Anda di halaman 1dari 9

Sombong

Membawa
Padah

Pn. Shukrini Binti Hashim


SK Taman Seri Sinar
Kuala Lumpur
Pn. Noraini Binti Andi Arip
SK Sentul (1)
Kuala Lumpur

Gab si kambing hitam tinggal di tebing sebatang sungai.


Gib si kambing putih pula tinggal di tebing yang
bertentangan. Ada sebatang jambatan kayu yang telah
usang merentangi sungai itu.
Pada suatu hari Gab hendak menyeberang sungai. Dia
pun berjalanlah dengan angkuhnya.
Akulah kambing yang paling kuat sekali di dunia ini
Katanya dengan megah.

Gib juga hendak menyeberang sungai. Mereka


bertembung ditengah-tengah jambatan.
Aku yang sampai duluakulah yang patut menyeberang
dulu Kata Gab.
Tidak! Aku yang sampai dulu.. kata Gib juga.
Mana boleh....biarlah aku menyeberang dulu! kata Gab
berang
Baiklahmari kita lihat siapa yang lebih kuat.kata Gib
Pula.
Mereka pun saling bertolakan di atas jambatan itu.

Jambatan yang usang itu, mula bergoyang-goyang. Gab dan


Gib tidak menyedarinya.
KKKKKKKRRRRRIANG.KKKKRRRRRRIUK.KKKKKK
RRRRIANG
KKKKKKKRRRIUK..KKKKRRRRRREEEEEEEK
.RRRRRUUUUUM
Jambatan itu tiba-tiba putus dan runtuh. Gab dan Gib pun jatuh
ke dalam sungai. Gab dan Gib terkapai-kapai kerana tidak tahu
berenang.
Tolong..tolong.kami nak lemas.tolong

Tiba-tiba lalu seekor kambing tua yang bernama Gub. Gub


tanpa berlengah menghulurkan dahan kayu ke arah Gab
dan Gib. Gab dan Gib pun dapat naik semula ke darat.
Kenapalah kamu ni Gab dan Gib..itulahsetiap hari
kerja kamu asyik bergaduh.saja kata Gub.
Kami berebut hendak menyeberang sungaitetapi
jambatan itu sempit.Semasa kami sedang bertolaktolakan, tiba-tiba jambatan itu putus dan kami jatuh ke
dalam sungaiKata Gab.

Haaaaaaaa.itulah balasannya
kepada orang yang tidak mahu
bertolak ansur.sepatutnya aku
biarkan kamu berdua mati lemas
tadi. Kata Gub.
Kami minta maaf lain kali kami
tak kan bergaduh lagi terimakasih
Gub kerana telah menyelamatkan
kami. Kata Gib pula.
Sejak hari itu Gab da Gib hidup aman dan damai. Mereka
saling tolong menolong dan bertolak ansur.

Pengajaran dari
cerita tadi
Kita janganlah
bersikap sombong
dan
mementingkan diri
sendiri.
Kita hendaklah
saling bertolak
ansur supaya
hidup kita aman
dan damai.

Anda mungkin juga menyukai