Anda di halaman 1dari 14

Pantun Empat Kerat

(Agama)
Pantun Empat Kerat
(Agama)

Kemumu di dalam semak,

Jatuh melayang selaranya,

Meski ilmu setinggi tegak,

Tidak sembahyang apa gunanya.


Asam kandis asam gelugur,

Ketiga asam riang-riang,

Menangis di pintu kubur,

Teringat badan tidak sembahyang.

Kemumu di tengah pekan,

Dihembus angin jatuh ke bawah,

Ilmu yang tidak diamalkan,

Bagai pohon tidak berbuah.


Banyaklah bulan antara bulan,

Tidak semulia bulan puasa,

Banyaklah tuan serupa tuan,

Tidak semulia Tuhan Yang Esa.

Bendahara Datuk Seri Paduka,

Memerintah kota dan negeri,

Sengsara masuk dalam neraka,

Hendaklah kita ingatkan diri.


Pohon di kebun habis berbuah,

Disambut masuk buah rembega,

Mohonkan ampun dosa yang sudah,

Hendak masuk dalam syurga.
Maksud Pantun
Tema

• Ingatan tentang kepentingan


ibadat dan balasannya serta
tanggungjawab manusia kepada
Tuhan.
Persoalan

1.Ibadat sembahyang merupakan asas


yang paling penting bagi umat
Islam.
2.Ilmu yang tidak diamalkan tidak
mendatangkan kebaikan.
3.Balasan bagi orang baik ialah syurga
manakala balasan bagi orang
jahat ialah neraka.
4.Pintu taubat sentiasa terbuka kepada
orang yang telah insaf.
Bentuk

• Bilangan rangkap - 6 rangkap


• Bilangan baris - 4 baris serangkap.
• Rima akhir - abab
Gaya Bahasa

1.Penggunaan imej alam


– kemumu
– asam kandis
– bulan
– pohon
– angin
2.Simile
• Bagai pohon tidak berbuah


3. Aliterasi
• Kemumu di dalam semak

(Pengulangan konsonan m)

4. Asonansi
• Banyaklah bulan antara bulan

(Pengulangan vokal a)
Nilai

1.Kepatuhan akan ajaran agama.


2.Keinsafan
3.Bertanggungjawab
4.Kebijaksanaan
5.Rasional
Pengajaran

1.Kita hendaklah menuntut ilmu


supaya faham tentang dosa dan
pahala.
2.Umat Islam hendaklah menunaikan
solat.
3.Kita hendaklah mempraktikkan ilmu
yang telah dipelajari supaya hidup
tidak sia-sia.
4.Kita hendaklah melaksanakan
suruhan Tuhan semasa hidup.