masa yang ditetapkan dan juga dapat melibatkan diri dalam pelbagai
aktivit anjuran pihak IPG dan pihak luaran. Di samping itu, pelajar juga
mempunyai masa yang lebih untuk bersenam dan masa yang cukup untuk
berehat supaya kesihatan pelajar sentiasa terjaga. Oleh itu, saya akan
mengaplikasikan pengurusan masa yang baik di persekitaran IPG.
3.6 Pengurusan Maklumat
Dalam persekitaran IPG, banyak maklumat akan disampaikan oleh pensyarah
kepada para pelajar, tambahan pula dengan maklumat tambahan daripada hasil
carian pelajar dari internet dan perpustakaan. Maklumat-maklumat tersebut perlu
mempunyai pengurusan yang baik supaya dapat digunakan dengan sempurna.
Oleh yang demikian, sistem fail yang sistematik diperlukan bagi mengatasi
maklumat yang banyak. Nota ringkas untuk setiap subjek juga perlu dihasilkan
bagi memudahkan proses mengulagkaji pelajaran. Hal ini demikian kerana
senang untuk mendapat rujukan di nota ringkas yang dihasilkan. Pengurusan
maklumat yang sistematik perlu saya pelajari dan aplikasikan di persekitaran
IPG.
3.7 Penyesuaian Sosial
Sebagai seorang pelajar di IPG, saya akan tinggal di asrama IPG. Justeru, saya
hendaklah berusaha untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan di asrama.
Kehidupan di asrama berbeza dengan kehidupan di rumah. Dalam asrama, saya
perlu membuat segala urusan sendiri seperti mencuci baju, menyidai baju,
menyediakan makanan untuk diri sendiri dan sebagainya. Saya perlu hidup
berdikari tanpa bergantung kepada orang lain. Selain itu, saya juga perlu belajar
untuk bergaul dengan rakan-rakan di asrama yang terdiri daripada pelbagai
sikap, budaya dan agama. Saya perlu mengenali budaya dan agama mereka
supaya tidak menimbulkan perselisihan faham. Penyesuaian diri saya dalam
sosial asrama amat penting kerana dapat teknik penyesuaian tersebut juga dapat
diaplikasikan apabila saya bekerja nanti.

7
Soalan 2: Peta Minda

4.0 Peta Minda

8
5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, gaya pembelajaran regulasi kendiri hendaklah sentiasa berubah


mengikut persekitaran supaya gaya pembelajaran sentiasa sesuai dengan keadaan. Gaya
pembelajaran yang telah saya amalkan di sekolah rendah dan sekolah menengah perlu
diubahkan supaya sesuai dengan persekitaran di IPG. Antara gaya pembelajaran yang akan
saya aplikasikan di persekitaran IPG adalah kemahiran mendengar, kemahiran bercakap,
kemahiran membaca, kemahiran menggunakan ICT, pengurusan masa, pengurusan
maklumat dan penyesuaian sosial. Dengan perubahan gaya pembelajaran kendiri, saya
yakin bahawa saya dapat menyesuaikan diri di persekitaran IPG dengan mudah. Dengan
mengaplikasikan kemahiran membaca, mendengar bercakap dan menggunakan ICT serta
pengurusan maklumat yang sistematik, saya dapat memanfaatkan pembelajaran saya. Saya
dapat membaca dengan teknik yang betul, mendapat segala maklumat serta arahan,
menggunakan bahan ICT dengan sempurna, bercakap dengan yakin dan mendapatkan
maklumat yang diperlukan dengan mudah. Tambahan dengan pengurusan masa yang baik,
saya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang
ditetapkan dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Akhir sekali, penyesuaian sosial juga
penting untuk saya mengaplikasikan dalam persekitaran IPG. Hal ini demikian kerana dalam
persekitaran IPG, saya akan bertemu dengan pelbagai orang yang berlainan sikap. Oleh itu,
saya perlu mempelajari cara untuk bersosial supaya kehidupan di IPG menjadi lebih
bermakna dan saya boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat apabila bekerja nanti.
Justeru, saya perlu mengaplikasikan gaya regulasi kendiri yang dinyatakan di persekitaran
IPG sepanjang pembelajaran saya di IPG.

9
6.0 Refleksi
Saya Chia Zhen Feng, pelajar PPISMP Semester 1 Unit Bahasa Cina. Melalui tugasan
yang diberi oleh pensyarah kursus GKB1053 Kemahiran Belajar, Encik Vasudevan
Ramasamy telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru kepada saya. Saya
telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah belajar semasa saya
berada di sekolah menengah. Saya berasa sangat bersyukur kerana saya telah diberi
ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja
kursus ini ialah bincagkan gaya pembelajaran regulasi kendiri yang telah saya aplikasikan
di sekolah dan yang akan saya aplikasikan di IPG. Sepanjang menjalankan tugasan kerja
kursus ini, saya berpeluang untuk mengetahui gaya pembelajaran regulasi kendiri yang
sesuai untuk diaplikasikan di IPG.
Pertama sekali apabila saya menerima tugasan ini, persoalan pertama yang timbul
dan muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja
kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang
lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Situasi ini sedikit sebanyak telah
memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan yang telah
diamanahkan. Walaubagaimanapun, saya tetap tidak pernah berputus asa dan tidak
memberi banyak alasan serta helah untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang
telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana saya mendapati bahawa soalan
tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk yang dibincangkan
bukanlah suatu tajuk yang asing bagi saya. Malah, tajuk tersebut merupakan gaya
pembelajaran diri sendiri di sekolah rendah dan menengah serta di IPG. Saya hanya perlu
berkongsi tentang pembelajaran regulasi kendiri di sekolah rendah dan sekolah
menengah sahaja.
Di samping itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk mencari buku-buku rujukan
yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk tugasan. Hal ini demikian kerana buku-buku
yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang terdapat di pusat sumber adalah terhad.
Tambahan pula, kekangan dari segi masa juga menyukarkan saya untuk bertandang ke
perpustakaan. Selain itu, semasa mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
tugasan di laman internet juga merupakan satu cabaran kepada saya. Hal ini demikian
kerana, bukanlah mudah untuk mencari sesuatu bahan yang betul-betul sahih di dalam
laman sesawang kerana terdapat sesetengah laman telah ditokok tambah isi
kandungannya dengan kandungan-kandungan yang negatif.

10
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang telah saya nyatakan di atas, saya telah
berusaha untuk mengambil inisiatif untuk berbincng dan berkolaborasi dengan rakan-
rakan sekelas dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini banyak
membantu saya untuk menyiapkan tugasan dengan sempurna kerana saya berpeluang
untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan
tugasan dan apabila terdapat kekeliruan terhadap tajuk tugasan. Selain itu, saya juga
meluangkan masa untuk bersama-sama rakan memilih bahan-bahan yang tepat,
berkongsi idea dan pendapat, pengetahuan serta kemahiran. Kolaborasi sebegini telah
banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Dengan melaksanakan tugasan ini, saya menjadi lebih memahami tentang gaya
pembelajaran diri sendiri. Saya mendapati bahawa gaya pembelajaran regulasi kendiri
yang sesuai diaplikasikan di IPG. Hal ini sangat penting bagi saya kerana saya akan
menuntu ilmu di persekitaran IPG selama lima tahun. Dengan pengenalan gaya
pembelajaran yang sesuai, saya yakin bahawa kehidupan saya akan menjadi lebih
senang di IPG nanti.
Selepas menyempurnakan tugasan ini, saya telah mendapati bahawa semangat
kerjasama merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diamalkan.Hal ini demikian
kerana melalui semangat bekerjasamalah kami dapat berbincang dan seterusnya
menghasilkan kerja kursus yang berkualiti. Selain itu, kemahiran yang tinggi terhadap
penggunaan komputer juga merupakan suatu perkara yang wajib kerana secara
keseluruhannya tugasan ini perlu disiapkan dengan menggunakan komputer.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik
Vasudevan Ramasamy atas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk ajar
dan membimbing saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beliau juga
mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menerangkan dengan jelas dan terperinci
tentang tugasan ini dan akhirnya saya mampu menyempurnakan tugasan yang diarah
oleh beliau tepat pada masa yang telah ditetapkan.

11
Lampiran

Buku-buku nota

Contoh-contoh jenis peta I-THINK untuk membuat nota

Sistem fail yang sistematik

12
Contoh jadual waktu

Penggunaan bahan-bahan ICT

Penggunaan Internet

13
Senarai Rujukan

1.Ames, C., & Archer, J. , 1988. Achievement goals in the classroom: Students' learning

strategies and motivation processes. Journal of Educational Psychology, 80(3),

260–267.

2.Bong, M., & Clark, R. E., 1999. Comparison between self efficacy in academic

motivation research. Educational Psychology, 34(2), 139–153.

3.Chua, Y. P., 2009. Kaedah penyelidikan (Buku 5). Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

4.Ergul, H., 2004. Relationship between student characteristic and academic

achievement in distance education and application on students of Anadolus

University. Turkish Online Journal of Distance

5.EducGaravalia, L. S., & Gredler, M. E., 2002. An exploratory study of academic goal

setting, achievement calibration and self-regulated learning. Journal Instructional

Psychology,29(4),221–213.Nation-TOJDE,5(2).Dipetikdaripada

https://tojde.anadolu.edu.tr/tojde14/articles/ergul.html

6.Khairul Azhar Mat Daud, 2009. Kesan sistem pembelajaran arahan kendiri secara atas

talian (e-solms) terhadap motivasi dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri

pelajar.Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

7.Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006. Perancangan dasar dan penilaian kurikulum.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

8.Lee, M., 2002. Education in crisis. Dipetik pada 12 June 2005,

http://www.malaysia.net/aliran/monthly/2002/5b.html

9.Mohamad Azrien Mohamed Adnan, & Mohd Alwee Yusoff, 2009. Motivasi

pembelajaran pengaturan kendiri dan prestasi akademik: Satu kajian di

kalangan pelajar asasi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri. Jurnal

Tamadun, 4, 1–16.

14
10.Ng, L. Y. A., 2010. Self-regulated learning: Theory and application. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia Press.

11.Pintrich, P. R., 1999. The role of motivation in promoting and sustaining self- regulated

learning. International Journal of Educational Research, 31, 459–470.

12.Samsilah Roslan, 2000. Hubungan antara pembelajaran aturan kendiri dan keyakinan

terhadap kebolehan diri dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar di

institusi pengajian tinggi. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

13.Schunk, D. H., & Zimmerman, B. J., 2012. Motivation and self-regulated learning:

Theory, research and application. New York: Routledge.

14.Syed Anwar Aly, & Merza Abbas, 2000. Penyerapan kemahiran saintifik dalam

proses pengajaran dan pembelajaran kimia di tahap menengah. Dibentang di

UiTM Seminar for Science and Mathematics Education, Shah Alam, Kuala

Lumpur.

15

Anda mungkin juga menyukai