Anda di halaman 1dari 1

Contoh Ulasan:

Terdapat beberapa pesanan yang baik daripada petikan sajak.

Antaranya, kita hendaklah sentiasa ingat akan tanggungjawab kita,


misalnya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang murid, anak dan anggota
masyarakat. Seterusnya, kita haruslah sentiasa berwaspada pada setiap masa,
umpamanya kemalangan dan bencana boleh berlaku tanpa diduga kerana malang
tidak berbau.

Selain itu, kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sederhana, seperti
berbelanja mengikut kemampuan dan membeli sesuatu yang perlu sahaja.
Selanjutnya, kita perlulah sentiasa mengenang jasa ibu bapa, iaitu mengingati
nasihat dan membalas jasa yang telah dilakukan oleh ibu bapa.

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni


dalam kehidupan kita.

Contoh Ulasan :

Graf menunjukkan kes disiplin di sekolah yang semakin meningkat. Terdapat


beberapa punca yang menyumbang kepada masalah ini.

Antaranya, pengaruh rakan daripada rakan sebaya, misalnya pelajar lebih


mudah terpengaruh dengan sikap dan perbuatan negatif rakan sebaya seperti
ponteng dan menghisap rokok.

Seterusnya, masalah dalam keluarga. Umpamanya pelajar yang datang


daripada keluarga yang bermasalah biasanya mempunyai emosi yang tidak stabil
dan mudah terlibat dengan kes disiplin.

Selain itu, pengaruh media seperti aksi-aksi ganas dan jenayah yang
dipaparkan dalam filem atau drama akan dicontohi pelajar.

Kesimpulannya, pihak ibu bapa, masyarakat dan pihak sekolah hendaklah


saling bekerjasama untuk mengurangkan kes disiplin di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai