Anda di halaman 1dari 1

https://www.scribd.

com/doc/248590877/Kertas-Kerja-Program-Kesihatan-Sekolah/ KERTAS KERJA PROGRAM


KESIHATAN.

Obesiti

obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang itu. Perkara ini
berlaku apabila tisu-tisu lemak menjadi banyak. Perkara yang lebih teruk lagi apabila obesiti akan mengganggu
dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Berat badan yang berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti
diabetes dan penyakit jantung. Obesiti ini akan mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial serta jangka hayat
penghidapnya juga akan semakin pendek. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-
kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun.
Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di
kalangan remaja berumur 13-17 tahun. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko
untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang
lain pada masa hadapan. Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak

kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth
standards. Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan
prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha
menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat. Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar
menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawaL pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat
badan mereka ideal, terlebih atau obes. Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Penutup
Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013, di sini hari ini.
Tambahnya, langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lalu adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya
hidup lebih sihat. Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila
dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar
terutama pada waktu malam.

Anda mungkin juga menyukai