Anda di halaman 1dari 7

Di dalam sebuah hutan, ada seekor arnab yang bernama Jojo. Jojo tinggal bersama kawan-kawannya yang lain.

Jojo adalah seekor arnab yang nakal.

Musim sejuk akan tiba tidak lama lagi. Jojo dan kawankawannya keluar mencari makanan untuk dijadikan bekalan semasa musim sejuk nanti. Jojo dan kawan-kawannya pun keluar mencari makanan sehinggalah mereka sampai ke sebuah ladang yang terbiar.

Sedang mereka leka mencari makanan, tiba-tiba Jojo menjerit aku jumpa!, aku jumpa!, aku jumpa! sambil terlompat-lompat. Semua kawan-kawan Jojo berlari mendapatkan Jojo dan bertanya, kamu jumpa apa Jojo?. Aku jumpa sebakul lobak merah. Kata Jojo dengan angkuh.

Kawan-kawan Jojo pun berkata, bolehlah jadi bekalan untuk kita semua dimusim sejuk nanti. Dengan perasaan marah, Jojo menjerit mengatakan tidak, lobak ini aku yang jumpa, kamu semua carilah yang lain!. Lalu Jojo pun menarik bakul tersebut dan terus pulang. Dengan perasaan sedih, kawan-kawan Jojo pun terus pulang tanpa membawa bekalan makanan.

keluar bermain bersama kawan-kawannya seperti biasa. Rupa-rupanya Jojo sedang terlantar sakit kerana terlalu banyak makan. Kawan-kawannya tidak menghiraukan Jojo yang sedang sakit kerana sikap Jojo yang tamak. Akhirnya, Jojo menyesal dengan perbuatannya sendiri.

Musim sejuk pun tiba, Jojo tidak

Moral
Oleh itu, kita janganlah bersikap tamak kerana sikap itu akan merugikan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai