Anda di halaman 1dari 2

BURUNG TIUNG YANG BECOK

Budak-budak bermain guli


Bermain guli di bawah pokok
Ingin saya sampaikan cerita ini
Cerita tentang burung tiung yang becok

Haa……Kawan-kawan nak tahu tak kisah burung tiung ini? Baiklah, dengar ya…
Pada suatu masa dahulu, ada seekor burung tiung. Burung tiung ini sangat becok. Apabila melihat
sesuatu, ia akan berkata-kata “ hem..…Cuaca pagi ini sangat cerah, baik aku pergi bermain-main.”
LALALALALALA…………..(NYANYI)
Di dalam hutan itu, ada seekor burung nuri yang sangat merdu suaranya. Pada suatu hari, burung
nuri menyanyi sebuah lagu. Semua binatang memuji-muji suaranya yang merdu itu. Burung nuri
berasa sangat bangga kerana nyanyiannya mendapat pujian. Burung tiung tidak suka dengan
pujian itu. Iapun berkata, “ Apa yang hendak dibanggakan? Aku boleh menyanyi dengan lebih
baik lagi. Aku juga mempunyai suara yang sangat merdu seperti burung nuri.” Seketika
kemudian, burung tiungpun menyanyi ( Aku burung, burung tiung sungguh pandai menyanyi)
Suara burung tiung sangat garau. Nyanyiannya sumbang kawan-kawan……
Setiap binatangberkata, “Suara kamu tidak merdu, kami tidak mahu mendengar nyanyian kamu.”
Semua binatang menutup telinga kerana tidak mahu mendengar nyanyian burung tiung itu.
Burung tiungpun terbang dari situ dengan perasaan malu….
Beberapa hari kemudian, seekor serigala datang ke situ. Serigala sudah lama mengintai
pergerakan binatang-binatang kecil di situ. Apabila ternampak binatang kecil, ia akan mengejar
dan menerkam binatang itu. Banyak binatang kecil yang telah menjadi mangsanya. Semua
binatang kecil benci dan takut kepadanya. Oleh sebab itu, binatang-binatang kecil telah berpakat
untuk membuat perangkap dengan cara membuat lubang. Di atas perangkap itu ditutup dengan
ranting-ranting kayu dan rumput-rumput. Monyet berkata kepada kawan-kawannya, “ Harap-
harap rancangan kita untuk menangkap serigala ini akan berjaya dan kita boleh bermain seperti
biasa.”
Setelah menyiapkan perangkap itu, merekapun bersembunyi. Monyet, beruang dan rusa
bersembunyi di dalam semak. Sementara itu, burung tiung dan burung nuri bersembunyi di atas
dahan. Arnab dan tupai berpura-pura bermain-main di padang untuk menarik perhatian serigala
supaya pergi ke tempat perangkap. (Lompat si arnab lompat…lompatlah tinggi-tinggi…)
Apabila serigala itu melihat arnab dan tupai, iapun berlari dengan cepat ke arah mereka. Serigala
mahu menangkap mereka untuk dijadikan hidangan makan malam. “Nampaknya kenyanglah aku
malam ini..” Tiba-tiba, burung tiung yang mulut becok itu berkata, “ Serigala sudah datang!
Serigala sudah datang! Semua bersedia untuk baling batu. “ Monyet memberi isyarat kepada
burung tiung dengan tangan supaya jangan berkata-kata. (gaya) Burung tiung tidak faham maksud
monyet. Burung tiung terus berkata, “ Apabila serigala jatuh ke dalam perangkap, kita semua
baling batu kepadanya. Serigala mendengar kata-kata burung tiung itu. Iapun melarikan diri.
Semua binatang sangat marah kepada burung tiung. Mereka berkata, “ Kamu mulut becok. Mulai
dari sekarang, kami tidak mahu bermain-main dengan kamu lagi. “

Ya, kawan-kawa.. pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini ialah :
1. Pandai-pandailah menjaga kata-kata kerana tersalah kata badan binasa.
2. Kerjasama semua pihak adalah penting bagi menjayakan sesuatu rancangan.
3. Kita mestilah menunjukkan sikap yang baik supaya disenangi oleh semua orang.
Saya akhiri cerita ini dengan serangkap pantun:

Mak Andeh menjahit baju,


Dipakai Pak Andeh dengan gembira;
Tutur kata tingkah dan laku,
Amalan mulia sepanjang masa.

Sekian…..wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai