Anda di halaman 1dari 1

Gagak yang Dahaga

Selamat pagi kepada guru-guru yang dikasihi serta rakan-

rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari

ini ialah Gagak yang dahaga.

Pada suatu hari yang panas, gagak yang dahaga terbang ke

sana dan ke sini untuk mencari air.

Tiba-tiba, gagak ternampak takar dibawahnya tetapi gagal

minum air di dalam takar itu. Hal ini kerana gagak tidak dapat

memasukkan paruhnya ke dalam takar itu.

Gagak berfikir seketika dan mendapat satu akal. Gagak

mengambil anak-anak batu di sekeliling lalu masukkan ke dalam

takar, sebiji demi sebiji.

Apabila semakin banyak anak batu dimasukkan ke dalam takar,

aras air di dalam takar semakin menaik.

Akhirnya, gagak dapat meminum air di dalam takar itu.

Pengajaran yang dapat dalam cerita ini adalah bagi setiap

masalah, pasti ada penyelesaiannya.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai