Anda di halaman 1dari 1

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang

adil lagi bijaksana, Yang Berusaha Tuan Guru Besar,


guru-guru dan rakan-rakan sekalian yang dihormati.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang
berbahagia ini, saya akan menyampaikan satu cerita
yang bertajuk,Terbang, Pepatung, Terbang.

Saya sebiji telur pepatung. Saya tinggal di dalam air.
Selepas beberapa minggu, saya menetas. Saya suka
makan berudu dan serangga kecil. Apabila berudu
datang, saya terus menangkap dan memakannya.
Sewaktu saya membesar, saya bersalin kulit. Saya
bersalin kulit beberapa kali sehingga saya membesar
sepenuhnya. Kemudian, saya merangkak keluar dari air.
Saya bersalin kulit lagi. Lihat! Sekarang, saya ada sayap
yang panjang. Saya terbang dari satu bunga ke bunga
yang lain. Cantiknya bunga-bunga di sini! Eh, ada
nyamuk! Dengan pantas, saya menangkap nyamuk itu.
Ha, kamu tidak akan dapat melepaskan diri!
Mmmsedapnya!

Anda mungkin juga menyukai