Anda di halaman 1dari 9

Ahli Kumpulan:

Azlina Bt Abdul Aziz


SK Seri Mega
Azira Bt Mohamed Maisuri
SK Seri Indah

Di dalam sebuah taman, tinggal

sekumpulan burung yang hidup dengan


aman dan damai.Terdapat pelbagai
jenis burung di antaranya burung
gagak, burung kakak tua, burung unta
dan burung bangau.Mereka saling
bantu membantu di antara satu sama
lain.Mereka sering bermain dan
bertukar pendapat.

Setelah sekian lama hidup bersama

dengan gembira, tiba-tiba kehidupan


mereka mula berubah. Ini
disebabkan kehadiran Sang Merak.
Sang Merak suka bercakap besar dan
sering bangga diri .Dia berasa
dirinya seekor burung yang sangat
cantik dan menarik.

Akulah burung yang paling cantik

dan menarik di dalam dunia ini. Tidak


ada satu haiwan pun yang mempunyai
bulu yang cantik seperti aku kata
Sang Merak dengan sombongnya.
Kesombongan Sang Merak
membuatkan burung-burung yang lain
tidak suka berkawan dengannya.

Sehinggalah sesuatu telah terjadi di


taman itu, sekumpulan kanak-kanak
yang melawat taman itu, ingin
mencabut bulu Sang Merak.
Sang Merak cuba melarikan diri,tetapi
kanak-kanak itu telah mengepungnya
dan mencabut beberapa helai
bulunya.
Sang Merak menjerit, Aduh! Sakitnya
tolong , tolong!.

Jeritan Sang Merak telah didengari

oleh Sang Gagak. Sang Gagak dengan


pantasnya menolong Sang Merak, dia
mematuk tangan salah seorang
kanak-kanak tersebut.
Menyedari kehadiran Sang Gagak,
kumpulan kanak-kanak itu
bertempiaran lari menyelamatkan
diri.

Sang Merak mengucapkan terima kasih

kepada Sang Gagak kerana telah


menolongnya.
Sang Gagak berkata, Kita tidak boleh
sombong dengan kelebihan yang kita
ada, kerana setiap kelebihan ada juga
kekurangannya. Seperti aku, walaupun
hitam aku boleh terbang tinggi.
Sang Merak berasa malu dan insaf.

Pengajaran:

Kita tidak boleh bersikap sombong.


Bersyukur dengan kelebihan yang
ada pada diri kita.
Saling tolong-menolong.

Anda mungkin juga menyukai