Anda di halaman 1dari 7

Sang Harimau Yang Sombong

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor harimau bersama tiga ekor anaknya. Mereka sering bermain bersama-sama. Pada suatu hari, Sang Harimau mendapati seekor daripada anaknya telah hilang. Harimau mencari anaknya dimerata tempat. Namun tidak berjumpa. Harimau berasa sangat sedih dan risau.

Tiba-tiba, Sang Harimau ternampak anaknya sedang bermain bersama rusa dan rakan-rakannya. Harimau berasa terkejut lantas memarahi Sang Rusa. Hei rusa! berani engkau menculik anak aku ya! marah Sang Harimau tanpa usul periksa. Rusa sekadar mendiamkan diri atas tuduhan Sang Harimau kerana tidak mahu bergaduh.

Keesokan harinya, Sang Harimau membawa ketiga-tiga anaknya mandi di sungai. Sedang leka bermain, seekor daripada anaknya lemas. Sang Harimau menjerit sekuat hati meminta tolong. Tolong! tolong! tolong selamatkan anak aku

Rusa mendengar jeritan Sang Harimau meminta tolong lantas Sang Rusa meluru ke arah jeritan tadi. Tanpa membuang masa, rusa terus menyelamatkan anak Sang Harimau.

Harimau mengucapkan terima kasih kepada Sang Rusa kerana menyelamatkan anaknya. Dia berasa malu dan menyesal atas sikapnya terhadap rusa. Dia berjanji tidak akan bersikap sombong lagi. Sang Harimau dan Sang Rusa akhirnya menjadi sahabat baik.

Disediakan oleh: Azwati Suria Bt. Ali SK Petaling 2 Nor Azila Bt.Dollah SK Seri Anggerik

Anda mungkin juga menyukai