Anda di halaman 1dari 3

MUSLIHAT SANG MUSANG

Hai kawan-kawan, saya sang tupai. Apa khabar semua ? Nak dengar cerita

saya? Salam satu Malaysia, salam bahagia kepada tuan pengerusi majlis, para hakim

yang dihormati, guru-guru dan rakan rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini

ialah Muslihat sang musang.

Di dalam sebuah hutan ada satu kawasan yang penuh dengan pokok buah-

buahan. Di situ tinggal sekeluarga tupai. Pada suatu hari, ibu tupai menyuruh anaknya

pergi memetik buah-buahan. Dia hendak menjamu tetamu yang akan datang pada

petang nanti.

Anak, pergilah ke hutan untuk mencari dan memetik buah-buahan tetapi kamu

hendaklah berjaga-jaga kepada musang yang sentiasa berniat jahat.

Baiklah ma kata anak tupai. Malah anak tupai pun membawa sebuah bakul

untuk mengisi buah-buahan yang hendak dipetiknya. Dia berlari-lari sambil menyanyi.

buah duku, buah nangka


buah manggis, buah rambutan
aku suka , aku suka
dapat petik buah-buahan

buah duku, buah nangka


buah manggis, buah rambutan
aku suka , aku suka
dapat petik buah-buahan
seekor musang telah mendengar nyanyian anak tupai. Dia menuju ke arah anak tupai.

Dia mengintai anak tupai dan berfikir hahahahahaha. hahahahaha kau akan

menjadi makan malam aku hari ini .. kau tidak akan terlepas daripada aku hari ini .

Anak tupai memanjat pokok dengan gembira. Dia memetik buah-buahan dengan

gembira. Perlahan-lahan musang itu pun menuju kearah pokok yang dipanjat oleh anak

tupai. Aduh, Aduh sakitnya. Owwwwwwwwhhhhhhhhh

Musang memegang perutnya seolah-olah sakit dan berguling-guling atas tanah.

Dia cuba menarik perhatian anak tupai. Melihat keadaan musang, anak tupai pun

bertanya..

Hey Encik musang kenapa? Apa dah terjadi?

Aduh, aduh. Perut aku sangat sakit. cepat turun dan tolong aku owh

owh. Dia sangat berharap agar anak tupai akan turun dan membantunya, jadi

senanglah hendak menangkapnya. Namun anak tupai itu cerdik. Dia faham sangat apa

helah sang musang. Hatinya berkata hmmm musang mempermainkan aku. Dia tidak

akan berjaya. Anak tupai pun berkata kepada musang.

Hey Encik musang, tunggu sebentar ya. Saya akan memanggil pak cik gajah

untuk menolong kamu. Dia akan merawat kamu dengan belalainya yang panjang itu.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata anak tupai, dia sudah tahu bahawa muslihatnya

gagal.

Ah..ah. sudahlah.. sudah lalu dia melarikan diri kerana takut akan sang

gajah. Dia kecewa kerana muslihatnya tidak berjaya.


Kawan-kawan sekalian, cerita ini mengajar kita bahawa kita hendaklah sentiasa

ingat akan nasihat dan ajaran ibu bapa dan guru-guru kita supaya kita tidak akan

senang ditipu oleh orang jahat.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar

jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan

kekuatan fizikal..

Sekian sahaja cerita saya..Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai