Anda di halaman 1dari 2

CERITA SI MANJA

Assalammualaikum dan selamat pagi kepada semua guru dan rakan-rakan sekalian.
Pada hari ini, saya akan menceritakan tentang seekor haiwan terancam bernama MANJA .

Selamat pagi! Selamat pagi! Hai semua ! Nama saya Manja dan saya akan bercerita
serba sedikit tentang diri saya. Saya merupakan seekor orang utan jantan Borneo berumur 14
tahun. Nama saintifik saya ialah Pongo Pygmaeus . Wow!!hebat tak nama saya? Saya
berasal dari keluarga beruk. Beruk tidak mempunyai ekor seperti monyet. Di antara keluarga
beryk yang lain ialah Cipanzi, Gorilla dan Bonobos.

Saya dilahirkan di dalam hutan. Apabila saya keluar dari perut ibu, saya terus dapat
melihatnya. Wow!!! Dia sungguh cantik. Saya berharap saya juga kana secantik dia. Anda
pun rasa begitu tak? Ibu memberi saya makan buah-buahan, madu dan serangga kecil. Saya
sangat sukakan rambutan, betik, langsat, kelapa dan durian. Rasanya sungguh enak dan saya
hendak makan dan makan lagi. Ermm Yummy! Yummy!

Saya juga makan bahagian tumbuhan yang laii pisang seperti dan haiwan kecil seperti
cicak dan anai-anai yang boleh didapti di pohon-pohon yang tinggi. Saya mempunyai gigi
yang sangat kuat dan besar. Haaahahahahhahahhahah. Saya gunakan gigi saya untuk
mengopek buah kelapa dan durian.

Saya sungguh gembira apabila mendapat buah durian kegemaran saya. Saya akan
mengangkat kedua-dua tangan sambal menggoyang-goyangkannya untuk menunjukkan
kegembiraan dan kepuasan saya. UkkUkkUkk. Saya sungguh beruntung kerana tidak
perlu bersaing dengan haiwan lain. Saya juga mempunyai wilayah, makanan dan pasangan
sendiri kerana saya adalah haiwan yang hidup bersendiri.

Saya tinggal di kawasan Hutan Hujan. Hutan Hujan merupakan habitat semulajadi
orang utan. Saya juga adalah haiwan terbesar yang hidup tinggi di atas pokok. Saya boleh
memanjat dan berpindah dari 1 pokok ke 1 pokok yang lain. Bercakap tentang memanjat,
saya ada 1 kejadian yang memalukan. Pada kali pertama memanjat, saya terjatuh. Adoiiii
sakitnya.. tetapi ibu terus memberi semangat kepada saya untuk mencuba dan terus mencuba.
Dia adalah ibu yang paling penyabar dan penyayang bagi saya. Saya sayang ibu!

Saya juga nelajar teknik ikhtiar hidup dari ibu saya. Saya melihat semua kativiti yang
dilakukan ibu di hutan. Wah!! Dia sungguh hebat! Saya belajar bagaimanan untuk membina
sarang, memanjat dan bergerak dari 1 dahan ke dahan yang lain. Terima kasih ibu! Kini
tibalah masanya untuk saya meninggalkan ibu. Ia adalah hari yang paling sedih dan masih
teringat sehingga kini. Selamat tinggal ibu! UkkUkkUkk Saya masih ingat lagi, ianya
hari yang indah. Saya berasa sungguh teruja berhayun dari 1 dahan ke 1 dahan yang lain
dengan menggunakan lengan saya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. HujanHujan
saya segera mencari dan gunakannya sebagai paying untuk melindungi saya daripada basah.
Wow! Betapa bijaknya saya.
Saya juga berkebolehan melakukan mimic muka, perasaan dan gaya seperti manusia.
Jadi anda boleh tahu bila saya gembira, sedih, lapar, marah ataupun takut. Menakjubkan
bukan?

Tahukah anda, saya merupakan haiwan terancam yang mana patut dilindungi. Spesis
saya sedang berdepan dengan kepupusan.ini adalah kerana hutan dimusnahkan oelh aktiviti-
aktiviti manusia seperti pembalakan, pembakaran hutan dan penerokaan hutan secara
berleluasa.

Tolong.tolong.

Tolong beritahu keluarga dan kawan-kawan kamu, jangan ambil lagi hutan kami.
Kekalkan hutan sebagai tempat selamat untuk orang utan. Lindungi kami dari kepupusan.

Saya sedar saya adalah haiwan yang lemah lembut, pemalu dan pendiam. Tetapi kamu
tidak boleh menjadikan saya sebagai haiwan peliharaan. Dengan mempelajari lebih banyak
temtang orang utan, makin meningkatlah kesedaran dan mengambil berat tentang kami. Saya
berharap kamu menyukai cerita saya ini.

Sayang dari MANJA

Anda mungkin juga menyukai