Anda di halaman 1dari 18

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan yang
memberi segala kekuatan dan keyakinan diri bagi menyiapkan kerja kursus dengan
berjaya dan sempurna.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik. Azni Bin Yahya, pensyarah saya. Beliau telah meluangkan
banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan
kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua pensyarah yang
telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik Gunaseelan A/L Rajan dan Puan
Perama A/P Ganeson, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral
dan kewangan kepada saya sepanjang masa. Penghargaan kepada rakan baik saya
iaitu Vanisri A/P Nalliah dan semua rakan lain atas kesudian membantu dan memberi
segala nasihat.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

1
RESENSI BUKU

Judul buku : Kisah Seekor Kanggaru Tua


Jenis buku : Fiksyen
Penulis : Rudyard Kipling
Tebal : 27 halaman
Penerbit : Penerbitan Pustaka Antara
Tahun terbit : 1989
Harga : RM 5
ISBN : 967-937-192-1

1.0 Sinopsis

Kisah Seekor Kanggaru Tua adalah cerita pendek yang ditulis oleh Rudyard Kipling.
Ia menceritakan kisah seekor Kanggaru tua yang mahu menjadi berbeza dan lebih
terkenal, kerana ia hanya mempunyai empat kaki yang pendek. Kanggaru tua itu
berupaya bertanya dengan tiga orang iaitu Dewa Kecil Nqa, Dewa Tengah Nquing dan
Dewa Besar Nqong untuk mengubah dirinya dan menjadikannya sebagai haiwan yang
berbeza daripada haiwan-haiwan yang lain dan juga menjadikannya haiwan yang
terkenal.

Yang pertamanya iaitu Dewa Kecil Nqa telah mengabaikan tuntutan itu. Perkara
yang sama berlaku dengan Dewa Tengah Nquing, dia juga menghalau dan meminta
Kanggaru tua itu untuk meninggalkan tempatnya. Hal ini demikian kerana kedua-dua
mereka tidak dapat mengubah Kanggaru tua itu. Oleh itu, Kanggaru tua membuat
keputusan untuk menjumpa Dewa Besar Nqong dan memintanya untuk mengubah
dirinya menjadi binatang yang terkenal dan boleh berlari dengan pantas. Jadi, Ngong
juga menerima tuntutan tersebut.

Bagi melaksanakan perubahan itu, Nqong memanggil Dingo iaitu anjing kuning yang
selalu lapar dan badannya berdebu di tengah cahaya matahari serta menunjukkan
Kanggaru kepadanya. Kanggaru itu dikejar oleh Dingo di seluruh benua Australia
sehingga kakinya berkembang lagi. Apabila dua haiwan itu telah benar-benar letih,
Nqong meminta kedua-duanya untuk berhenti dan berkata kepada Kanggaru bahawa
dia harus mengucapkan terima kasih kepada Dingo untuk membantunya bagi
melaksanakan perubahan yang besar itu. Akhirnya, selepas semua sudah berlaku,
kedua-dua haiwan tersebut mengadu kerana mereka tidak mempunyai sesuatu untuk

2
makan, tetapi Ngong meminta mereka untuk datang semula esok. Kisah berakhir
dengan kedua-dua mereka menyalahkan antara satu sama lain untuk pengalaman pahit
yang mereka mengalami.

2.0 Watak dan Perwatakan

 Kanggaru tua (watak utama) :


 Ia adalah satu haiwan dengan empat kaki yang pendek dan bewarna kelabu
serta berbulu. Ia sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadi yang
berbeza dan istimewa serta tidak menjadi seperti haiwan yang lain. Lama
kelamaan, ia ingin menjadi hebat dan terkenal. Ia juga tidak mudah berputus
asa untuk mendapat tahu cara melompat supaya dapat menjadi lebih cepat
daripada haiwan-haiwan yang lain. Setelah membuat segala perubahan
yang dia mampu membuat, ia akhirnya menyedari bahawa iaitu bukan apa
yang dijangka, jadi dia juga tidak mahu berubah.

 Dewa Kecil Nqa :


 Dia adalah berkaitan dengan jam 'enam sebelum sarapan pagi' dan tidak
mahu mengubah Kanggaru tua. Dia juga seorang yang suka menyinggung
perasaan orang lain. Bersikap individualistik.

 Dewa Tengah Nquing :


 Dia adalah berkaitan dengan jam 'lapan selepas sarapan pagi' dan tidak
mahu mengubah Kanggaru tua. Seorang yang tegas dan tidak berbudi
pekerti mulia.

 Dewa Besar Nqong :


 Dia adalah bertanggungjawab untuk kemuncak cerita ini dan dia berkaitan
dengan jam ‘sebelum makan malam’. Dia adalah orang yang ingin mengubah
Kanggaru tua. Dia juga merupakan seorang yang ingin membantu orang lain.

 Dingo - Anjing kuning :


 Ia sentiasa lapar, berdebu dan lebih gigih daripada kanggaru itu kerana ia
mampu untuk berlari belakang kanggaru secara berterusan. Sikapnya yang
tidak mudah berputus asa menyebabkan Kanggaru berasa lebih letih.

3
3.0 Keunggulan Buku

Terdapat pelbagai kelebihan dalam buku ini. Antaranya adalah buku cerita ini
mengandungi gambar-gambar yang berwarna-warni seperti yang ditunjukkan dalam
Lampiran A. Iaini merupakan satu kelebihan buku ini kerana gambar-gambar ini dapat
menarik perhatian para pembaca terutamanya golongan kanak-kanak malahan gambar-
gambar yang berbentuk karton ini juga dapat membantu para pembaca untuk memberi
tumpuan sepenuhnya terhadap cerita yang dibaca. Komposisi cerita ini juga layak
diterima dan mudah difahami kerana terdiri daripada bahasa yang sederhana. Buku
cerita ini dapat merangsang perkembangan bahasa lisan kanak kanak melalui rekaan
cerita yang agak menarik. Buku cerita ini juga terdiri daripada isitilah-istilah yang baharu
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 dan pengunaan istitilah-istilah yang menarik
seperti ini pasti dapat meningkatkan kosa kata kanak-kanak. Buku ini juga mengandungi
beberapa soalan pada halaman terakhir seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran B dan
ini juga merupakan satu lagi kelebihan buku ini yang dapat menguji minda para
pembaca dan juga membantu mereka untuk memiliki kefahaman yang lebih lanjut
mengenai cerita yang dibaca itu. Selain itu, cerita ini juga terdiri daripada watak-watak
yang dapat menarik perhatian pembaca. Kulit buku ini seperti yang ditunjukkan dalam
Lampiran C juga cukup menarik dan sesuai dengan perwatakan watak utama iaitu
Kenggaru tua. Buku cerita ini hanya terdiri daripada 27 halaman dan ini membantu
golongan kanak-kanak untuk membaca cerita ini tanpa rasa bosan.

Jadual 1: Pengunaan istilah-istilah baharu

Perkataan Definisi
Mendapan Bahan-bahan yang tertinggal selepas dihanyutkan air
(selalunya di sungai)
Budiman Baik hati
Kelinci Binatang seperti arnab
Pokok ti & Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan
pokok mulga benua Australia dan New Zealand.
Mengimbangi Menjadikan sama rata atau sama berat

4.0 Kelemahan Buku

Buku cerita ini hampir tidak mempunyai kekurangan. Namun, setiap karya manusia
pasti memiliki kekurangan kerana tidak manusia yang sempurna. Antara kelemahannya
adalah nama-nama watak yang digunakan dalam cerita ini seperti Dewa Kecil Nqa,
Dewa Tengah Nquing dan Dewa Besar Nqang amat pelik dan mengelirukan kerana

4
ketiga-tiga nama ini hampir sama dan para pembaca juga tidak dapat membezakan satu
watak dengan satu watak yang lain. Kulit buku cerita ini juga sangat nipis dan ini akan
menyebabkan buku ini untuk mudah dikoyak dan juga tidak akan tahan lama.
Selanjutnya, beberapa bahagian cerita yang berulang alik merupakan satu lagi
kelemahan buku ini kerana keadaan seperti ini membosankan dan mengelirukan para
pembaca. Akhir sekali, pengakhiran cerita ini kurang memuaskan kerana pengakhiran
tersebut bermisteri dan juga susah untuk difahami.

5.0 Nilai buku

Setiap buku cerita pasti memiliki beberapa pengajaran dan nilai-nilai murni dan
buku cerita ini yang bertajuk Kisah Seekor Kanggaru Tua juga terdiri daripada beberapa
pengajaran dan nilai-nilai murni yang sangat berkesan dan bermanfaat kepada setiap
lapisan masyarakat. Antaranya adalah sikap tolong menolong. Dalam cerita ini sikap ini
dapat ditunjukkan dalam perwatakan Dewa Besar Nqong yang membantu Kenggaru tua
untuk mengubah dirinya untuk menjadi haiwan yang berbeza dan terkenal berbanding
dengan haiwan-haiwan yang lain. Selain itu, sikap tidak mudah berputus asa juga dapat
dinyatakan dalam cerita ini dan sikap ini boleh dilihat dalam watak utama iaitu Kenggaru
tua yang tidak berhenti daripada berlari walaupun kakinya sakit. Dari segi pengajaran
pula, cerita ini mengalakkan seseorang itu berterima kasih kepada mereka yang
membantu kita semasa kita berada dalam kesusahan.

6.0 Rumusan

Secara keseleruhannya Kisah Seekor Kangaroo Tua adalah satu cerita pendek
yang membuat kita berfikir Tetapi, seperti yang dinyatakan, pengakhiran cerita ini
mungkin mengelirukan, kerana kita tidak boleh menyimpulkan mengapa kedua-dua
haiwan tersebut berhujah. Tambahan pula, saya telah menikmati membaca cerita ini
kerana ia membuatkan saya berfikir pada pengakhiran cerita ini, di mana penulis
mewujudkan keadaan yang pelik di antara kedua-dua watak dan watak-watak ini dapat
diperkenalkan dengan baik serta mereka juga mempunyai personaliti yang baik. Justeru
itu, cerita ini merupakan sebuah cerita menarik yang meningkatkan semangat ingin tahu
dalam diri para pembaca.

5
Rujukan

Ab Samad Bin Kechot. (2007). Resensi buku (Esei). Bangi: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Adrian, O.J. (2016, Januari). The Sing-Song of The Old Man Kangaroo. Dimuat turun
daripada https://prezi.com/9jxstd32xzl0/the-sing-song-of-the-old-man-kangaroo/.

Andreas, M. (2013, November). Pengertian dan langkah-langkah meresensi sebuah


buku. Dimuat turun daripada http://andreassan.blogspot.my/2013/06/pengertian-dan-
langkah-langkah.html.

Rudyard Kipling. (1989). Kisah Seekor Kanggaru Tua. Kuala Lumpur: Penerbitan
Pustaka Antara.

Slamet Soewandi, A.M. (2005, September). Langkah-langkah meresensi buku. Dimuat


turun daripada http://pelitaku.sabda.org/langkah_langkah_meresensi_buku.

6
LAMPIRAN A

7
LAMPIRAN B

8
LAMPIRAN C

9
Isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan Malaysia

1.0 Pengenalan

Bidang pendidikan sememangnya penting kepada rakyat dalam konteks menjadikan


Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2050. Tanggungjawab sistem
pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan
dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa yang penuh dengan
pelbagai cabaran ini. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan
matlamat pendidikan negara pada abad ke-21 amat jelas sekali. Kementerian
Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan
mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi
masyarakat hari ini. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih
terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan sistem pendidikan Malaysia.
Justeru itu, dalam kajian saya ini, saya dapat mengemukakan beberapa isu-isu
pendidikan yang begitu sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia dan saya juga
berharap bahawa segala perbincangan dan penjelasan yang saya nyatakan dalam
kajian ini juga dapat menjadi satu inisiatif untuk menyelesaikan isu-isu pendidikan
negara kita.

2.0 Pernyataan masalah

Seperti yang sedia maklum, aspek pendidikan merupakan satu aspek yang begitu
penting kepada sesebuah negara kerana iaitu merupakan alat pengukur untuk
menentukan kejayaan atau pembangunan sesebuah negara dan Malaysia juga tidak
boleh lari daripada kenyataan tersebut. Masyarakat Malaysia melihat pendidikan antara
komponen terpenting dalam usaha menjadikan negara ini sebuah negara berdaulat dan
bermaju di persada dunia. Berdasarkan pandangan ini, isu-isu yang berkaitan dengan
sistem pendidikan Malaysia dianggap sebagai satu cabaran utama yang harus ditangani
oleh negara dengan berkesan. Terdapat pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan sistem
pendidikan Malaysia. Melalui kajian saya ini, saya dapat mengemukakan beberapa
daripadanya.

Antaranya adalah pengurangan tenaga pengajar. Kekurangan tenaga pengajar yang


berkemahiran menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan

10
statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan
(BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru
terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di
pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.
Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam
pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru
yang mengajar di sekolah menjadi ‘bidan terjun’. Guru yang bukan opsyen terpaksa
mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi
memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang
subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula
dipertikaikan.

Seterusnya, isu ketaksamaan peluang pendidikan. Kepelbagaian kaum yang wujud


di dalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran sebenar tentang kepelbagaian
budaya dan bahasa dalam masyarakat. Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa
isu penting di dalam bilik darjah. Melihat kepada sejarah negara, pembangunan
pendidikan di Malaysia pada peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah
di kawasan bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun pada masa yang sama
peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini
akhirnya telah menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis
sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh yang
demikian, KPM telah mengenalpasti beberapa jurang seperti jurang di antara bandar dan
luar, jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi, jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemahan
murid dalam menguasai 3M dan sebagainya merupakan antara jurang yang membawa
kepada isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Justeru itu, masalah
ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia memerlukan usaha yang lebih dan
berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

Selain itu, isu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Selaras dengan
perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkanTeknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information and CommunicationTechnology (ICT) dalam pendidikan
yang meliputi aspek prasarana dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai
projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur
ICT. Namun, pelbagai isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mula ditimbul. Antaranya adalah

11
pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar,
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh, latihan dalam perkhidmatan
untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan,
penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan bilangan guru terlatih
dalam bidang ICT yang belum mencukupi. Isu-isu ini bukan sahaja mejejaskan usaha
penggunaan ICT malah taraf pendidikan negara Malaysia juga turut dijejas.

Selanjutnya, pelaksanaan Program PPSMI juga satu lagi isu pendidikan negara
Malaysia. Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang ‘bertaraf dunia’, KPM
telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris
sebagai pengantar subjek Sains dan Matematik telah mendapat respon yang negatif
daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan
reputasi pelajar, khususnya di luar Bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka
tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan
yang buruk.

Tambahan pula, keselamatan pelajar yang tidak terjamin juga merupakan satu isu
yang amat serius terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Keselamatan pelajar yang
tidak terjamin di sekolah semakin serius hari ini apabila meningkatnya kes-kes yang
melibatkan para pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan sebagainya ke atas
pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk kejadian jenayah yang dilakukan
sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika
mengikuti tuisyen atau kelas tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang
lebih efisyen termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja
di sekolah, tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu
pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal ke sekolah atau terlalu lewat pulang
juga perlu dikaji semula.

Akhir sekali, isu kekurangan kemudahan asas di sekolah. Dalam pelaksanaan


Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah KPM akan
dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang
meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program
sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang
perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang

12
beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010,
KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang tidak dapat menikmati kemudahan
yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti
atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak
menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai
kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain
itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan
buku teks dan buku rujukan juga masih berkurangan serta keadaan seperti ini
menyusahkan para pelajar untuk membuat ulang kaji khususnya pada waktu
peperiksaan.

3.0 Objektif

Kajian saya ini berdasarkan kepada kepentingan sistem pendidikan yang menjadi
alat pengukur kemajuan sesebuah negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
isu-isu yang melemahkan sistem pendidikan atau menjejaskan kualiti pendidikan
sesebuah negara. Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Antara
objektif kajian ini adalah:

3.1 Untuk mengenalpasti kepentingan guru yang berpengalaman dalam proses P&P.

3.2 Untuk mengenalpasti tahap kesediaan murid dalam menuntut pendidikan yang
sempurna.

3.3 Untuk mengenalpasti tahap kesediaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan


yang secukupnya seperti buku teks, buku rujukan dan infrastruktur-infrastruktur yang
selengkap kepada sesebuah sekolah supaya proses P&P dapat dijalankan secara
lancar.
.
3.4 Untuk mengenalpasti tahap kesediaan pihak sekolah dalam menyediakan satu
suasana pembelajaran yang kondusif.

3.5 Untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan yang harmonis antara guru dan
pelajar atau tidak.

3.6 Untuk mengenalpasti tahap kesediaan pihak sekolah dalam menjaga keselamatan
para pelajar di sekitar kawasan sekolah.

13
4.0 Perbincangan

Isu pendidikan merupakan antara isu yang paling kritkal dan harus dibendung atau
ditangani secara cepat tanpa sebarang kelewatan. Hal ini demikian kerana seperti yang
sedia maklum bidang pendidikan merupakan tunjang utama kepada pembangunan atau
kemajuan sesebuah negara dan tanpa sistem pendidikan ini tidak boleh melaksanakan
sesuatu tugas atau kerja secara sistematik. Melalui kajian saya ini, saya dapat mengenal
pasti bahawa beberapa kelemahan-kelemahan yang kecil dalam sistem pendidikan
negara Malaysia merupakan faktor asas bagi mewujudnya isu-isu pendidikan yang
begitu sensitif.

Antara kelemahan yang dinyatakan oleh Wang (2000) dipetik daripada Daliyanie Mat
Saaid (2011), pelajar seolah-olah dibentuk melalui ‘mesin’ (kurikulum). Kaedah
pembelajaran ini menjadikan pelajar sebagai produk yang dibentuk dan pembelajaran
akan berlaku secara terpaksa. Maka, ia tidak akan membantu pelajar dalam membentuk
keyakinan diri. Jadi, kelemahan ini juga menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri
dalam perkara-perkara yang tidak baik seperti amalan plagiat. Keadah pembelajaran
yang berbentuk ‘mesin’ ini membosankan para pelajar dan para pelajar juga tidak
bersemangat untuk belajar.

Dalam perbincangan ini juga, saya ingin menyatakan satu lagi kelemahan yang
menjejaskan kualiti pendidikan negara Malaysia. Kelemahan tersebut adalah penekanan
pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas
guru. Pelajar akan menumpukan kepada konsep-konsep yang dipelajari dan terhad
untuk mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran tidak
disepadukan dengan dunia luar dan tidak mempedulikan isu-isu semasa. Dengan ini,
pelajar akan menggunakan kaedah latih tubi dalam menguasai konsep Matematik untuk
cemerlang dalam peperiksaan. Untuk menguasai ilmu Matematik, pelajar seharusnya
menguasai isi kandungan mata pelajaran dan didedahkan kepada kemahiran dan
strategi penyelesaian Matematik yang luas. Seperti yang dinyatakan oleh Johari Hassan
& Yeong (2010), "Ketrampilan isi kandungan adalah perlu tetapi bukan wajib untuk
penyelesaian masalah, sebaliknya pengalaman dan pendedahan kepada kemahiran dan
strategi penyelesaian masalah mungkin adalah faktor yang lebih penting." Namun
begitu, masih ramai guru yang hanya memberi tumpuan kepada kandungan sukatan
mata pelajaran Matematik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Jadi, kelemahan sebegini yang disebabkan oleh guru-guru yang tidak
berproffesional secara langsunya menjejaskan kualiti pendidikan negara kita.

