Anda di halaman 1dari 2

CONTOH LATIHAN DOMAIN PERIBADI

PENDAHULUAN (85 PATAH PERKATAAN)


A1- Dalam kehidupan seharian, setiap individu tidak terlepas daripada menghadapi stres
akibat beban kerja atau masalah yang dihadapi. (17 pp)
A2- Hal ini berlaku lantaran pelbagai urusan terpaksa dilakukan dan perlu berhadapan
dengan kerenah orang lain. (15 pp)
A3- Sebagai contohnya, ibu bapa yang bekerja menghadapi stress kerana beban kerja dan
masalah keluarga yang terpaksa ditanggung. (17 pp)
A4- Oleh hal yang demikian, stres tidak dapat dielakkan dan mendatangkan impak yang
positif atau negatif bergantung pada individu itu sendiri untuk menanganinya. (22 pp)
A5- Menyedari hakikat tersebut, setiap individu perlu bijak menangani stres dengan
mengambil langkah yang relevan. (14 pp)

ISI 1 (110 PATAH PERKATAAN)


A1- Sebagai pendekatan pertama, setiap individu perlu sentiasa berfikiran positif terhadap
cabaran dan masalah yang dihadapi. (16 pp)
A2- Langkah tersebut dianggap penting kerana seseorang itu dapat melihat sesuatu masalah
atau cabaran dari sudut yang baik sahaja. (18 pp)
A3- Dalam hal ini, seseorang itu perlu mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah bukan
cepat berputus asa. (15 pp)
A4- Sebagai contohnya, pelajar yang berhadapan kesukaran untuk memahami sesuatu
subjek di sekolah perlu bertanya kepada guru atau rakan. (18 pp)
A5- Oleh itu, masalah atau cabaran yang ditanggung dapat diselesaikan dan tidak
membebankan diri seseorang sehingga menjadi penyakit yang kronik. (19 pp)
A6- Lantas, fikiran yang positif dapat membantu seseorang menangani stres dengan bijak
dan meneruskan kehidupan dengan selesa. (16 pp)

ISI 2 (110 PATAH PERKATAAN)


A1- Seperkara lagi, stress juga dapat ditangani dengan bijak apabila seseorang itu
meluahkan perasaannya kepada orang lain. (16 pp)
A2- Hal ini bermaksud seseorang yang menghadapi masalah atau tekanan perasaan perlu
berkongsi masalah tersebut dengan insan tersayang atau ahli keluarga. (20 pp)
A3- Untuk tujuan ini, individu itu perlu memastikan orang yang hendak dikongsikan
masalah itu dapat membantu bukan menambah beban yang ditanggung. (20 pp)
A4- Contohnya, anak-anak meluahkan perasaan kepada ibu bapa atau adik-beradik mereka
mengenai hati budi masing-masing.
A5- Secara tidak langsung, masalah atau tekanan yang dihadapi dapat dikurangkan kerana
dibantu oleh ibu bapa tau adik-beradik. (17 pp)
A6- Tegasnya, amalan bekerjasama bagai aur dengan tebing perlu diamalkan jika kita
mengalami stres agar masalah ini tidak menjejaskan kehidupan seseorang. (16 pp)

ISI 3 (110 PATAH PERKATAAN)


A1- Langkah seterusnya ialah seseorang itu perlu melakukan aktiviti riadah atau bersukan
untuk melepaskan tekanan dan stress yang dialami. (19 pp)
A2- Dengan aktiviti riadah atau bersukan, seseorang itu dapat mengeluarkan peluh dan
menenangkan fikiran daripada segala bebaan kerja atau masalah yang dihadapi. (21 pp)
A3- Oleh itu, cuti hujung minggu atau cuti umum perlu digunakan untuk beriadah seperti
berbasikal, berjoging, atau bermain bola sepak Bersama dengan rakan. (22 pp)
A4- Misalnya, apabila seseorang bersukan, segala masalah atau beban yang ditanggung
dapat dilupakan untuk seketika. (14 pp)
A5- Selain itu, badan juga akan menjadi lebih sihat dan pelbagai penyakit berbahaya dapat
dielakkan. (14 pp)
A6- Justifikasinya, aktiviti riadah dan bersukan perlu dibudayakan dalam kehidupan
seharian kerana badan cergas otak cerdas. (12 pp)

PENUTUP (85 PATAH PERKATAAN)


A1- Secara holistiknya, dapatlah disimpulkan bahawa stres tidak boleh dibiarkan
berterusan dan pelbagai langkah perlu dipraktikkan untuk mengurangkan stres. (15 pp)
A2- Dalam konteks ini, setiap individu perlu bijak menangani stres dan sentiasa berfikiran
menganggap stres sebagai pemangkin untuk kemajuan diri. (19 pp)
A3- Kita berharap agar rakyat Malaysia yang tercinta ini sentiasa menangani stres dengan
pendekatan yang positif demi kesihatan masing-masing. (18 pp)
A4- Lantaran itu, rakyat di negara ini mampu menyumbangkan sesuatu kepada nusa
tercinta agar Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
yang lain. (19 pp)
A5- Tuntasnya, semua pihak perlu berpegang pada prinsip tiada penyakit yang tidak ada
penawarnya dan tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. (19 pp)

Anda mungkin juga menyukai