Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan-kawan.

Nama saya Muhammad


Uzair bin Mohd Irwanis. Saya berumur 12 tahun dan belajar di dalam kelas 6
SKaPe 1. Saya telah membaca pelbagai buku tauladan dan kisah dongeng. Perkara
ini telah menjadikan saya mendapat pelbagai idea untuk menulis karangan dan
penulisan-penulisan lain.

Saya telah membaca buku yang bertajuk Gagak Yang Haus. Buku ini telah ditulis
oleh Azwani Abdul Ghani. Buku ini juga telah diterbitkan oleh Kohwai & Young
Publication. Buku ini mengandungi 16 helaian muka surat yang berwarna-warni.
Perkara ini amat menarik minat semua untuk membaca.

Adakah kawan-kawan ingin mengetahui serba sedikit cerita di dalam buku ini.
Baiklah saya akan memulakan cerita serba sedikit.

Suatu hari yang panas, terdapat seekor gagak yang sangat haus. Kawasan di
sekitarnya sangat kering. Gagak tersebut telah melihat sebuah jug yang berisi
sedikit air. Gagak itu cuba menghampiri jug tersebut namun tidak berjaya
meminumnya kerana paruhnya tidak sampai ke paras air di dalam jug.

Gagak sentiasa berusaha dan dia telah mendapat satu idea. Gagak terlihat beberapa
ketulan batu. Gagak telah mengambil satu batu dan dimasukkan ke dalam jug itu.
Tetapi masih tidak sampai ke paras untuk diminum olehnya. Dia tidak berputus asa
dan mengambil lagi batu -batu serta memasukan satu persatu batu ke dalam juga
tersebut sehinggalah paras air di dalam jug itu penuh.
Akhirnya beliau telah berjaya meminum air di dalam jug itu. Gagak sangat
gembira dan hilanglah segala kehausannya. Dia telah terbang dengan senang hati
ke tempat lain.

Pengajaran yang terdapat dalam buku ini adalah, janganlah mudah berputus asa
kerana sifat tersebut akan menjatuhkan diri sendiri. Kita juga haruslah sentiasa
menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu dan perlu kreatif dalam
membuat sesuatu perkara yang mustahil.

Saya berharap agar kawan-kawan jangan lupa mendapatkan buku ini untuk
mengetahui dengan lebih lanjut cerita gagak tersebut.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai