Anda di halaman 1dari 11

Pada suatu hari yang panas seekor burung gagak terbang mencari air.

Sudah lama ia terbang tetapi air masih tidak di temui.

Tiba-tiba gagak ternampak sebuah takar. Lalu ia terus terbang turun untuk melihat ada air atau tidak di dalam takar itu.

Ooo ada air di dalam takar itu. Gagak cuba memasukkan kepalanya ke dalam takar tetapi malangnya tidak berjaya kerana leher takar itu terlalu sempit.

Gagak cuba pula menolak takar itu tetapi malangnya tidak berjaya kerana takar itu berat.

Gagak berfikir seketika. Tiba-tiba, gagak mendapat satu idea. Gagak mengutip anak-anak batu di sekelilingnya, lalu memasukkan ke dalam takar.

Semakin banyak batu dimasukkan, semakin tinggi air di dalam takar itu naik.

Akhirnya dapat gagak minum air itu. Dia pun kembali terbang dengan riangnya pulang ke sarang.

Pengajaran dari cerita ini, jika kita berusaha bersungguh-sungguh kita pasti akan berjaya.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai