Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Pada hari ini, saya akan membawa sebuah cerita yang bertajuk Burung gagak yang cerdik,burung gagak yang cerdik. Seekor burung gagak terbang di atas langit. Tiba-tiba, burung gagak berasa sangat haus. Ia pun terbang untuk mencari air.

Setelah lama mencari, burung gagak berasa letih. Ia pun hinggap di atas sebatang pokok. Tiba-tiba, burung gagak ternampak sebuah takal di bawah pokok tersebut. Takal tersebut berisi air.

Burung gagak berasa gembira kerana melihat air yang terdapat pada takal itu. Ia cuba minum, tetapi malangnya ia gagal minum air dalam takal itu. Tiba-tiba sebiji buah pada pokok itu jatuh ke dalam takal itu. Aras air itu pun naik. Burung gagak pun mendapat akal. Ia pun memasukkan batu ke dalam takal tersebut. Akhirnya burung gagak dapat minum air itu,

Pengajaran Kita haruslah bijak menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai