Anda di halaman 1dari 8

SI BUNTAL YANG DEGIL

DISEDIAKAN OLEH :
HAZDILLA BTE NOR AZLAN
SK BANDAR BARU SENTUL
MARLIANA HAMBALI
SK TAMAN MELATI

Di dasar laut, tinggal Si Dora dan Si Nemo bersama anak


mereka yang bernama Si Buntal. Si Buntal merupakan seekor
anak yang degil dan tidak mahu mendengar kata ibu bapanya.
Setiap nasihat yang diberi tidak pernah dihiraukannya.

Buntal tak
kira. Buntal
nak keluar
gak.

Buntal, jangan
bermain di luar
kawasan,ya.

Pada satu hari, rakan rakan Si Buntal mengajak Si Buntal bermain


bersama.Si Buntal segera berjumpa ibu bapanya untuk memberitahu
hasratnya bermain bersama rakan rakannya. Namun begitu,
ibubapa Si Buntal tidak membenarkannya keluar bermain kerana
risaukan keselamatan Si Buntal. Si Buntal yang degil itu tetap juga
berkeras mahu keluar bermain bersama rakan - rakannya. Akhirnya
Si Buntal keluar juga bermain bersama rakan rakannya tanpa
pengetahuan ibu bapanya.

Si Buntal berasa sangat seronok kerana dapat bermain


bersama rakan- rakannya.Sedang asyik bermain, tiba-tiba Si
Buntal merasakan seperti ada sesuatu yang memegang
ekornya dari belakang.

Si Buntal berasa sangat takut lalu Si Buntal meronta ronta dan


menjerit meminta pertolongan.Namun begitu nasi sudah menjadi
bubur.Akhirnya Si Buntal ditangkap oleh manusia.

Tolong..!!! Tolong..!!
Lepaskan aku..!!

Si Buntal berasa sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat


kedua ibubapanya.Namun begitu semuanya sudah terlambat.
Akhirnya Si Buntal tidak berjumpa dengan ibubapanya disebabkan
oleh sikap kedegilannya sendiri.

MORAL

Kita perlulah mendengar nasihat


ibubapa kita.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai