Anda di halaman 1dari 1

Cerita Burung Bangau dengan Ketam Babak 1: Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat besar

dan airnya sungguh jernih. Di sekitar tasik tersebut ditumbuhi dengan pokok-pokok dan juga bunga-bunga. Suasana di sana sangat indah. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik tersebut hidup pelbagai jenis haiwan seperti ikan, ketam, katak dan sebagainya. (bunyi burung) Burung bangau : Selesanya tempat ini. Setiap hari ada ikan boleh aku tangkap untuk makan. Tidak perlulah aku bersusah payah merayau pergi ke tempat lain untuk mencari makanan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Setelah beberapa tahun Burung bangau : Aku dah semakin tua. Aku tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. (sedih dan muram) Burung bangau : Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Eh ,aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah". (fikir dalam hati) Tiba-tiba Burung bangau : Ah- ha! Aku sudah dapat satu idea yang boleh mendapat makanan dengan senang. Burung bangau pun berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Kebetulan di waktu itu, ada seekor katak yang sedang melompatlompat menuju ke arah tasik tersebut. Katak : Hai kawanku, kenapa aku lihat engkau kelihatan sedih sahaja hari ini? Ada apa yang boleh aku tolong?

Burung bangau :Oh katak rupanya. Aku sedang memikirkan nasib kita semua di sini. Katak: Kenapa pula begitu Bangau? Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini."

Anda mungkin juga menyukai