Anda di halaman 1dari 6

Di atas sebatang pokok di pinggir sebuah hutan, tinggal sepasang burung tiung.

Mereka mempunyai dua ekor anak yang masih kecil.


1

Pada suatu hari, mereka mendapati anak mereka tiada lagi di dalam sarang. "Mungkin anak kita terjatuh ke tanah," kata tiung jantan.

Mereka cuba mencari di bawah pokok. Rupa-rupanya di bawah pokok itu terdapat seekor ular sawa. Tahulah mereka bahawa anak mereka telah dimakan oleh ular sawa. Tiung jantan tidak sempat melarikan diri. Tiung jantan ditangkap oleh ular sawa. Matilah tiung jantan ditelan oleh ular sawa.

Tiung betina berasa sedih. amun, tiung betina tidak berputus asa. Tiung betina segera terbang ke istana raja. !etika itu, puteri raja sedang bersiram "mandi# di dalam kolam. Tiung betina melihat di tepi kolam itu terdapat seutas kalung. !alung itu kepunyaan puteri raja.

Tiung betina segera mengambil kalung itu. "Tolong$ !alung beta dicuri oleh burung," puteri raja itu menjerit. %eberapa orang pengawal segera mengejar tiung betina. Tiung betina melarikan kalung itu ke tepi hutan.

Tiung betina melemparkan kalung itu di hadapan ular sawa. &pabila pengawal tiba, mereka segera membunuh ular sawa itu. !emudian mereka mengambil kalung itu semula.

Demikianlah balasan yang diterima oleh ular sawa yang jahat itu. 'etiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk.

-Tamat5

Anda mungkin juga menyukai