Anda di halaman 1dari 15

Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat

Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan


budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah
sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan
sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia
selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan
pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun.
Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu
dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati
anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua
bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya
generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan
nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam
kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi
amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan
untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang
semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa
menganudung.Sebenarnya pantang larang yang
diturunkan oleh nenek moyang mementingkan
penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat
dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India
mempunyai pantang larang semasa perkahwinan,
perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang
yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah
menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

Disediakan Oleh : Cheng Yueh Ming (126635)


Posted by Pantang Larang at 1:05 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
2.1 Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna
bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan
harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan
tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal
pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini
kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan
pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia
bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk
menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang
timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut
terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik
keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-
mana kerana takut dissantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan
gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai
mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang
bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga
dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di
dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya
matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada
hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah
tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang
perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami
kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan
anak cucunya supaya tidak melanggar pantang
larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk
mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

Disediakan Oleh : WAN MOHD FIRDAUS WAN


ZAHARI (204216)
Posted by Pantang Larang at 1:03 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
2.2 Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidulfitri
Pantang Larang Perayaan
Hari Raya Aidilfitri.
1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan
untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama
Islam itu sendiri.
2. Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-
wangian.
3. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan
menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah
Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan
taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah
silam yang lampau.
5. Memasang pelita di waktu malam untuk
menyambut malam tujuh likur.
6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang
dewasa.
7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke
rumah terbuka yang diadakan.
8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti
ketupat,lemang,rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha.


1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-
bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
2. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai
wangi-wangian.
3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat
handai yang telah pergi.
4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan
rumah terbuka.

Disediakan Oleh: MOHAMAD FARID BIN ISMAIL


(204378)
Posted by Pantang Larang at 1:00 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
2.3 Pantang Larang Mengandung Orang Melayu
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung.
Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang
untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar
rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat
gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya
ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua
pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

Disediakan Oleh :Nurul Shakinah Jusoh (204186)


Posted by Pantang Larang at 12:54 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3.1 Perkahwinan Orang Cina

1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan
selepas majlis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan
hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang
biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis
perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Disediakan Oleh :Chen Ling Kenn (204399)


Posted by Pantang Larang at 12:46 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3.2 Pantang Larang Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat
resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan
sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih
mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya
ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan
kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa
pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina
ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak
boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana
menganggap ia boleh membuang segala keuntungan
atau “ong” yangada.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa
mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk
yang digunakan pada hari sambutan itu telah
pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-
hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam
sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan
kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan
keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama
berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang
tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun
individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan
ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini
tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk
tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru
Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu
ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa
raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan
membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi
memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak
bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih
mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan
pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika
menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan
ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang
cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan
iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka
perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan
mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya
individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih
belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian
angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak,
bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah
untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk
dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya,
walaupun zaman semakin moden berbanding dengan
dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang
diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat
resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan
memberi tahu kepada generasi yang akan datang.

Disediakan Oleh : Goh Sze Kei (204594)


Posted by Pantang Larang at 12:33 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3.3 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.

1.Dilarang makan daging arnab


Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai
bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka
mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti
ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran
bayi.
6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .
8.Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9.Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu,
dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
Disediakan oleh: Soo Suet Ching (204016)
Posted by Pantang Larang at 12:19 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
4.1 Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Perkahwinan kaum india di malaysia


diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam .
Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut
oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal
pasangan akan saling membalas kunjungan ketika
merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin
perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang
ikutserta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan
berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika
terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka
hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para
tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu,kerana agama hindu
melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang
ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang
larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana
keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik
terhadap kaum india .

Disediakan Oleh :Tan Chen Hin (204257)

Posted by Pantang Larang at 12:06 AM 2 comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 20, 2010


4.2 Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut
oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang
bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti
barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta
cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’
dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga
akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan
pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India.
Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti
memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang
dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun
beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini
membawa maksud yang mendalam kepada semua
penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini,
misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang
kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun
pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan
membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan
minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap
ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu
atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi
minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk
tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan
sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna
yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka
dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau
putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu
barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri
dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang
telah meninggal dunia.

Disediakan Oleh : Yoong Yen Sen (204254)


Posted by Pantang Larang at 11:58 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang
yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang
mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu

malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur

berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk
seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,
menyembelih binatang dan sebagainya.
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu

menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja


yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang


selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama,
saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke
rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut
mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut.

Anda mungkin juga menyukai