Anda di halaman 1dari 3

AKU SEBATANG POKOK KELAPA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para hakim,guru-guru

dan rakan-rakan. Saya ………….. dari sk pos raya akan menyampaikan

sebuah cerita bertajuk aku sebatang pokok kelapa.

Aku sebatang pokok kelapa. Aku tumbuh dan membesar di tepi laut

yang anginnya sangat laju. Walaupun batang aku kurus dan tinggi

,tetapi batangku boleh lentur mengikut arah tiupan angin.

Keistimewaan batang ku ini menjadikan aku tidak mudah tumbang

walaupun dilanda ribut. Daun aku pula tirus dan berpecah-pecah .

Angin berlalu di celah-celah daun tanpa mencederakan aku

aku mempunyai buah yang sangat lebat. Airnya sangat sedap diminum.

Isinya boleh dimakan. Sangat berkhasiat…buahku ini juga adalah

benih. Dari benih ini,akan tumbuh anak. Apabila matang benih ini akan

gugur di sekeliling aku dan akan dibawa oleh air ke tempat lain.

Bagaimana air boleh mengangkat buah ku yang berat?


Begini, benihku dilindungi oleh lapisan kulit kulit yang licin,keras dan

kalis air, di dalamnya pula terdapat lapisan sabut lembut dan tebal

yang mempunyai rongga udara. Ciri khas ini memberikan 2 kelebihan

kepada benih .Pertama untuk menyerap hentakan ketika jatuh dan

yang kedua sebagai pelampung untuk memencarkan benih aku. Benih

ini perlu dibawa jauh untuk mengurangkan persaingan sesama sendiri

untuk mendapatkan keperluan asas di kemudian hari

Bukan aku tidak sayangkan anak,malah aku telah bekalkan makanan

dan minuman yang terdapat dalam tempurung sementara menunggu

anak aku mampu berdikari. Apabila besar anak aku mampu membuat

makanannya sendiri melalui proses fotosintesis .senang sahaja. Hanya

menggunakan bahan di sekeliling. Kami cuma perlukan air, karbon

dioksida dan cahaya matahari. Bahan ini akan diproses oleh klorofil,

iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daun untuk

menukarkannya kepada kanji dan oksigen. Kanji itulah makanan aku

yang akan disimpan dalam buah ,batang dan seluruh tubuh. Manakala

oksigen akan dilepaskan untuk kegunaan haiwan dan manusia


Pada suatu hari nanti, aku akan tua. Aku pun tumbang dan mati. Tetapi

aku tetap gembira kerana mampu mengekalkan sepsis aku hingga ke

hari ini. Itulah kemandirian sepsis… SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai