Anda di halaman 1dari 1

BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR

Pada zaman dahulu ada seekor burung gagak yang sedang kehausan. Ketika itu cuaca sungguh panas.
Sudah beberapa hari hujan tidak turun. Gagak terbang ke sana sini mencari kawasan yang mempunyai
air. Setelah sekian lama ia terbang, tidak juga ia berjumpa kawasan air untuk diminum. Oleh kerana
sudah keletihan, gagak pun turun ke suatu tempat yang redup. Tiba-tiba gagak terlihat ada satu takar di
bawah pokok di kawasan padang yang lapang dan gagak pun turun ke bawah dan mengharapkan supaya
ada air dalam takar tersebut.

Gagak: Ehh..nampaknya ada sebuah takar di bawah pokok tu. Baik aku cuba lihat mungkin ada air di
dalam takar itu.

Gagak: Hmm...benar, ada air di dalamnya. Tetapi bagaimana aku boleh minum air yang berada di dalam
takar ini. Mulut takar ini panjang dan kecil pula.

Gagak: Ohhh...aku ada satu idea. Baik aku masukkan batu-batu kecil ke dalam takar itu. Nanti paras air
itu tentu akan naik ke atas. Lepas itu bolehlah aku minum air itu sepuas-puasnya.

Gagak pun mulalah mengambil batu-batu kecil dan diisikan ke dalam takar tersebut. Berulang-ulang kali
ia memasukkan batu-batu kecil ke dalam takar tersebut. Apabila batu-batu kecil itu diisi ke dalam takar
tersebut, menyebabkan paras air di dalam takar tersebut naik dan memudahkannya untuk minum.
Gembiranya gagak kerana dengan ideanya itu, dapat juga akhirnya ia minum air yang terdapat dalam
takar tersebut. Gagak pun minum air tersebut dengan sepuas-puasnya untuk menghilangkan dahaga.
Setelah dahaganya hilang gagak pun terbang tinggi untuk mencari makanan pula.

Daripada kesimpulan cerita ini, adik-adik hendaklah berusaha sepenuh hati dan menggunakan akal yang
diberi oleh Allah sekiranya adik berkehendakkan sesuatu...Jumpa lagi, wasalam....

Anda mungkin juga menyukai