Anda di halaman 1dari 1

Gagak yang Bijak

Pada suatu ketika dahulu, berlaku musim kemarau yang sangat teruk dan
telah berpanjangan selama berbulan lamanya. Sang Gagak yang kehausan
terbanglah ke sana sini mencari air untuk melegakan tekaknya.
Setelah beberapa kali terbang mengelilingi kawasan untuk mencari
air, Sang Gagak pun hinggap pada dahan pokok untuk berehat.
Aduh, letihnya. Berkali-kali aku terbang meninjau ke seluruh
pelusuk tempat tetapi tidak juga ku temui air.
Tiba-tiba, mata Sang Gagak ternampak satu silauan cahaya dari
tegah padang tanah yang kering kontang. Sang Gagak pun mengambil
keputusan untuk terbang menghampiri tempat itu.
Alangkah gembiranya Sang Gagak apabila mendapati bahawa
silauan cahaya itu merupakan sebiji botol kaca yang mengandungi air di
dalamnya. Sang Gagak pun cubab memasukkan paruhnya ke dalam botol.
Alahai, tidak sampai pula paruhku ini untuk minum air dalam botol
ini. Apa yang harus aku lakukan? kata Sang Gagak sambil berfikir jalan
untuk mendapatkan air dalam botol kaca itu. Dilihatnya sekeliling kawasan
itu.
Haa... Aku sudah tahu. Sang Gagak pun mengambil seketul batu
kecil dan memasukkannya ke dalam botol kaca itu. Paras air pun
meningkat. Sang Gagak pun mengulangi perbuatan tersebut sehingga
paras air naik ke aras dimana Sang Gagak boleh meminum air tersebut.
Haus Sang Gagak pun hilang. Sang Gagak pun terbang pulang ke
sarangnya.

Anda mungkin juga menyukai