Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu ketika dahulu, di musim kemarau, ada seekor gagak yang haus merayau-rayau untuk mencari ais.

Sehari suntuk si gagak berjalan namun tidak juga berjumpa walaupun setitik air. Namun si gagak tetap meneruskan perjalanannya untuk mendapat seteguk air. Semasa si gagak sibuk mencari air, tiba-tiba burung gagak tersebut terjumpa satu botol yang berisi air di bawah sepohon pokok. Si gagak rasa lega dan bersyukur kerana akhirnya dia berjaya juga mendapatkan air untuk membasahi tekaknya yang kering. Namun, semasa mendeketi botol yang berisi air itu, si gagak mendapati hanya separuh air yang terisi di dalam botol tersebut. Si gagak telah memasukkan paruhnya ke dalam botol itu. Namun malangnya dia tidak dapat meminum air yang terdapat di dalam botol tersebut kerana paruhnya terlalu pendek. Lantas si gagak pun berfikir sejenak untuk mencari cara untuk meminum air tersebut. Semasa memikirkan cara untuk meminum air itu, sebiji buah telah jatuh dan masuk ke dalam botol yang berisi air tersebut. Tiba-tiba si gagak mendapat satu idea. Jika batu diisi ke dalam botol itu, air di dalam botol akan semakin naik dan pastinya dia dapat minum. Kemudian, tanpa berlengah si gagak terbang untuk mengutip dan mengumpul batu untuk diisi ke dalam botol air tersebut. Semakin banyak batu yang diisi ke dalam botol itu, maka semakin meningkatlah paras air di dalam botol. Setelah paras air mencapai muncung botol itu, si gagak pun berhenti dan memasukkan paruhnya. Si gagak berasa puas kerana atas usahanya dia telah berjaya meminum air yang terdapat di dalam botol tersebut.

Anda mungkin juga menyukai