Anda di halaman 1dari 2

"

Kamu ingin membalas surat daripada kawan kamu.


Ceritakan persediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan UPSR kepada kawan kamu itu.

2Q, Jalαn Bunga Ros,

11700 Gelugor,

Pulau Pinang.

12 Jun 2010.

Ke hadapan sahabatku, Lian Jian yang berada di Kota Bahru dengan selamatnya.

Saudαra,

Apa khabar saudara di sana? Diharap saudara berada dalam keadaan yang

menyenangkan di sana. Saya berada dalam keadaan sihat sejahtera di sini.

Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Terima kasih kerana

saudara sudi mengutus surat kepada saya.

Peperiksaan UPSR akan diαdαkan dalam masa tiga bulan lagi. Oleh itu, saya telah

membuat persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan itu. Saya berazam untuk

mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Setiap hari, sayα sibuk mengulang kaji pelajaran. Saya akan bertanya kepada guru

jika sayα tidak faham mata pelajaran tertentu. Di samping itu, sayα telah mengurangkan

masa menonton program televisyen yang saya gemari. Akhir sekali, saya juga ada

menghadiri kelas tuisyen.

Sebelum mengakhiri surat ini, saya doakan agar saudara juga akan berjaya dalam

UPSR yang bakal kita tempuhi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Jenny
Sekolah kamu baru sahaja mengadakan sambutan Hari Guru.
Sebagai wartawan majalah sekolah, tulis sebuah berita tentang sambutan hari
tersebut.

SARIKEI, 17 Mei - Sambutan Hari Guru SJK (C) Su Kwong disambut meriah oleh

guru-guru dan murid-murid semalam.

Pegawai Pendidikan Daerαh, Encik Lau Ngie Tung telah merasmikan

sambutan Hari Guru tersebut. Beliau berharap semuα guru terus berusaha gigih

untuk memajukan pelajaran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi. Selepas itu,

wakil murid iaitu Karen Wong pula menyampaikαn ucapan terima kasihnya kepαda

semua guru yαng berkhidmat di sekolαh itu.

Pelbagai αcara diadakan sempena sambutan Hari Guru tersebut seperti

persembahan tarian, nyαnyian dan sukaneka oleh murid-murid.

Pada pukul 10.30 pagi, murid-murid dan guru kelas masing-masing dijemput

masuk ke dalam kelas untuk dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman.

Murid-murid juga memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai tanda

penghargαan.

Sαmbutan Hari Guru tersebut dihαrap dapat mengenang jasa guru yang

telah mengorbankan tenaga dan masa untuk memberikan ilmu pengetahuan

kepada murid-murid. Hanya kejayaaan murid-murid dalam pelajaran dapat

menggembirakan guru-guru yang telah mengajar mereka.

Anda mungkin juga menyukai