Anda di halaman 1dari 1

Gagak yang dahaga

Pada suatu hari yang panas, gagak yang dahaga


terbang ke sana ke mari untuk mencari air. Sudah lama
ia terbang tetapi air tidak juga ditemui. Ia sangat
lemah dan tidak berdaya lagi untuk terbang.

Tiba-tiba gagak ternampak takar di bawahnya. Ia


terus terbang turun untuk mengetahui sama-ada ada
air ataupun tidak di dalam takar itu. Ya, ada air di
dalam takar itu!

Gagak cuba memasukkan kepalanya ke dalam takar


itu. Ia dapati leher takar itu sempit. Kemudian ia cuba
menumbangkan takar itu supaya air dapat mengalir
keluar. Ia tidak boleh menumbangkan takar itu kerana
takar itu berat.

Gagak berfikir seketika. Ia melihat ke sekeliling


dan ternampak anak-anak batu. Ia mendapat satu akal.
Ia mengambil anak-anak batu itu lalu dimasukkan ke
dalam takar sebiji demi sebiji. Apabila semakin banyak
anak batu dimasukkan ke dalam takar, aras air di dalam
takar naik semakin tinggi. Akhirnya gagak dapat minum
air di dalam takar itu. Rancangannya telah berjaya!

Moral: jika kamu mencuba bersungguh-sungguh, kamu


dapat menyelesaikan masalah kamu.

Anda mungkin juga menyukai