Anda di halaman 1dari 8

AYAM BETINA DAN SERIGALA

NUKILAN CIK MAZNI BT CHE MAN PN AINUN BT ABDULLAH

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor ayam betina yang cerdik.Seekor serigala pula tinggal berdekatan dengan rumah ayam betina. Serigala itu sangat jahat.

Serigala berhasrat menangkap ayam betina untuk dijadikan makan malam. Suatu hari, ayam betina keluar untuk mencari kayu api. Serigala menyorok dibelakang pokok yang besar. Apabila ayam betina keluar dari rumahnya, serigala pun masuk ke dalam rumah ayam betina dan bersembunyi di belakang pintu.

Setelah ayam betina pulang, serigala terus menerkam ayam betina.Ayam betina cuba melepaskan diri dan terbang ke atas para. Serigala tidak berputus asa, ia memusingkan ekornya ke arah ayam betina. Ayam betina jatuh dan berjaya ditangkap.Serigala terus memasukkannya ke dalam guni dan membawanya pulang.

Dalam perjalanan pulang, serigala berehat di bawah pokok lalu tertidur. Ayam betina cuba melepaskan diri. Akhirnya ia berjaya keluar dari guni tersebut. Ayam betina memasukkan batu ke dalam guni tersebut dan lari pulang ke rumah.

Apabila tersedar dari tidur, serigala terus membawa guni yang berisi batu tersebut. Serigala memasak seperiuk air. Apabila air mendidih, dia terus mengambil guni dan memasukkannya ke dalam periuk. Batu-batu jatuh dan air panas memercik keluar. Serigal menjerit kesakitan kerana terkena air panas.

Sejak dari itu, serigala tidak berani mengganggu ayam betina lagi Moral yang kita dapat dari cerita ini ialah setiap perbuatan yang jahat akan dibalas dengan kejahatan juga.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai