Anda di halaman 1dari 11

DISEDIAKAN OLEH:

PN. AWALLIAH BT. JURI


PN ANITA BT. ABU BAKAR

KISAH SELIPAR YANG


HILANG

Setiap hari Syafiq dan ayahnya


pergi ke masjid untuk
menunaikan solat jemaah. Suatu
hari ketika Syafiq dan ayahnya
keluar dari masjid, mereka
sangat terperanjat kerana
mereka mendapati selipar
mereka telah hilang. Syafiq
berasa sangat sedih tetapi ayah
Syafiq hanya tersenyum.

Sudah ditakdirkan Allah, mungkin


ada orang yang lebih
memerlukan selipar kita itu.
Tidak mengapa, marilah kita
pulang kata ayah Syafiq sambil
tersenyum. Mereka pun pulang
ke rumah tanpa memakai selipar.

Apabila mereka sampai di


rumah, sekali lagi mereka berasa
sangat terperanjat kerana selipar
mereka sudah ada di hadapan
pintu rumah. Ketika Syafiq dan
ayahnya sedang kebingungan
tiba-tiba datang seorang lelaki
memberi salam.

Assalamualaikum! kata lelaki


itu. Waalaikumussalam jawab
Syafiq dan ayahnya. Sebenarnya
saya ingin membelikan selipar
untuk isteri dan anak saya kerana
mereka tiada selipar. Tetapi saya
tiada wang, jadi saya telah
mengambil selipar encik dan
anak encik daripada masjid untuk
diberikan kepada isteri dan anak
saya. Maafkan saya kerana
mencuri kata lelaki itu dengan
sedih.

Mari kita masuk ke dalam, kita


minum dulu ayah Syafiq
menjemput lelaki itu masuk.
Lelaki itu sangat terperanjat
dengan pelawaan ayah Syafiq.
Selepas minum, ayah Syafiq
memberi lelaki itu sedikit wang.

Gunakanlah wang ini untuk


membeli selipar isteri dan anak
kamu dan juga untuk diri kamu
sendiri kata ayah Syafiq sambil
tersenyum. Terima kasih kerana
memulangkan selipar kami
tambah ayah Syafiq.

Walaupun saya telah membuat


kesalahan kerana mencuri
selipar, tetapi encik masih
melayan saya dengan baik. Encik
sangat baik hati. Saya tidak
akan melupakan budi baik encik
sekeluarga. Terima kasih! kata
lelaki itu. Syafiq dan ayahnya
tersenyum gembira.

MORAL CERITA:
Baik hati merupakan sikap yang terpuji.
Jadi kita mestilah sentiasa
membantu orang yang dalam
kesusahan.

Anda mungkin juga menyukai