14
5.0 Langkah-langkah mengatasi isu-isu pendidikan di Malaysia

Setiap masalah ada cara penyelesaiannya. Jadi, isu-isu pendidikan juga merupakan
masalah yang boleh dibendung dengan kerjasama semua pihak. Melalui kajian saya ini,
saya dapat menyatakan beberapa langkah efektif dalam menangani isu-isu pendidikan
negara Malaysia.

Golongan guru merupakan salah satu pihak yang mempunyai ikatan yang begitu
ketat dengan sistem pendidikan sesebuah negara. Isu ketaksamaan peluang pendidikan
ini boleh dibendung secara cepat dengan bantuan golongan guru. Antara peranan guru
dalam menyelesaikan isu ini adalah dengan menerapkan pendidikan nilai yang
merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila
murid keluar dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang
boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Bagi
merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut di dalam bilik darjah.
Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan persekitaran
yang membantu keinginan murid untuk belajar. Guru perlu bijak memainkan peranan
agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang
mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap
professional. Ini boleh dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan
bangsa murid yang terdapat di dalam kelas.

Selain itu, peranan pihak kerajaan dalam menangani isu pendidikan ini amat
diperlukan. Dalam melahirkan guru-guru yang berprofessional, pihak kerajaan harus
meningkatan taraf institusi-institusi pendidikan tinggi seperti Institut Perguruan Sultan
Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan
peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan
untuk melahirkan insan yang cemerlang. Sehubungan dengan mencapai matlamat
pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen
perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik
bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baharu dalam merealisasikan agenda-
agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21. Imej dan status perguruan
yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus
perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan
salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.
Selanjutnya, pihak kerajaan juga harus meyediakan kemudahan-kemudahan yang
secukupnya kepada para pelajar superti buku teks, buku rujukan dan pembinaan

15
makmal komputer dan sebagainya supaya pelajar dapat belajar dalam suatu suasana
yang kondusif. Kerajaan juga harus mengambil tindakan yang begitu keras terhadap
mana-mana sekolah yang tidak menyediakan kawalan keselamatan bagi menjaga
keselamatan para pelajar di sekitar kawasan sekolah.

Akhir sekali, pihak kerajaan juga harus memperbaiki kualiti sistem peperiksaan
kerana iaini adalah langkah terpenting bagi meningkatkan kualiti pencapaian para
pelajar dalam sistem pendidikan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu
menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan
kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Peperiksaan
yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi
gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah
perlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan
menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan
nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya. Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira
sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya
maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk
mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

6.0 Rumusan

Sebagai penghias bicara akhir, dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan
bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan
peranan masing-masing. Kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam
melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang
berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia
selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita
janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik
sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu dalam
menyelesaikan isu-isu pendidikan yang semakin serius ini.

16
Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-


2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Daliyanie Mat Saaid. (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam


Matematik di peringkat sekolah menengah (Tesis). Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Johari Hassan, Yeong. (2010). Keupayaan dan kelemahan dalam menyelesaikan


masalah Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan lima (Tesis). Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Kulanz Salleh. (2012, Oktober). Isu-isu pendidikan di Malaysia. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/kulanzsalleh/isu-isupendidikandimalaysia.

Muhammad Faiz Mahayudin. (2015, Mac) Isu pendidikan dan cabaran di Malaysia.
Dimuat turun daripada http://muhammadfaizmahayudin.blogspot.my/2015/03/isu-
dan-cabaran-pendidikan-semasa.html.

Noriati A Rashid et al. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka.

17
LAMPIRAN D

18

Anda mungkin juga menyukai